Pelbagai Menu Ikan Mudah Buat Dan Berselera Makan

Share

Sering menghadap menu ayam dan daging sepanjang minggu lepas. Boleh muak dibuatnya. Jadi boleh lah diselang seli dengan menu berasaskan ikan yang tidak menjemukan. Boleh pelbagaikan gaya masakan ikan ini dari goreng, berkuah dan bakar untuk menaikkan selera makan. Mungkin resipi ini boleh membantu dalam menyediakan hidangan buat keluarga.

IKAN KERISI MASAK TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kerisi – saiz L
  • 2 sudu besar tauchu
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 4 biji cili merah – hiris
  • 3-4 tangkai cili padi
  • 3sm halia – hiris
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan cili merah dan cili padi.
  4. Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
  5. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.

INFO CHEF: Selain ikan kerisi, boleh juga gunakan ikan kembung.


IKAN SIAKAP SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perap:

  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Garam
  • Mixed herbs
  • Daun Rosemary

Cara Perap:

  1. Perapkan ikan siakap dengan bahan perapan.
  2. Panaskan sedikit minyak Zaitun dalam kuali non stick.
  3. Gunakan api kecil, panggang ikan siakap yang telah perap hingga masak.
  4. Letak atas pinggan dan ketepikan.

SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:

  • ½ biji bawang Holland- potong dadu
  • 1sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 biji lemon – hiris menjadi 4 kepingan
  • 200ml susu segar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk mixed herbs

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali non stick dengan api sederhana.
  2. Masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga wangi.
  3. Masukkan tepung kacau sebati.
  4. Masukkan susu, kacau lagi gunakan whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
  5. Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbsdan garam secukup rasa.
  6. Masak sampai sos jadi pekat, kemudian tuang atas ikan siakap.

INFO CHEF: Boleh juga gunakan ikan salmon.


IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3-4 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan yang dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
  2. Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut ikan cencaru sehingga penuh.
  3. Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.

INFO CHEF: Jika sukakan rasa ikan bakar yang pedas, tambahkan jumlah cili api mengikut cita rasa anda. Jika suka, boleh juga menambahkan sedikit cili kering.

Published by
Putri Adila Saari