
Sekarang ni banyak restoran mahu pun cafe-cafe yang menyediakan menu yang pedas berapi, dek kerana sedap ada yang sanggup tahan pedas walaupun mulut bagaikan terbakar kepedasan. Malah ada yang kata lagi pedas lagi berselera makan.

Bagi anda yang tidak tahan dengan kepedasan berapi ini, petua berikut sangat membantu dan ia sangat mudah. Caranya adalah dengan meminum jus buah. Jus buah bukan hanya boleh menuteralkan rasa pedas di mulut tetapi juga boleh menenangkan seseorang yang dalam keadaan kepedasan.
Jika anda makan di restoran atau cafe-cafe, anda disarankan memesan jus buah siap-siap sebelum makan kerana apabila pedas, terusnya minum jus yang sudah siap di hadapan mata. Semoga tip ini member manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramuan Simple Buat Stok Kunyit Untuk Menggoreng, Boleh Tahan Berbulan-Bulan!

Stok kunyit resipi mudah untuk menggoreng segala jenis masakan seperti ayam, udang, ikan, sotong dan macam-macam lagi. Untuk kamu yang suka memasak, penyediaan stok seperti ini akan memudahkan sekaligus menjimatkan masa di dapur. Cubalah!
HOMEMADE PES KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih
300gm kunyit hidup
1 bungkus garam halus
3inci halia
Serbuk kunyit | agak2 nak bagi tak nak berair
Air | agak2
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan semua bahan dan gaul rata.
- Masukkan ke dalam bekas. Boleh diabiarkan diluar suhu bilik atau dimasukkan ke dalam peti sejuk dan bukan dalam peti sejuk beku.
Kredit resipi: Syiqah Jaafar
Idea Buat Keju Mozzarella Homemade Paling Mudah , Guna 3 Bahan Je.

Keju mozzarella, pasti korang terbayangkan lelehananya pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan.
Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…
Langkah 1:
- Sediakan Bahan-Bahan:
- 300ml susu penuh krim
- 180gm keju cheddar
- 2 sudu makan tepung ubi
Langkah 2:
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
Langkah 3:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
Langkah 4:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
Cuba 3 Cara Mudah Ni Untuk Singkir Lemak Dalam Hidangan Sup.

Tak lama lagi raya Qurban, siaplah menu daging selama sebulan. Jika kamu suka makan sup tulang atau sup daging tapi takut tahap kolestrol naik mendadak, ini caranya untuk mengawal dan mencegah dari termakan lemak daging dalam jumlah yang banyak.

Bagi peminat sup memang sedapkan menghirup sup ketika suam-suam dan nak pula kalau cuaca masa tu sejuk lebih lah sedapnya menghirup kuah sup. Namun disebalik sup yang sedap dan nyaman tu sebenarnya mesti kita ada perasaan risau juga berapa banyak lemak yang telah kita telan?
Sebenarnya memang pelik kalau kita masak sup tulang terutamanya jika ianya tidak berlemak. Sup tulang mengandungi lemak dan sum-sum tulang yang menambah jumlah lemak dalam sup yang kita masak.
Bagi peminat sup tulang memang arif dengan kandungan sup yang berminyak ini. Tapi ada sesetengah pihak merasakan ini cara yang tidak sihat untuk menikmati sup tulang.

Terdapat beberapa cara berbeza untuk menyingkirkan lemak dari sup sebelum menyajikannya. Cara terbaik akan bergantung pada berbagai faktor, termasuk jumlah waktu yang anda miliki dan peralatan yang ada.
Cara Pertama: Menggunakan Tisu
Biasanya bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu. Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan begini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.

Cara Kedua: Menggunakan Senduk Sejuk
Rendam senduk logam dalam air berisi ais. Isi mangkuk besar dengan air berais, kemudian celupkan senduk logam besar ke dalamnya. Biarkan sendok terendam selama beberapa minit.
Anda harus menggunakan senduk logam untuk cara ini. Sendok harus menjadi sangat sejuk, kemudian sapukan bawah senduk ke seluruh permukaan sup kemudian angkat senduk dan buang lemak yang menempel di bawahnya. Ulang sehingga kesemua lemak tidak lagi menempel pada senduk.

LANGKAH-LANGKAH:
- Mula-mula rebus daging tau tulang dengan air biasa hingga empuk.
- Selepas itu asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
- Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak mangkuk di permukaan sup (sila rujuk gambar) beberapa minit kemudian kita akan nampak hasilnya iaitu lemak-lemak membeku dan melekat pada mangkuk.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Selalunya sebelum kita memasak sup kita akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
Kredit: Nileya Nazri
Cara Ketiga: Menyejukkan Sup
Selepas anda memasak sup, biarkan ia sejuk sendiri. Kemudian letakkan sup tersebut di dalam peti sejuk supaya sup menjadi lebih sejuk. Oleh itu, akan muncullah lapisan lemak pada permukaan sup tersebut. Jadi ambillah sudu dan buang lemak-lemak tersebut. Bolehlah anda memanaskan kembali sup anda dan nikmatilah ia semasa masih panas.
Bagi mereka yang tidak kisah dengan penampakan lemak dalam sup yang anda hidangkan, anda perlu abaikan kesemua cara di atas dan nikmati sup anda dan jangan lupa minum air suam semasa makan sup supaya lemak-lemak yang anda makan tadi tidak menjadi punca tersumbatnya saluran darahanda nanti.
Sumber: petua ibu
https://www.instagram.com/p/BldBok9F2or/?utm_source=ig_web_copy_link

