Pembuka Selera Sambal Tumbuk Pedas Rebung Kantan Ikan Bilis Goreng

Share

Pucuk rebung kantan sebagai pembuka selera yang akan buat anda bertambah-tambah nasi. Ditumbuk dengan cilu padi dan ikan bilis yang sudah digoreng.

SAMBAL TUMBUK KANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 pucuk rebung kantan
  • Cili padi kampung ikut kepedasan
  • 1 biji bawang putih
  • 3 biji limau kasturi perah airnya
  • Segenggam ikan bilis-goreng rangup
  • Garam

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali limau dan ikan bilis ke dalam lesung batu. Tumbuk lumat.

2. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk lumat.

3. Perahkan limau kasturi. Boleh tambah jika suka lebih masam.

4. Siap untuk dihidangkan.

INFO: 

  1. Tambah cili padi ikut tahap kepedasan yang anda suka.
  2. Makan dengan nasi panas.
  3. Boleh juga tambah hirisan bunga kantan.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nur Aisya

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: 

http://www.rasa.my/santan-tumis-berlada-masakan-terengganu-lama-resipi-arwah-nenek-boleh-tahan-sampai-3-minggu/



Published by
Zera Naim