
Mungkin masih berbaki daging korban di peti sejuk. Apa kata buat pekasam daging ni. Menu simple macam ni memang boleh berulang kali menambah. Kalau beli pun boleh tahan harganya. Jadi buatlah sendiri, puas hati menikmatinya.
Pekasam Daging
Bahan-bahan:
Daging 800gm hiris nipis (jangan nipis sangat tau agak ye)
Asam keping segenggam(basuh dulu)
Garam 4 sudu makan (saya guna garam bukit tak masin sangat)
1 ½ cawan beras
Cara membuat:
1.Sangai(goreng) beras sampai warna keperangan.(basuh beras dulu,toskan air kemudian terus sangai)
2.Gaulkan garam dan asam keping.Ketepikan dulu.
3.Blend beras yang sangai tadi. Saya blend tak hancur sangat sebab nak rasa tekstur beras rangup gitu bila goreng nanti,tapi ikut pada masing-masing, nak blend hancur terus pun boleh.
4.Tuang beras blend tadi dan gaulkan rata.
5.Gaul sampai daging bersalut dengan beras. Dah siap gaul,masuk dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk (bahagian bawah) 3/4 hari. Siap untuk dinikmati.
Kredit: Norsharmiza Ashikin
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Resipi Udang Campak Campak Tanpa Garam Dan Perasa Dah Cukup Rasa
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daging Masak Merah, Lauk Sedap Untuk Berbuka Puasa

Salah satu cara sedap nak makan daging adalah dibuat daging masak merah. Rasanya pedas manis dan sangatlah sedap. Boleh dibuat untuk berbuka puasa nanti. Nah, RASA berikan resipiya.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
• Daging
• Minyak masak untuk menumis
• Bawang putih ketuk
• Cili kisar
• Sos tiram
• Cili sos
• Tomato sos
• Sos ikan
• Bawang holand
• Cili padi
• Cili merah hiris
• Daun sup
CARA PENYEDIAAN DAGING
1. Daging direbus lembut. Masukkan sedikit pewarna merah.
2. Sejukkan daging dan hiris nipis. Daging disejukkan dahulu supaya senang dipotong dan tak pecah-pecah.
3. Goreng separuh masak.
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih sampai naik bau.
2. Masuk cili kisar dan tumis sampai garing.
3. Masuk sos tiram, cili sos, tomato sos dan renjis sikit sos ikan.
4. Masukkan bawang holand, cili padi, cili merah dan daun sup. Masukkan air sikit. Kalau mahu berkuah, lebihkan air sedikit.
5. Masukkan daging dan kacau sebati.
6. Masuk garam, gula dan perasa sikit. Seimbangkan rasa masin manis. Sedia dihidang.
Resipi Oleh Ainn Mustafar dari Telegram KakiMakan
5 Lauk Pauk Raya Dari Bahagian Lain Daging Lembu. Gerenti Sedap.

Daging lembu bila dilapah, bukan dagingnya sahaja sedap dimasak. Malahan bahagian lain termasuk organ dalamannya turut jadi kesukaan memeriahkan menu di Hari Raya nanti.
Limpa, babat atau perut, daging tetel dan daging tulang rusuk memang terlajak sedap bila dihidangkan. Cubalah resipi ini nanti
1. DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
600 gm daging tetel lembu
4 batang serai | dititik
1 liter santan
200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
3 asam keping
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
300 gm bawang merah
100 gm kunyit hidup
200 gm cili padi
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air sehinga mendidih.
3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Lauk sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak
Anggaran kos :RM 23
INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.
2. DALCA TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN :
1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
300 gm kacang dhall | direndam dahulu
30 gm halba campur
5 gm daun kari
500 ml santan
200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
200 gm halia
Bahan sayur-sayuran :
300 gm lobak merah | dipotong kecil
200 gm kacang panjang | dipotong
5 biji ubi kentang | dibelah baji
300 gm kubis bunga
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
7. Sajian sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap
Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.
3. ASAM PEDAS EKOR
BAHAN-BAHAN:
300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu
100 gm bawang merah |kisar
100 m kunyit Hidup |kisar
100 gm cili kering |kisar
50 gm bawang putih |kisar
50 gm lengkuas |kisar
2 batang serai |kisar
1 batang Bunga Kantan
4 tangkai Daun kesum
5 biji tomato
200 ml Asam Jawa
50 gm Belacan |Dibakar
30 gm Serbuk Jintan Putih
30 gm Serbuk Jintan Manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi
2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato
Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 20 minit.
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi
Anggaran Kos : RM20
4. GULAI BABAT DAN REBUNG
BAHAN-BAHAN :
500gm babat lembu atau perut | cuci dan toskan, rebus hingga empuk
5 batang serai, | dititik
2 keping asam gelugor
1 cawan rebung jeruk | cuci dan toskan
500ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :
20 biji cili padi kampung
1.5 sm inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK :
- Babat dimasukkan ke dalam periuk, bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap.
- Masukkan air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga babat sedikit lembut . Masukkan rebung, gaul rata dan masak lagi.
- Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu.
- Masak hingga babat lembut.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Babat yang kenyal memang sedap berganda dimakan dengan rebung
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Basuh babat dengan air kapur untuk hilangkan lagi bau hanyir.
Kredit resipi : Chef Asmar, UNITAR
5. KERUTUK LIMPA
BAHAN-BAHAN :
500gm limpa
Santan pekat dari 1 biji kelapa
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar :
2.5sm halia
2.5sm lengkuas
10-15 biji bawang merh
3 ulas bawang putih
1 peket kecil rempah kerutuk
Bahan ditumis :
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1.5sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar | dihiris halus
1.5sm halia | dihiris halus
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan limpa dan biarkan limpa itu separuh masak.
- Kemudian masukkan santan, kacau sebati dan perasakan dengan garam dan gula.
- Perlahankan api dan biarkan mereneh hingga pekat.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa limpa seakan hati lembu tetapi teksurnya lebih lembut
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Memandangkan rasanya sedikit kenyal. Ia sesuai dimasak rendang, kerutuk atau masak hitam yang mengambil masa panjang dan api perlahan.
Kredit resipi : Chef Asma, UNITAR
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI SEDAP INI :
Resipi Kambing Peratal Enak Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

Apa menu istimewa bila sekeluarga berkumpul?Menu berasaskan ayam, daging atau menu seafood. Tepuk dada tanya selera. Kalau ada yang request nak menu dari kambing, apa kata masak kambing peratal ni. Masak menu ni penuh dengan rempah ratus dan enak dimakan bersama nasi putih mahupun roti.
Peratal Kambing
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing (potong kecil)
2 bawang merah (hiris)
7 biji bawang putih
7 cm halia
5 biji ubi kentang (dadu)
1 biji tomato (dadu)
2 sudu kecil jintan manis
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
3 biji cengkih
5 tangkai daun kari
4 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu besar serbuk cili biasa
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Air
Garam
Gula
Cara memasak:
1.Guna Periuk tekanan/didih di atas periuk biasa, rebus daging kambing (isi dan tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk) masukkan ke dalam dan
masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan
2.Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan.
3.Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah tumis sampai keperangan dan masukkan daun kari.
4.Masukkan bahan-bahana yang sudah ditumbuk, tumis sampai keperangan.
5.Masukkan daging kambing yang 3/4 sudah masak ke dalam kuali dan kacau seketika.
6.Masukkan serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati
7.Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing sahaja, kemudian masukkan ubi kentang ke dalam dan kacau.
8.Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala.
9.Letak garam dan gula secukupnya.
10.Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk cucuk daging kambing, guna garpu untuk pastikan dah lembut ke belum.
11.Tuang sos tomato dan kicap pekat
12.Kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat
13.Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api
14.Hidang dengan nasi atau roti kegemaran anda
Kredit: Michelle Shamila
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official