
Pucuk rebung kantan sebagai pembuka selera yang akan buat anda bertambah-tambah nasi. Ditumbuk dengan cilu padi dan ikan bilis yang sudah digoreng.
SAMBAL TUMBUK KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 pucuk rebung kantan
- Cili padi kampung ikut kepedasan
- 1 biji bawang putih
- 3 biji limau kasturi perah airnya
- Segenggam ikan bilis-goreng rangup
- Garam
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali limau dan ikan bilis ke dalam lesung batu. Tumbuk lumat.
2. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk lumat.
3. Perahkan limau kasturi. Boleh tambah jika suka lebih masam.
4. Siap untuk dihidangkan.
INFO:
- Tambah cili padi ikut tahap kepedasan yang anda suka.
- Makan dengan nasi panas.
- Boleh juga tambah hirisan bunga kantan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nur Aisya
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/santan-tumis-berlada-masakan-terengganu-lama-resipi-arwah-nenek-boleh-tahan-sampai-3-minggu/
Sambal Belacan Goreng Blender Semua, Nampak Malas Tapi Sedap
Makan Dengan Sambal Cencalok Bunga Kantan & Serai, Mesti Orang Lalu Lalang Kita Tak Nampak
Perghh Merecik! Bertambah-Tambah Selera Dengan Sambal Belacan Thai Legend
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Jenis Sambal Yang Bangkit Selera Sahur

Isi Kandungan
Toggle
Kalau ada sambal, selalunya mesti selera nak makan. Lidah Melayu memang suka sambal. Makan nasi mesti nak kena ada sambal. Nah, RASA berikan 4 jenis sambal yang confirm korang akan suka. Boleh try buat sendiri kat rumah untuk bersahur nanti.
SAMBAL TUMIS TELUR
Sambal tumis telur yang sangat sedap.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji telur ayam (direbus)
• Minyak masak
• 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
• Air asam jawa
• 1 sudu besar kicap lemak manis
• 1 sudu besar sos cili
• Gula
• Garam
BAHAN KISAR
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Belacan
• 4 sudu besar cili kisar
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam selama 8-10 minit sahaja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR sehingga agak garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, sos cili, gula dan garam.
4. Masukkan telur dan bawang hiris tadi. Gaul rata. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Resipi oleh Yatty Collection Star dari Telegram KakiMakan
SAMBAL TERUNG
Sambal lejen.
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Resipi Oleh Suratmi Saminoh
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
Memang syok makan sambal tempe ni.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Asiah Jafar dari Telegram KakiMakan
SAMBAL AYAM PENYET
Sambal Ayam Penyet.
BAHAN-BAHAN
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
INFO
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.
Resipi oleh Pn Nj dari Telegram KakiMakan
Sambal Bilis Garing Pengganti Selera Bila Dah Jemu Merendang!

Bila dah jemu merendang mula mencari hidangan yang mudah dan sedap untuk dimakan ketika sahur (puasa enam) ni. Klau tak sihat pun sesuai di makan sebagai penambah selera. Jom cuba!
RESIPI SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ikan bilis dibasuh dan ditoskan air (guna ikan bilis kecil. Kalau nak guna yg besar boleh, blend kering (jgn blend halus, blend kasar kasar)
- 3 paket cili flakes (cili flakes ya, bukan cili powder. Yg mcm kita dapat bila beli pizza domino tu. Kat pasaraya ada jual, jenama Meriah. Kalau xde, just sangai kering/bakar kejap lada kering, then blend kering, tapi kasar2).
- Minyak masak secukupnya
- Gula perang secukup rasa (faa guna dalam 1 sudu setengah)
- Serbuk limau nipis knorr secukup rasa(kalau xde, guna pes asam jawa/asam keping/cuka)
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- 1 sudu kicap manis
CARA MEMASAK:
- Panaskan 1/2 kg minyak. Guna api sederhana. Goreng ikan bilis sampai garing. Kacau selalu. Jangam sampai hangit. Jangan xmasak. Betul2 garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak. Goreng sampai habis.
- Sambil goreng ikan bilis, dalam kuali lain, masukkan 1 cawan minyak masak. Guna api kecil. Masukkan cili flakes,gula perang, serbuk limau nipis, kiub ikan bilis & kicap manis. Kacau rata sampai nampak dah garing terus tutup api. Jangan sampai hangit. Biarkan betul-betul sejuk.
- Gaul rata dua benda ni dan masukkn ke dalam balang. Pastikan betul sejuk baru tutup.
https://www.facebook.com/ViralOhViralReal/videos/668013756893179/
Kongsi resipi: Nur Fakhira Mohd Rosli via Dapur Selera
Kredit gambar: #dapurfaafeefoo
Tahan Sampai 2 Bulan, Sambal Hitam Tomato Ni Memang Sedap & Padu

Sedapnya Sambal Hitam Tomato ni. Bagi anda yang suka menu ni tapi susah nak jumpa belimbing buluh, boleh cuba resipi ni. Boleh gantikan dengan tomato. Olahan yang menjadikan hidangan sambal lebih sedap dan kreatif. Ada sambal ni, makan dengan nasi putih je pun dah cukup berselera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nanaa Malynaa. Pasti puas hati.
SAMBAL HITAM TOMATO
BAHAN-BAHAN:
- 13-14 biji tomato – guna buah yang masak dan warna merah
- 1 genggam cili padi @ lada burung – lebihkan jika suka pedas
- 8 biji bawang merah kecil
- 1 biji bawang besar holland saiz sedang – beli online disini
- 1 genggam lebih ikan bilis – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Potong-potong tomato. Masuk kuali, goreng tanpa minyak. Hancurkan tomato tu sampai jadi macam gambar di bawah.
2. Sambil tunggu tomato hancur, masukkan bawang merah kecik, bawang besar holland dan cili ke dalam blender. Masukkan minyak masak agak-agar dan kisar kasar. Tidak perlu tambah air. Guna minyak sahaja. Lepas tu boleh masukkan ikan bilis. Kisar kasar juga.
3. Bila tomato dalam kuali kelihatan agak hancur dan kering sedikit, masukkan bahan bkisar tadi. Masak guna api sedang-sedang sahaja.
4. Bila dah jadi kering sikit macam tu, boleh tambah kicap manis sikit, kicap pekat sikit, garam dan gula. Kalau suka pak aji boleh masukkan juga ikut citarasa. Kicap bertujuan untuk memberikan warna hitam. Ikan bilis dalam bahan kisar sudah punya rasa masin, jadi berhati-hati dengan jumlahnya. Gula juga jangan guna banyak. Jika sambal manis, tidak sedap.
5. Terukan mengacau sambal hingga kering. Bila kelihatan pecah minyak dan ikan bilsi kelihatan garing, padamkan api. Jika suka sambal yang betul-betul kering, boleh teruskan masak hingga dapat tekstur yang anda suka.
6. Bila sambal sudah siap, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas. Jika nak sambal yang tahan lebih lama hingga berbulan-bulan, boleh simpan dalam peti sejuk.
Kongsi resipi & foto: Nana Malynaa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI