Sotong Phat Phet. Sajian dari Thailand yang sangat enak dan membuka selera. Cara masaknya cukup mudah. Ada aroma yang enak, rasa pedas dan memang sedap. Cukup lengkap hidangannya. Ada protein dan juga sayur. 2 dalam 1. Jadi tak perlulah masak banyak kali. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Anda sekeluarga pasti sukakannya.
RESIPI SOTONG PHAT PHET THAI
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong – dicuci bersih
4 tangkai kacang panjang – dipotong serong
5 biji cili padi merah – dipotong
1 biji bawang merah – dipotong
1 batang serai – dihiris
4 helai daun limau purut
½ sudu teh serbuk lada hitam – beli online disini
1 sudu teh belacan @ fine shrimps sauce – beli online disini
2 sudu makan sos ikan – beli online disini
½ sudu teh serbuk perasa
Garam (jika perlu) – beli online disini
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil) – beli online disini
BAHAN KISAR
4 biji cili merah
4 biji cili hijau
1 biji bawang merah – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit air
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
2. Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih. Biar sehingga sotong masak dan sedikit kering.
4. Kemudian masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, hirisan bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.
6. Sotong Phat Phet sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official