Ayam Masak Hitam
1/2 ekor ayam – potong sederhana
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
1 biji tomato – dibelah 4
1 biji bawang besar – dimayang
Kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang)
Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
Air secukupnya
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari
Cara-cara
1. Ayam digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan rempah tumis dan bahan kisar biar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya.
4. Kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutup tudung periuk dan biar sehingga mendidih.
5. Masukkan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkan.
Ayam Masak Merah
1 ekor ayam – lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
3 biji tomato belah 4
2 sudu besar sos cili
2 kuntum bunga lawang
60 ml santan
1 batang kulit kayu manis
250 ml air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
kacang peas – opsyenal
minyak untuk menumis
Bahan hiris:
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
2 cm halian – dihiris jadi 3 keping
Bahan kisar halus:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering – direbus sebentar kemudian dikisar
4 biji bawang besar
2 cm halia
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu dan harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
2. Masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
3. Lepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. selepas itu masukan garam dan tomato.
5. Masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati.
6. Tutup api dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani.
Resepi ayam masak merah semula tidak menggunakan gula. Tapi saya menambah gula bagi melengkapkan rasanya mengikuti cita rasa. Lagi sedap.
Kari Hijau Ayam Thai
1 ekor ayam dipotong kecil
1 kotak besar santan pekat
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar jus limau kasturi
7 helai daun limau purut-disiat
2 biji tomato-dibelah 4
1 batang serai-di titik
Garam dan gula
Bahan kisar
1 batang serai
10 biji cili padi hijau
3 biji lada hijau
1 sudu kecil belacan
1 inci lengkuas
2 cm halia
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 pokok daun ketumbar
2 helai daun limau purut
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan cair dan kacau seketika.
3. Masukkan ayam, serai dan kemudian masukkan santan
4. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan garam,gula, tomato, daun limau purut, jus limau dan gula merah.
5. Masak selama 10 minit lagi dan kemudian bolehlah diangkat.
6. Siap untuk dihidang.
Asam Pedas Ayam
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam – tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
2. Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan pula garam dan lada hitam. Kacau lagi.
5. Tambahkan air secukupnya.
6. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.
Ayam Masak Bali
½ ekor ayam bersaiz besar
Daun kari secukupnya
3 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
3-5 sudu besar kicap tamin
Minyak untuk menumis
Bahan kisar :
Segenggam cili kering (rebus)
5-6 biji bawang besar
seinci halia
sedikit belacan
1 labu bawang putih
Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Lumur kunyit dan garam.
2. Goreng hingga separa masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan kuali yang berasingan.
5. Masukkan minyak dan tumiskan serai sehingga separa garing dan naik bau.
6. Masukkan daun kari. Kacau sebati.
7. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan garing serta naik minyak.
8. Masukkan kicap, garam dan gula. Gaulkan sebati.
9. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
Ayam Masak Halia
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.