Tular di media sosial mengenai satu hantaran di Twitter yang memaparkan aksi seorang pekerja serbaneka 24 jam terkemuka yang kelihatan membersihkan ketuhar gelombang mikro (microwave) menggunakan mop lantai.
Sangat menjijikkan kerana peralatan terbabit tentunya digunakan untuk menghangatkan makanan. Ia seharusnya sentiasa dibersihkan menggunakan kain lap bersih supaya makanan yang dihangatkan pelanggan terjamin dari sebarang kuman dan kotoran.
BACA: Cara Cuci Microwave Dengan Bersih, Mudah & Cepat
Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan 7-Eleven Malaysia tampil membuat permohonan maaf.
Ia disusuli dengan kenyataan rasmi di FB rasmi mereka.
Perbuatan ini mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai.
Malah yang pernah bekerja di rangkaian kedai serbaneka sebelum ini turut memberi penjelasan.
Moga-moga insiden sebegini tidak terjadi lagi di masa hadapan.
Kredit: Twitter @AshradChak & FB 7-Eleven Malaysia
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official