Ramai ke peminat Ayam Goreng Korea di sini? Kalau tengok dalam drama Korea, wah, bukan sedap lagi tengok mereka makan kan.
Tapi, nak buat Ayam Goreng Pedas ala Korea mudah je sebenarnya. Menerusi perkongsian saudara Mohamad Arymin, ada teknik rahsia untuk kekalkan tekstur crispy ayam tersebut. Teknik ini dipanggil double frying, orang Korea selalu buat.
Jom tengok resepi Ayam Goreng Korea by Abam Jambang Korea ni.
1. Potong ayam kepada 2, perap dengan sebiji telur, serbuk blackpepper dan sedikit perasa. Perap dalam 30 minit pun dah okay.
2. Bedak-bedakkan ayam tu dengan tepung bestari. Biar salut semuanya.
Ads
3. Gorengan pertama ni guna api sederhana je, sampai ayam nampak kuning keemasan dan isi dalamnya masak. Angkat dan rehatkan dalam 15-20 minit.
4. Ini rahsianya ayam kekal rangup, iaitu dua kali goreng. Goreng kali kedua ni guna api yang besar dan suhu minyak yang lagi tinggi. Goreng dalam 2-3 minit saja dan warnanya keperangan.
5. Sediakan bahan untuk sos pedas. Boleh adjust sukatan ikut tahap kepedasan korang.
6. Kisar bawang putih dalam chopper. Sekejap dah beres.
7. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih tadi.
8. Lepastu masukkan cili boh, kacau sampai agak garing. Masukkan sos cili dan sos cili & cendawan. Kacau rata.
Ads
9. Masukkan madu dan bahan perasa secukupnya. Akhir sekali masukkan ayam dan biji bijan. Gaul rata semuanya. Siap dan sedia untuk dihidang.
Nasi goreng sardin. Ringkas tapi sedap. Dalamnya dah ada sayur dan protein, jadi tak perlu lauk lain lagi dah.
Untuk berbuka dan sahur pun sesuai ni. Tambah lagi kalau nak cepat. Misalnya mak-mak yang tak cukup masa. Ha..sekejap je dah siap.
Lagi satu, bulan puasa macam-macam makanan yang ada. So, nasi kadangkala tak habis makan. Ha..ini salah satu cara untuk elakkan pembaziran. Simpan nasi dan boleh digoreng. Tak membazirkan?
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Otai Malaya ni.
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah dulu hingga terbit bau wangi.
Masukkan pula cili giling. Jumlahnya terpulang tahap kepedasan yang diingini. Suka pedas, bubuh lebih. Kalau ada anak kecil, kurangkan. Goreng sampai garing.
Masukkan ikan sardin. Goreng sampai sedikit garing.
Kemudian masukkan sayur-sayuran iaitu buncis, lobak merah dan lada bengala yang telah dipotong.
Pecahkan telur. Gaul sebati.
Masukkan pula sos cili, sos tiram, sedikit sos sardin, garam dan serbuk perasa. Gaul lagi.
Setelah itu, bolehlah masukkan nasi sejuk. Tapi kalau tak ada, nasi baru masak pun boleh. Tapi lagi best guna nasi yg sejuk. Gaul sebati.
Dah muak dengan rasa pelbagai jenis kek. Kali ni nak buat kek yang tidak muak rasanya. Jika sebelum suka dengan kek yang simple seperti kek butter kita olah rasa dengan meletak Horlick di dalamnya. Pasti sedap ni.
KEK BUTTER HORLICKS Bahan-bahan: 500gm butter (Akak guna purebutter)
1 gelas gula pasir
3 gelas tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
1 gelas Horlicks
1/2 tin susu pekat manis -BELI ONLINE DI SINI
10 biji telur
1 sudu makan baking powder -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar.
4. Masukkan susu pekat manis dan putar
5. Masukkan horlicks dan putar
6. Masukkan esen vanilla dan putar.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
8. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
9. Dua biji loyang ukuran 8”x 8” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.
10. Bahagikan kepada dua adunan / loyang.
11. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak. Nota : suhu bergantung pada oven masing-masing. SELAMAT MENCUBA
Kredit : Julie Zuriana
Sajian Thai adalah antara sajian cukup popular di seluruh dunia. Pergi sahaja ke negara Asia, Amerika Syarikat, Eropah dan pelbagai negara, restoran Thai pasti ditemui. Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan bunga kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan. Melalui inspirasi juadah dari Pattaya dan Bangkok,
RASA kongsikan lima menu yang sedap & sangat mudah untuk anda cuba di rumah. Boleh masuk koleksi sajian berbuka nanti.
1. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam /dicincang
3 ulas bawang putih /dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kicap pekat
Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
2. GAENG KIAW WAN (DAGING MASAK KARI HIJAU)
BAHAN-BAHAN:
200gm daging /dihiris nipis
20- 30gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10gm kubis bunga/ dihiris
3 tangkai kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62ml air rebusan daging
100ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS (PES HIJAU):
1 batang serai /dikisar halus
2 ulas bawang putih /dikisar halus
1.5 sm lengkuas /dikisar halus
6 biji cili hijau besar / dikisar halus
20gm belacan /dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut /disagat
4 helai daun limau purut / dihiris halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
Kari hijau sedia dihidang
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. GAENG PHANAENG (DAGING PHANAENG)
BAHAN-BAHAN:
400gm daging – dihiris nipis
40ml santan segar
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Gula dan garam secukupnya
BAHAN TUMIS:
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai /dikisar halus
2 sm lengkuas /dikisar halus
4 helai daun limau purut /dikisar halus
1.5 sm belacan bakar /dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
20 gm daun dan tangkai ketumbar/ dicincang halus
2 biji kulit limau purut /dikisar halus
2 ulas bawang putih/ dikisar halus
1 batang kayu manis/ dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
Kacau seketika, perasakan dan padamkan api. Siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)
BAHAN-BAHAN:
4 ekor udang /dicincang
1 ekor sotong /dicincang
4 ekor kupang /dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang /dipotong kecil
1/4 batang lobak merak /dicincang halus
2 batang cili padi /dihiris
2 ulas bawang putih /dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland /dicincang
2 biji bawang merah/ dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
Panaskan pengukus dengan air.
Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
Hor mok sedia dihidang
INFO CHEF: Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
5. GAR HOR BAI TOEY (AYAM PANDAN)
BAHAN-BAHAN:
250gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan
BAHAN UNTUK PERAPAN:
40ml susu cair
1 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada putih
1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
3 ulas bawang putih /dikisar halus
3 ulas bawang merah /dikisar halus
1 sm halia /dikisar halus
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskan.
Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.