Alih angin berbuka puasa dengan masakan Minang atau Padang, yang berasal daripada negara tetangga, Indonesia. Masakan Minang atau Padang  yang rata-rata pedas namun sangat sedap. Resipi yang mudah diikut, jom masak!

KUAH LONTONG TAUCU BUNDO

Pedas Menyengat Tapi Sedap Yakmat, 4 Resipi Minang Masak Untuk Berbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm buncis atau kacang panjang   |potong serong nipis
  • 1kg santan
  • 200gm taucu timbang | kisar kasar
  • 1.5 liter air
  • 2 helai daun salam
  • 5 biji tauhu  | potong enam bahagian dadu
  • 500gm hati/pedal ayam  |potong empat bahagian
  • 1 papan petai |buang kulit
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

 

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili hijau
  • 50 gram cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 5cm  halia
  • 2.5cm lengkuas

 

BAHAN TUMIS:

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 biji cili hijau (di belah dua atau dihiris kasar)

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali besar. Tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau sebati.
  3. Masukkan hati/pedal ayam dan daun salam masak selama lima minit. Tuang air ke dalam kuali dan kacau sebati .
  4. Masukkan taucu sedikit demi sedikit. Taucu sudah sedia masin maka perlu rasa kuah agar tidak terlebih masin.
  5. Masukkan tauhu, biarkan seketika.
  6. Tuang santan dan kacau perlahan sehingga mendidih
  7. Masukkan kacang buncis masak seketika dan tutup api.

 

Info chef: Garam tidak perlu masukkan kerana taucu sudah sedia masin. Tetapi terpulang kepada selera masing-masing.

 

MASAK LEMAK KUNING URAT TUJANG MINANG

Pedas Menyengat Tapi Sedap Yakmat, 4 Resipi Minang Masak Untuk Berbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm urat tunjang/keting
  • 750ml santan
  • 1 liter air
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai |titik
  • 2 helai daun limau purut
  • Air secukupnya

 

BAHAN KISAR:

  • 100gm cili merah
  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 4cm lengkuas
  • 4 biji buah keras
  • 2cm kunyit hidup
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Cuci bersih urat tunjang/keting. Ketepikan.
  2. Kemudian rebus air dan setelah mendidih masukkan urat tunjang dan masak sampai empuk. Angkat dan tiriskan. Setelah sejuk,  potong mengikut selera masing-masing. Ketepikan.
  3. Di dalam periuk lain, masukkan urat tunjang tadi, diikuti dengan bahan kisar. Gaul sekata. Masukkan juga bahan lain dan santan. Masak hingga santan mendidih menggunakan api sederhana.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga santan sedikit mengental dan pecah minyak.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Boleh tambah cili padi di dalam bahan kisar sekiranya ingin lebih pedas.

 

DAGING GORENG BERLADO PEDAS MINANG

Pedas Menyengat Tapi Sedap Yakmat, 4 Resipi Minang Masak Untuk Berbuka!

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | Rebus dan hiris nipis dan  lebar
  • 10 biji cili merah
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1biji tomato | potong dadu
  • 1 batang serai |ketuk
  • 2cm halia
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit air rebusan daging

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
  4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
  5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
  6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

Info chef: Daging direbus terlebih dahulu supaya ia lebih rangup apabila digoreng.

 

 

RENDANG AYAM MINANG

Pedas Menyengat Tapi Sedap Yakmat, 4 Resipi Minang Masak Untuk Berbuka!

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam |potong
  • 2 liter santan
  • 2 batang serai |racik halus
  • 1 batang serai |titik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2cm asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit |hiris

 

BAHAN KISAR:

  • 5 biji buah keras
  • 6 ulas bawang putih
  • 100gm cili besar merah
  • 12 biji bawang merah
  • 100gm cili padi merah
  • 2cm halia |bakar sedikit
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit |bakar sedikit
  • 1/2 sudu makan ketumbar
  • 2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk buah pala
  • 1 sudu teh  jintan | sangrai

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur,  daun limau purut dan daun kunyit. Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
  2. Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
  3. Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai.  Gaul sebati.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Daging juga sedap dimasak dengan cara ini. Jika mahu lebih pedas tambah lagi jumlah cili padi.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI