Pecal Pucuk Ubi Pembuka Selera Ala Kampung

Nampak ringkas hidanganpucuk ubi ini cukup menyelerakan dengan rasa kekacang kuah pecal yang enak.

PECAL PUCUK UBI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm pucuk ubi |dibuang tangkai

 

IKLAN

BAHAN KUAH KACANG:

IKLAN
  • 150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
  • 3 sudu besar gula perang atau pasir
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 5 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 biji bawang merah | dihiris
  • 1cm halia | dihiris
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air panas secukupnya
  • Sedikit minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan.  Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
  5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
  6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
  7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
  8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
  9. Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI