Anda seorang yang tidak boleh tiada sambal tiap kali nak makan nasi? Jadi perlu ada sambal bilis rangup ni untuk lengkapkan hidangan korang. Sambal bilis rangup ni sekali makan memang berulang kali. Rangup ikan bilis tu memang sedap ya amat, makan pula dengan nasi panas. Bukan setakat makan dengan nasi, tabur atas roti juga sedap. Buat stok banyak-banyak boleh standby untuk makan berbuka dan sahur nanti.
SAMBAL BILIS RANGUP
Bahan-bahan:
Ikan bilis dibasuh dan ditoskan hingga kering
Bawang kecil dihiris halus(basuh bawang dulu kemudian baru hiris)
Bawang putih – dihiris
Cili kering -dibasuh dan keringkan
Ads
Asam keping,garam dan gula
Tepung beras,tepung jagung dan tepung gandum/ Tepung Tempura Bestari
Cara membuat:
1.Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi.Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain.Sukatan agak-agak saja. Tetap garing bila betul cara gorengnya.
2.Gaulkan juga bawang kecil,bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.
3.Panaskan api sederhana besar.goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan.kena kawal api, kalau tak hangus nanti.Agak dah keperangan boleh angkat dan toskan.
4.Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
5.Cili kering tadi digoreng juga dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit.kemudian kisar cili kering TANPA AIR.
6.Dalam kuali dengan sedikit minyak, tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping.Gula lebihkan sikit.Kacau sampai gula dan garam larut.
7.Kemudian tutup api dan sejukkan sambal.Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.
8.Siap untuk dinikmati.
Ads
*Jika terbanyak minyak masa menggoreng tak apa, kaut sambal bilis yang dah digaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis.Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.
Bila dah jemu merendang mula mencari hidangan yang mudah dan sedap untuk dimakan ketika sahur (puasa enam) ni. Klau tak sihat pun sesuai di makan sebagai penambah selera. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan bilis dibasuh dan ditoskan air (guna ikan bilis kecil. Kalau nak guna yg besar boleh, blend kering (jgn blend halus, blend kasar kasar)
3 paket cili flakes (cili flakes ya, bukan cili powder. Yg mcm kita dapat bila beli pizza domino tu. Kat pasaraya ada jual, jenama Meriah. Kalau xde, just sangai kering/bakar kejap lada kering, then blend kering, tapi kasar2).
Minyak masak secukupnya
Gula perang secukup rasa (faa guna dalam 1 sudu setengah)
Serbuk limau nipis knorr secukup rasa(kalau xde, guna pes asam jawa/asam keping/cuka)
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sudu kicap manis
CARA MEMASAK:
Panaskan 1/2 kg minyak. Guna api sederhana. Goreng ikan bilis sampai garing. Kacau selalu. Jangam sampai hangit. Jangan xmasak. Betul2 garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak. Goreng sampai habis.
Sambil goreng ikan bilis, dalam kuali lain, masukkan 1 cawan minyak masak. Guna api kecil. Masukkan cili flakes,gula perang, serbuk limau nipis, kiub ikan bilis & kicap manis. Kacau rata sampai nampak dah garing terus tutup api. Jangan sampai hangit. Biarkan betul-betul sejuk.
Gaul rata dua benda ni dan masukkn ke dalam balang. Pastikan betul sejuk baru tutup.
Kalau ada sambal yang sedap, rasanya macam dah senang hendak mengalas perut yang lapar. Cuma tinggal goreng telur dadar sahaja, sudah memadai untuk dijadikan lauk.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal tumis yang menggunakan cili padi. Ditambah pula dengan ikan bilis.
Rahsia keenakannya adalah ikan bilis jangan ditumbuk atau kisar terlalu halus. Biarkan kasar-kasar sedikit supaya sedap dimakan.
Jom kita tengok resipinya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN
Segenggam ikan bilis (bahagi dua bahagian)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi hijau
Minyak masak untuk menumis
1 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
5 tangkai cili padi hijau
5 tangkai cili padi merah
CARA MEMBUAT
1. Sebahagian ikan bilis, bawang merah kecil, bawang putih dan cili padi dikisar halus.
2. Panaskan minyak masak.
3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan asam keping dan sedikit air. Tumis lagi.
5. Sebahagian lagi ikan bilis ditumbuk kasar. Masukkan dalam masakan.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Masukkan cili padi hijau dan cili padi merah. Masak lagi biar sampai pecah minyak.
8. Matikan api dan boleh dihidang.
Rasa tomyam yang dimasak menggunakan rempah yang dibuat secara homemade memang lebih sedap jika dibandingkan dengan pes yang dibeli. Terasa sangat beza rasanya. Bagi anda yang teringin nak cuba masak pes tomyam secara homemade, resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ni boleh dicuba. Tak susah pun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 hiris lengkuas
7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
4 sudu makan udang kering
10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
4 inci belacan bakar
3 sudu makan cili kering kisar
Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
4. Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.