Pembukaan ini menjadi detik yang bersejarah bagi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dan membuktikan komitmen jenama ini untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat rakyat Malaysia.
Baru sahaja meraikan jubli peraknya pada September 2022, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik yang bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 miliknya di Malaysia. Terletak di Sierra Fresco, Puchong, kafe baharu ini membuktikan dedikasi berterusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat seluruh rakyat Malaysia.
Mohamed Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada majlis pembukaan kafe ke-150 jenama tersebut berkongsi, “Sejak pembukaan kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® di Malaysia yang sulung pada tahun 1997, kami telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kami. Dengan ini, kami terus menjulang komitmen untuk membawakan pelbagai pengalaman yang istimewa melalui setiap minuman dan makanan yang kami hidangkan.”
Kafe berkeluasan 2,800 kaki persegi ini menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, yang secara keseluruhannya dapat memuatkan sebanyak 110 orang pelanggan dan pengunjung. Reka bentuk dalaman kafe yang serba moden dilihat memanfaatkan konsep ruang terbuka,menampilkan gerbang-gerbang yang menawan pada seni binanya.
Motif California Selatan memberi penghormatan kepada asal usul jenama ini, sambil menyempurnakan kafe tersebut dengan pencahayaan gaya matahari terbit,menzahirkan ambien yang nyaman dan mesra.
Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi memberitahu, “Memetik ilham daripada pelbagai juadah dari seluruh dunia, kami sebagai sebuah jenama mempunyai cita yang tinggi terhadap inovasi. Kami terokai dan berusaha untuk mencipta resipi yang dapat menggamit selera rakyat Malaysia, sambil berpegang kepada asal usul yang mendefinisikan suatu juadah. Kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini untuk menyajikan citarasa dunia yang sebenar kepada mereka.Penawaran yang terkini oleh The Coffee Bean & Tea Leaf®Malaysia adalah musim Ramadan dan Raya, mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk Explore the Heart of Raya.
Diilhamkan oleh perisa-perisa yang biasa dan juga yang luar biasa, minuman yang disediakan terdiri daripada Vanilla Cardamom ColdBrew Coffee dan Cardamom Oat Milk Macchiato. Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, sentuhan rempah ini menambah kekayaan rasa minuman tersebut. Juga dibawakan untuk memuaskan dahaga para pelanggan ialah Mangoes & Cream Ice,Blended® dan Mangoes & Cream Cold Brew Tea.
Sementara itu, menu musim Ramadan dan Raya menampilkan kek The Straits dan Pine-lemon Sugee, di samping aneka pencuci mulut seperti kek Midnight Chocolate, Mangoes & Cheese Tart dan Cinnamon Raisin Swirl.
Bukan itu sahaja, pelbagai juadah berunsur Timur Tengah juga sedia untuk diterokai, dengan hidangan Fattoush Salad, Hummus with Tortilla Chips, Chicken Shawarma dan Baklava Delight.
Berita baik juga dibawakan untuk para peminat Meerqeen kerana The Coffee Bean & TeaLeaf® Malaysia baru sahaja melancarkan peraduan media sosial yang akan berlangsung dari 15 April hingga 5 Mei, di mana para peserta diberi peluang untuk memenangi sesi meet & greet eksklusif bersama dengan pelakon tersebut.
Kafe Sierra Fresco The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mula beroperasi dari 15 April 2023. Masa operasinya adalah dari jam 7 pagi hingga 12 malam setiap Isnin hingga Ahad.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official