Pelbagai Jenis Hidangan Tempe..Haih Memang Bertambah-Tambah Nasi Lah Kalau Macam Ni..

Share

Tempe merupakan sumber protein yang diperbuat dari kacang soya. Pelbagai jenis hidangan berasaskan tempe boleh dihasilkan. Penggemar tempe boleh la cuba resipi-resipi ni..Sememangnya mudah dan sedap! 

TEMPE GORENG KICAP

 

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping  tempe | hiris menyerong
  • 1 biji bawang besar  | belah dua dan hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 8 biji cili padi | hiris
  • Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh  air asam jawa
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
  4. Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
  7. Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:

INFO CHEF: Jika suka boleh ditambahkan dengan hirisan daging atau ayam

Saiz hidangan : 4 orang

Waktu Memasak: 15 minit

Cara Memasak:  Goreng dan tumis

Jenis Masakan:  Hidangan sampingan

Keistimewaan:   Enak  dinikmati panas-panas.

Anggaran kos: RM5

SAMBAL TEMPE GORENG JAWA

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping tempe  | hiris
  • 2 biji kentang | hiris nipis
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 1 keping fucuk | rendam dan potong kecil
  • Sedikit suhun | rendam
  • 1/2 keping dada ayam | hiris nipis
  • 4 batang kacang panjang | hiris serong
  • 1/2 batang lobak merah | hiris
  • Sedikit hirisan kubis bulat
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 1 biji cili hijau | hiris
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 sudu the air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN HIRISAN

  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris

BAHAN KISAR

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 10 tangkai cili padi

CARA MEMBUAT

  1. Panaskan minyak, goreng tempe, tauhu dan kentang sederhana garing. Angkat dan tos.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan isi dada ayam, diikuti fucuk, kacang, lobak merah, cili merah dan hijau.
  5. Seterusnya masukkan pula suhun dan bahan hirisan yang digoreng tadi. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.

INFO CHEF:  Jika ingin lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.

Saiz hidangan : 6 orang

Waktu Memasak: 20 minit

Cara Memasak:  Goreng dan tumis

Jenis Masakan:  Hidangan sampingan

Keistimewaan:   Sedap, pedas dan lemak.

Anggaran kos: RM15

TEMPE GULAI DARAT BERSAMA TULANG

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket tempe |potong empat segi
  • 1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
  • 1 batang serai | titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR

  • 2  biji cili merah
  • 6 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
  3. Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
  4. Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
  7. Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika suka boleh goreng dahulu tempe sebelum dimasukkan di dalam  gulai.

Waktu Memasak: 20 minit

Cara Memasak:  Tumis dan reneh

Jenis Masakan:  Masakan sampingan

Keistimewaan:   Enak menyelerakan.

Anggaran kos: RM5

TEMPE MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR ITIK

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket tempe  | hiris lebar
  • 3 biji telur itik
  • 2 mangkuk santan kelapa
  • 1 helai daun kunyit |simpul
  • 1 batang serai |titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

  • 4 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

  1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, serai,daun kunyit dan asam gelugor.
  2. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
  3. Setelah mendidih, kecilkan api dan pecah telur di dalamnya, satu persatu.
  4. Selepas beberapa minit masukkan pula hirisan tempe dan biarkan mereneh seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Boleh juga menggunakan telur masin, jika suka. Cara memasak tetap sama.

Waktu Memasak: 20 minit

Cara Memasak:  Reneh

Jenis Masakan:  Masakan sampingan

Keistimewaan:   Enak menyelerakan.

Anggaran kos: RM8

SAMBAL TEMPE BERSAMA KACANG TANAH DAN BILIS

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping tempe | potong dadu kecil
  • 1/2 cawan kacang tanah | bersihkan dari kotoran
  • 1/2 cawan ikan bilis mata biru
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak, goreng tempe, kacang tanah dan ikan bilis secara berasingan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam Jawa dan kacau lagi.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Kecilkan api dan terus kacau hingga bahan tumisan pekat.
  6. Akhir sekali, masukkan bahan goreng garing tadi, kacau rata dan tutup api.
  7. Hidangkan dengan nasi panas.

INFO CHEF: Simpan sambal dalam bekas kedap udara jika tidak sedia dihidangkan terus

Waktu Memasak: 20 minit

Cara Memasak:  Tumis

Jenis Masakan:  Masakan sampingan

Keistimewaan:   Pedas, manis dan ranggup

Anggaran kos: RM12

TEMPE NUGGET MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN

  • 1 keping tempe | potong empas segi  3X3 cm
  • 1biji telur
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan Sos Cili Thai
  • 1biji cili merah | cincang halus
  • 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
  3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
  6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
  7. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
  8. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Enak sebagai hidangan appetizer

Waktu Memasak: 15  minit

Cara Memasak:  Goreng dan tumis

Jenis Masakan:  Masakan sampingan

Keistimewaan:   Enak dan rasa masam manis dan pedas

Anggaran kos: RM6

Selamat mencuba! 

Published by
Amanina