Pedas & Membuka Selera. Menu Daging Paprika Cendawan Ni Wajib Cuba!

Share

Dah jemu makan aneka menu raya? Puan-puan boleh cuba menu Daging Paprika Cendawan ni pula. Menu yang lain dari kebiasaan ni pasti boleh buat anak-anak dan suami lebih berselera. Selamat mencuba!

DAGING PAPRIKA CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | hiris, cuci dan tos
  • 150gm cendawan shitake
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 1 biji cili hijau |hiris
  • 1sudu makan paprika
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 biji bawang besar |hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.
  3. Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.
  6. Gaul seketika dan tutup api.
  7. Daging Paprika  Cendawan sedia dihidangkan panas-panas.

 

Published by
Nur