Ringkas, cepat dan membuka selera. Walaupun kelihatan biasa, tapi hidangan ini sememangnya mempunyai rasa yang luar biasa. Bagi yang gemar makan pecal, menu mudah ni boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
- 150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
- 3 sudu besar gula perang atau pasir
- 1 biji cili merah | dihiris
- 5 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1cm halia | dihiris
- Sedikit belacan
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Air panas secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
- Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
- Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
- Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
- Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kuah pecal ini boleh disediakan dengan pelbagai sayur lain yang direbus atau dimakan secara mentah.