Pada hari ini, kebanyakan surirumah suka melakukan bisnes dalam talian. Mereka rajin belajar dan sekali gus membantu ketua keluarga menambah pendapatan. Disebabkan itu, ada surirumah yang sibuknya mengalahkan orang bekerja.

Misalnya Khairiyah Hisham atau mesra dipanggil Kay. Dia seorang surirumah dengan dua orang anak. Walaupun tidak bekerja, dia sangat sibuk dengan bisnes pakaian dan kosmetik yang dijalankan secara online. Memesan makanan dalam talian menjadi kelaziman atas tuntutan masa.

Sibuk dengan urusan bisnes di rumah dan kadangkala di booth, buatkan Kay selesa pesan makanan dalam talian.

“Bukanlah tak memasak langsung. Tapi Kay selesa order saja makanan. Tunggu sekejap, tak lama runner hantar makanan. Boleh terus makan. Tak perlu masak. Selalunya order makanan untuk lunch dan dinner. Boleh kata seminggu Kay order tiga kali,” cerita Kay memulakan bicara.

IKLAN

Nasi goreng, nasi lemak, laksa antara menu kegemaran Kay dan keluarga.

Kay turut mengakui apabila Lembah Klang diumumkan perlu melalui sekali lagi Perintah Kawalan Pergerakan, kekerapan membeli makanan secara online bertambah kerap. Dengan bahan mentah untuk masak di rumah yang selalu tak cukup kerana tak sempat beli, Kay lebih selesa pesan saja makanan secara online.

“Order makanan online ni senang. Ada aplikasi dalam telefon. Tengok menu mana yang berkenan di hati tu, terus je klik. Bayar pun senang. Tak perlu pening-pening nak keluar rumah pergi beli makanan,” ujarnya lagi.

Selain itu, Kay turut mengatakan dia kerap memesan makanan secara online demi membantu golongan runner menambah pendapatan. Pada hari ini ramai yang bekerja sambilan runner untuk menambah pendapatan. Jadi menggunakan khidmat runner untuk menghantar pendapatan adalah salah satu sumbangan yang boleh dia berikan kepada mereka yang memerlukan.

Antara menu yang selalu Kay beli adalah menu masakan goreng misalnya nasi goreng USA. Kerap juga dia pilih menu makanan barat misalnya set roasted chicken atau pasta. Mengenai harga, Kay tidak berkira. Asalkan peniaga menyediakan masakan yang sedap, dia akan beli.

“Saya memang selalu order makanan dan kurang memasak. Sebagai surirumah yang menjalankan aktiviti berniaga dari rumah, saya perlu banyak masa untuk fokus pada bisnes. Anak dua orang pun perlukan perhatian saya. Jadi saya rasa dengan order makanan boleh jimatkan masa saya. Ketika hujung minggu, saya akan masak juga untuk suami dan anak,” ceritanya menutup bicara.

Kay turut memberikan tip kepada pelanggan yang membeli makanan online supaya tidak membuatkan runner menunggu anda mengambil makanan.

“Install Apps di telefon bimbit. Kita boleh tahu anggaran masa runner akan sampai. Sila alert dengan masa tersebut sebab memang betul runner akan sampai dalam masa yang ditunjukkan. Siap sedia dengan duit secukupnya kalau pilih untuk bayar tunai. Yang penting alert dengan masa runner sampai. Jangan biar runner tunggu kita sebab banyak lagi lokasi dia nak pergi hantar makanan.” kata Kay.

Antara menu yang dipesan oleh Kay.

 

Sibuk dengan training dan team bisnes membuatkan Kay memilih membeli makanan berbanding memasak untuk jimat masa.

 

Responden: fb Khairiyah Hisham

Jom baca kisah ini juga:

https://rasa.my/pengalaman-kek-pengantin-rosak-ketika-penghantaran-baker-ini-murung-seminggu/