
Jarang dengar menu ini, khabarnya resipi ini jauh di utara dan antara menu legend di sana. Ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidangan kamu, bolehlah mencuba resipi utara ni, mana tau boleh ulang lagi. Selamat mencuba!
RESIPI KERABU DAGING MENTAH

BAHAN-BAHAN:

- 800gm dging tanpa urat | cincang bagi halus
- Lengkuas sikit*
- Halia sikit*
- Serai*
- Lada hitam*
- Lada kecik*
- Garam*
- (Yang bertanda * tumbuk je sampai lumat)
- Limau nipis (bnyak lagi sedap )
- Bawang | hiris
- gule skit | ikut citarasa sendiri
- Kerisek jangan lupe
CARA MEMASAK:
Gaul daging dengan air limau dahulu dan kemudian masukkan bahan-bahan kerabu yang lain dan gaul je macam biasa, rasa jika ada yang kurang.
Kongsi resipi: Rasidah Jamadin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Telur Puyuh Simple Tapi Meletop, Cuba Dua Cara Ni!

Telur puyuh ni saiznya kecil je. Walaupun kecil, tapi sedap sungguh rasanya. Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan? Apa kata kali ni kita ubah sikit. Jom, RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh. Tak susah pun. Senang je, tapi sedap tau.
TELUR PUYUH MASAM MANIS

Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis secukupnya
2 sudu makan pes cili merah
1 biji bawang besar (dicencang halus)
2 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 cm halia muda (dicencang halus)
20 biji telur puyuh (direbus dan buang kulit)
2 keping nanas dalam tin (didadu kecil)
Sedikit cili benggala (didadu kecil)
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis pes cili merah. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan telur puyuh, nanas dan lada benggala. Kacau sebati.
3. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA

Bahan-bahan
20 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
5 biji cili padi (dihiris)
5 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Selamat mencuba!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Hidangan Nasi Air Siam. Kombinasi Enak Yang Kaw & Pedas Terangkat!

Andai berkunjung ke Thailand atau ke negeri-negeri sempadan negara gajah putih seperti Kelantan dan Kedah, jangan lupa untuk mencuba Nasi Air Thai. Kombinasi rasa pedas, masam…memang terbaik! Pendek kata, sekali cuba memang akan teringat-ingat.
NASI AIR SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras
- Air secukupnya ( jumlah air yang biasa untuk masak nasi)
- 1 cawan air rebusan tulang/daging
- 3 hirisan halia | titik
- 2 ulas bawang putih | titik
- 1 batang serai | titik
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN SUP:
- 5 cawan air rebusan tulang
- 4 hiris halia | titik
- 2 ulas bawang putih | mayang halus
- 3 ulas bawang merah | mayang halus
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Sup bunjut
- Garam dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN
- 6 ekor udang | dicelur
- 2 ekor sotong | dicelur
- Hirisan daun sup
- Hirisan daun bawnag
- Bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
- Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
- Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
- Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
- Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
- Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
- Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
- Tuangkan sup dan sedia dihidangkan. Enak jika perah sedikit jus limau nipis sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.
Cara Masak 3 Menu Pasta Sedap & Sesuai Dengan Tekak Orang Malaysia.

Orang Malaysia sekarang ni ramai yang suka dengan pasta terutama golangan muda. Tapi kalau asyik makan pasta dengan sos balognes, kabonara, Aglio Olio atau sebarang sos berkrim, muak jugakan. Apa kata, korang cuba pulak jodohkan pasta dengan kuah citarasa tempatan atau senang cerita sesuai dengan tekak orang kita. Korang boleh cuba ni.

SUP MAKARONI DAGING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 200gm makaroni | rebus dan tos
- 200gm daging | rebus dan simpan airnya
- 1/2 batang seleri
- 3-4 biji padi | hiris
- Sedikit hirisan daun bawang dan sup
- 1 batang serai | titik
- Rempah Penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, & buah pelaga)
- 1 sudu makan rempah sup
- 1 sudu makan rempah kurma
- 1 sudu the serbuk lada sulah
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan minyak untuk menumis
BAHAN Kisar:
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawag putih
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar hingga wangi.
3. Setelahnya masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air rebusan daging.
5. Jika tidak cukup kuah tambah sedikit air.
6. Setelah kuah sup mendidih, masukkan hirisan daging dengan hirisan batang seleri.
7. Perasakan dengan lada sulah, hirisan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
8. Masukkan makaroni yang telah direbus dalam mangkuk.
9. Tuangkan sup dalam mangkuk macaroni tadi.
10. Kemudian tabur hirisan daun bawang dan sup di atasnya.
11. Sup macaroni sedia dihidangkan.

FETTUCINE RENDANG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 200 gm pasta fettucine | rebus dan tos
- 150gm daging kisar
- 200ml santan pekat
- 1 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3 hirisan lengkuas
- 2 hirisan halia
- 3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili dan serbuk kunyit, terus kacau hingga timbul minyak.
3. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
4. Masukkan pula santan, kacau rata dan biarkan mereneh seketika.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Bila kuah hampir pekat masukkan kerisik.
7. Kecilkan api dan terus kacah hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Setelah cukup rasa. Tutup api.
9. Masukkan fettucine dalam pinggan dan hias di atasnya dengan kari daging kisar.
10. Sedia dihidangkan.

PASTA MASAM MANIS BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 200gm pasta | rebus & tos
- 10-12 biji bebola daging
- 150ml susu segar
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Bahan Kisar:
- 3 biji cili merah
- 1 biji tomato
- 5 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 tangkai daun ketumbar
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan santan, sos cili dan tomato, kacau rata.
4. Masukkan bebola daging, kacau lagi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pasta dalam pinggan dan tuangkan kuahnya di atas pasta.
7. Pasta sedia dihidangkan.

