Pekat & Menyelerakan, Ini Cara Buat Mi Kari Pak Ku Yang Asli

Share

Buat mereka yang pernah belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, mungkin masih ingat mi kari Pak Ku di Fajar Bakti.

Buat wanita ini, Siti Hazneza Abdul Hamid yang berkongsi mi kari Pak Ku berharap dapat mengubati rindu buat yang sudah lama meninggalkan USM.

Resipi mi kari ini, diperoleh dari pemiliknya yang sebenar. Moga resipi Kak Aya/Pak Ku semoga menjadi jariah buat mereka.

 

MI KARI PAK KU

BAHAN UNTUK KUAH:

4 batang serai* – beli online di sini
4 sudu makan serbuk kari ikan* – beli online di sini
1 sudu makan belacan* – beli online di sini


2 sudu makan halia-bawang mesin*
2 biji ubi kentang | didadu kasar – beli online di sini
1 piring kaki ayam
1 piring rangka/tulang ayam
1 cawan santan – beli online di sini
Sedikit air

BAHAN AYAM GORENG:

4 paha ayam | dikelar
4 sayap ayam
4 bahagian dalam dada ayam

BAHAN PERAP:

1 sudu makan halia-bawang mesin
1 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk stok ayam

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN TAMBAHAN:

Mi kuning yang sudah dicelur
Ubi
Kaki ayam
Tauge | dicelur
Tauhu | digoreng & dihiris
Cili muda (hijau) | dihiris
Cili hidup (merah) | dihiris
Telur | direbus | dibelah
Ayam goreng

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan bertanda dalam pengisar. Kisar sampai halus.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Jika hendak buat sambal sampingan, lebihkan pes dan perisakan secukupnya. Kemudian kaup bahagian yang hendak dijadikan sambal sampingan.


4. Masukkan ubi kentang, kaki ayam dan rangka/tulang ayam. Yang ini saya tambah untuk adakan ‘lauk’ habuan diratah kemudian.


5. Masukkan dalam periuk selepas pes pecah minyak dan tambah air secukupnya. Masak sehingga ubi empuk.


6. Tambah santan 1 cawan dan sedikit air. Perisakan dengan garam dan sekeping asam keping (asam ni ikut resipi Kak Lin di Vancouver)


7. Bila dah sebati semuanya, tutup api. Siap sudah bahagian kuah.


8. Untuk bahagian ayam goreng, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
9. Tambah bahan perap bersama. Gaul rata.


10. Jika perlu, tambah garam ½ sudu teh.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


11. Panaskan minyak. Goreng ikut kumpulan supaya masak sekata. Bila dah masak, angkat dan toskan.


12. Untuk menghidang, letak mi kuning yang sudah dicelur, masukkan kuah sampai mi tenggelam.
13. Letakkan rampai; ubi, kaki ayam, tauge, tauhu, cili muda (hijau), cili hidup (merah), telur dan ayam goreng.


14. Sebenarnya saya nak buat telur tu macam onsen tomago (telur air panas) tapi kurang menjadi.
15. Silakan jika hendak tambah bawang goreng, daun sup, daun bawang dan belahan limau kasturi. Saya letak apa yang ada di rumah.

Kredit resipi: Siti Hazneza Abdul Hamid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff