Dengan tiga bahan utama dalam pekasamnya, Kamarul Asiah Muhamad atau lebih mesra dipanggil Along menghasilkan pekasam yang sangat sedap. Tiga bahan utama itu ialah garam, asam keping atau asam kandis dan beras sangai.
Di bawah jenama De’Imaz, Along menghasilkan tiga jenis pekasam iaitu pekasam daging, pekasam ayam dan pekasam ikan sungai. Ikan yang digunakan adalah ikan loma dan ikam lampam. Produk ini telah berada di pasaran selama dua tahun dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelanggan.
Menurut Along, “Saya menghasilkan pekasam kerana ingin memelihara khazanah orang dulu-dulu agar tidak luput ditelan zaman. Lagipun saya ingin generasi masa kini dan akan datang dapat mengenali produk warisan ini. Saya tak nak suatu hari nanti, mereka tak kenal apa itu pekasam.”
Ads
APA YANG BEST?
Kalau selalu orang kata pekasam ni jenis makanan yang berbau, tapi Pekasam De’Imanz tidak begitu. Keistimewaan produk ini adalah dari segi rasanya yang tidak terlalu masin. Pekasam ini juga tidak berbau kerana ada bau beras yang disangai sehingga kuning menggunakan api yang kecil. Itulah yang menjadikan pekasam ini istimewa.
Sesuai sangat untuk dijadikan sebagai instant food dan disimpan untuk dimakan ketika tak sempat nak masak lauk lain. Boleh dibawa travel.
Ads
BERAPA LAMA TAHAN?
Kalau disimpan dalam freezer, boleh tahan sehingga lebih enam bulan. Kalau disimpan di luar peti sejuk, boleh tahan dua minggu. Proses pembuatan semuanya dilakukan di rumah. Maknanya pekasam ini dibuat secara homemade.
RESIPI MASAK PEKASAM DAGING PETAI
Ads
BAHAN-BAHAN
1 senduk minyak masak
1 peket pekasam daging De’Imanz
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 labu bawang holand (dihiris)
Segenggam cili padi merah + cili padi hijau (dihiris)
Sedikit petai
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Masukkan 1 peket pekasam daging.
3. Masak sehingga agak kering.
4. Masukkan bawang besar, bawang holand, cili padi dan petai. Kacau sehingga garing.
5. Matikan api dan angkat. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sajian Ayam Sambal Bali ini memasng sesuai untuk anda yang gemarkan hidangan pedas. Jika suka boleh tambahkan hirisan kentang yang telah digoreng di dalamnya.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 16
Garam dan serbuk kunyit
Minyak masak | untuk menggoreng
8 batang serai | titik
1 biji bawang besar hiris
6 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
3 sudu makan kicap pekat manis
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan air asam jawa
1/2 cawan minyak masak | guna lebihan minyak goreng ayam tadi
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan,perasakan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, gorengkan ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, kemudian masukkan daun kari, tumis hingga garing menggunakan api sederhana.
Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tumis hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, dan kacau lagi seketika.
Perasakan dengan garam, gula dan kicap.
Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar, masak lagi lebih kurang lima minit atau sehingga timbul minyak.
Anda menggemari ayam pedas Korea? Bila suka makan ayam, duduk saja pun boleh meratah. Leka bila dapat makan ayam goreng pedas ala korea ini. Ranggup dan semakin diminati ramai. Bolehlah berangan kononnya berada di Korea. Nah apa lagi jom cuba resipi yang cukup mudah ini.
Resepi dan cara.
Langkah 1
Ayam…
Ambik bahagian kepak & drummet..
Rendam dgn tpg gandum dlm 10 minit.. Tujuan utk hilangkn hangir..
Basuh dan toskn..
Tumbuk..
Halia dan bawang hingga lumat
Kemudian.. Msukkn lada hitam
Jika suka pedas.. Buh byk
Tumbuk bersama garam dan gula..
Gaul dlm ayam..
Perap dlm 30 minit
Langkah 2
Ambik tepung gandum & tepung jagung digaul bersama lada sulah & sedikit garam..
Ambik ayam yg dh diperap tdi..
Digolek2 dlm tpg campuran tdi..
Lalu digoreng dlm minyak panas hgga garing kekuningan..
Ketepikn
Ambik kuali..
Sangai bijik bijan sekejap.. KetepiknCara membuat sos.
1.Panaskn minyak dlm kuali
2.Tumis 5 ulas bwg putih yg dimayang halus hgga kekuningan
3.Masukkan cili giling.. Jika suka pedas.. Msukkn byk
4.Masukkan cili serbuk
5.Masukkan cili sos dan tomato sos.
6.Kacau, masak hingga pecah minyak
7.Masukkan minyak bijan & cuka
8.Masukkan gula perang
9.Masak hingga menjadi pekat berlendir
Langkah seterusnya..
Adunan dah menjadi pekat likat..
Masukkan sedikit garam.
Masukkan ayam goreng tdi.
Gaul rata dalam sos tadi..
Masukkn madu.. Gaul rata
Tutup api..(madu x boleh dimasak lama.. Akan hilang khasiatnya)
Akhir sekali..
Tabur… Bijan yg dh disangai
Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya hidangan aneka sate yang sedap. Selain menjadi kegemaran ramai, menu ini juga mudah disediakan dan boleh disediakan awal. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas. Oleh itu bagi anda yang nak cuba buat sendiri sate di hari raya ni, berikut adalah resipi-resipi yang anda perlukan. Selamat mencuba!
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dibersihkan
5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2cm halia
10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
7 batang serai
2cm kunyit hidup
1 sudu teh garam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
150gm gula
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
Sedia untuk dinikmati.
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | dihiris nipis
30 ulas bawang merah | dikisar
15 ulas bawang putih | dikisar
20 tangkai cili kering | dikisar halus
5cm kunyit hidup | dikisar halus
3 batang serai | dikisar halus
3cm lengkuas | dikisar halus
3cm halia | dikisar halus
3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi | dicairkan
1 batang serai | dititik
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan daging danperapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
Sedia dinikmati.
3. SATE HATI DAN PEDAL
BAHAN-BAHAN:
250gm hati ayam | dipotong dadu
250gm pedal ayam | dihiris kecil
50gm cili kering | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
17 ulas bawang merah | dikisar
3cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
4cm halia | dikisar
4 sudu makan serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan hati dan pedal ke dalam bekas. Kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.
Kemudian masukkan bahan kisar. Gaul rata dan perap selama satu jam.
Cucuk hati dan pedal hingga habis dan bakar hingga masak.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Sebaiknya hati dan pedal dicucuk pada lidi secara berasingan kerana pedal mengambil masa yang lebih lama untuk masak.
4. SATE IKAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi ikan dori sejuk beku | di nyahbekukan
10 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1/2 sudu makan serbuk kunyit
5 sudu makan gula perang
1 sudu teh jintan manis | dikisar
1 sudu teh jintan putih | dikisar
4cm halia | dikisar
4cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
Garam secukupnya
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan dori dihiris nipis dan digaul bersama garam, gula perang serta serbuk kunyit.
Kemudian masukkan bahan kisar. Ratakan dan perap selama 30 minit.
Cucuk isi ikan pada lidi dan bakar hingga masak.
Sedia untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang.
Info chef: Elakkan menghiris isi ikan dengan terlalu nipis kerana sate akan menjadi terlalu kering.
5. SATE KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | dihiris nipis
10 ulas bawang putih | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
3cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
4cm halia | dikisar
3 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan jintan mans ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Kemudian tambahkan gula serta garam dengan secukupnya. Biarkan selama 20 minit.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul sekata dan perap lagi selama satu jam.
Cucuk daging kambing pada lidi dan bakar hingga masak.
Angkat dan nikmati bersama kuah kicap pedas.
Info chef: Guna daging yang sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa sate yang berjus dan enak selepas dibakar.
6. SATE LILIT
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam kisar
1 biji cili merah | dicincang
1 biji putih telur
2 sudu makan daun bawang cincang
2 sudu makan daun ketumbar cincang
2 helai daun limau purut | dihiris nipis
1 sudu makan sos ikan
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
1 sudu makan tepung jagung
Serai secukupnya | dibersihkan
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan putih telur, tepung jagung, sos ikan, garam dan juga serbuk lada sulah. Gaul rata.
Kemudian masukkan cili merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan kepalkan pada batang serai dengan kemas.
Sapukan sedikit minyak masak pada pemanggang dan bakar sate lilit hingga masak.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahukan sate yang lebih harum, serai boleh dibelah dua sebelum dikepal dengan adunan ayam cincang.
7. SATE PADANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dihiris nipis
800 ml air
4 batang serai | dihiris nipis
2 helai daun kunyit | dipotong kecil
5 helai daun limau purut
85gm tepung beras | dilarutkan dengan sedikit air
2 sudu makan tepung kanji | dilarutkan dengan sedikit air
Lidi sate secukupnya
BAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
7 biji cili merah
4 biji cili api
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5cm kunyit
4cm halia
2cm lengkuas
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan masukkan daging dan rempah yang dikisar. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan daun kunyit, serai dan daun limau purut. Masak hingga rempah sebati dan kelihatan masak.
Toskan daging, cucuk pada lidi dan bakar sehingga masak.
Panaskan air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung beras dan kanji. Kacau hingga sebati dan kelihatan sedikit likat. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa. 5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Guna daging batang pinang bagi mendapatkan sate yang lembut.
8. SATE TULANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg rangka ayam | dipotong kecil
8 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3cm lengkuas | dikisar halus
3 batang serai | dikisar halus
3cm halia | dikisar halus
3cm kunyit | dikisar halus
2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
3 sudu makan gula merah
Garam dan gula putih secukup rasa
Sedikit minyak masak
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Semakin lama diperap, semakin enak rasanya.
9. SATE PERUT
BAHAN-BAHAN:
1kg perut lembu | direbus empuk
200 gm bawang merah | dikisar
6cm lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
5 cm halia | dikisar
2 sudu teh jintan manis | dikisar
2sudu teh ketumbar | dikisar
2 labu bawang putih | dikisar
6 sudu makan serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Perut lembu yang telah empuk dihiris bentuk empat segi kecil. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan kisar di dalam bekas. Gaul rata. Kemudian masukkan perut lembu tadi. Gaul sehingga semua rempah sebati.
Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul lagi hingga bahan perasa menjadi rata. Biarkan selama 1 jam.
Cucukkan perut pada lidi sate dan bakar hingga masak.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Cuci perut menggunakan kapur makan bagi membuang bau serta kotoran dan bilas hingga bersih sebelum direbus.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!