Peluang Usahawan PKS Lonjakkan Pendapatan. Sertai Minggu POWER UP Bersama ASTRO

Share

Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) buat julung kalinya menjemput semua usahawan PKS untuk menyertai minggu POWER UP yang pertama dengan lawatan studio eksklusif dari 28 Jun hingga 1 Julai 2022.

Bertemakan “POWER UP! Be in The Right Place to Grow”,  usahawan PKS akan dibimbing dengan trend dan pemahaman strategi pemasaran terkini daripada pakar-pakar dalam industri media di samping mempelajari inovasi pengiklanan bersasar (Addressable Advertising) yang pertama di Asia Tenggara.

Inovasi pengiklanan bersasar yang dirintis oleh Astro itu membolehkan perniagaan memanfaatkan sasaran digital menerusi televisyen dengan penggunaan data pihak pertama, malah mampu memaparkan iklan terus kepada isi rumah yang menonton program berkaitan.

Selain itu, PKS juga akan dapat mencapai profil pelanggan Astro yang bernilai tinggi di seluruh negara bagi mempercepatkan pertumbuhan dan melonjakkan kedudukan dalam pasaran.

LAWATAN DI BELAKANG TABIR

Minggu POWER UP Astro itu turut menawarkan usahawan PKS pengalaman di belakang tabir termasuk pengelolaan acara yang bersiaran langsung dari studio selain berpeluang bertemu selebriti kegemaran dan menikmati diskaun eksklusif pakej pengiklanan.

Program yang berlangsung selama empat hari itu mempunyai tiga sesi pada setiap hari dan membolehkan PKS membuat pilihan masa, iaitu antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi dan 2.00 petang.

 

HADIAH LUMAYAN MENANTI

Inilah masanya untuk menyertai pengalaman hebat di Astro dan menang hadiah bernilai lebih RM1 juta merangkumi 10 set hadiah dengan setiap set terdiri daripada TV Pintar Samsung 65” AU7000 4K UHD dan masa pengiklanan bernilai RM100,000.

Setiap sesi terhad kepada 40 pek. Untuk maklumat lanjut dan menempah sesi anda, boleh layari quake.com.my atau klik saja pada link ini https://bit.ly/3OeT0MK

Published by
Team Rasa