Selalu korang buat masak apa? Rebus dan buat air asam? Atau campur dengan gulai rebung. Ni cuba pula buat sambal cilipadi.  Rasa dia memang terangkat sangat. Kalau nak pedas boleh tambah cilipadi dan letak bawang merah banyak-banyak. Memang layan sangat.

SAMBAL BABAT CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 400gm babat (perut lembu) | bersihkan
  • 10-15 biji cili padi hijau
  • 5 biji cili hijau
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Babat (perut lembu) dihiris nipis dan rebus empuk. Toskan.
  2. Kisar cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih hingga jadi pes yang lumat.
  3. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
  4. Tumis bahan-bahan kisar dengan api yang kecil hingga pecah minyak. Masukkan air asam.
  5. Masukkan babat dan bawang besar. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

 

Saiz hidangan: 2-3 orang

Ads

Jenis hidangan : Melayu

Keistimewaan : Rasa pedas dan masin yang buka selera

Ads

Jenis masakan : Lauk pauk

Cara memasak : Rebus dan tumis

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI