Peminat pasta boleh cuba 3 resipi ini. Gerenti sedap dan mudah pulak tu.
Sesekali layan masakan ala barat pun best. Bosan juga asyik makan nasi kan Lagi pula, bila masak pasta tak perlu lauk sampingan lain. Semua dah masuk dalam situ. Mudah.
Boleh cuba tiga jenis pasta yang simple tapi sedap ini untuk hidangan keluarga.
Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Boleh masukkan sedikit potongan cili api jika mahukan rasa pedas.
Bihun goreng memang jadi kegemaran ramai.Ini perkongsian Mieyza.Ini resepi mak saya,mak pernah niaga dekat kantin.Mak goreng setiap pagi dan antara menu yang laku keras dekat situ.Mak selalu letak daging, perghh sedapnya.
Tip mak ajar bila masak bihun rendam dulu dengan air paip selama beberapa jam sebelum nak masak.Kalau masak malam dalam pukul 5-6 petang dah boleh rendam bihun.Kemudian potong pendek-pendek bihun ni guna gunting dan toskan. Kalau guna air panas, jangan rendam lama sebab takut tekstur bihun tu lembik. Kalau nak masuk bihun
jangan sekali harung, takut air dalam bihun menyebabkan bihun tu lembik.
BIHUN GORENG
Bahan-bahan:
2 biji bawang besar saiz sederhana
3 ulas bawang putih-dicincang
Minyak untuk menggoreng
Serbuk cili
Isi ayam dipotong kecil
Fishball- di potong
2 biji telur
Sos
Kicap masin
Kicap manis
Lobak merah-dihiris
1 1/2 sudu secukup rasa
Bihun yang sudah ditos dan dipotong
Kubis yang dipotong
Cara memasak:
1.Panaskan minyak.
2.Masukkan bawang putih beberapa ulas dan tumis hingga kekuningan.
3.Masukkan bawang besar yang dah dikisar.Kalau guna cili kisar,tumis cili kisar dulu baru letak bawang besar yang dikisar.
4.Kemudian masukkan serbuk cili dan air, tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan isi ayam atau isi daging atau seafood.Ikut cita rasa anda.
6.Masukkan fishball, tumis hingga kering dan masak.
7.Kemudian masukkan telur.
8.Masukk sos dan kicap manis atau masin, saya suka lebihkan sos
9.Ada lebihan lobak merah boleh letak sekali.
10.Perlahankan api,time ni masuk secukup rasa, Tak payah letak garam.
11.Masukkan bihun yang dah ditos dan dipotong tadi.
12.Masukkan kubis.Kalau ada taugeh atau sawi boleh masukkan. Goreng lama sikit biar kering sikit dengan api yang perlahan.
Dalam episod ke-9 Rasa Nostalgia Ramadan hari ini menyaksikan gelagat Ifa Raziah dan anaknya, Syakir Aqili serta Azlee Senario sebagai jemputan. Memang meriah suasana dapur dengan aksi Ifa Raziah dan Azlee. Ifa Raziah dibantu oleh Azlee dan Syakir Aqili untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.
Asam Laksa yang dimasak oleh Ifa Raziah sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila sekali dah rasa, boleh termimpi-mimpi dibuatnya. Tak boleh buat hari-hari, nanti orang curi resipi katanya dalam nada bergurau.
Pek Nga pula merupakan kegemaran Syakir Aqili. Nak buat Pek Nga ni sangatlah mudah. Bahan yang digunakan juga ringkas je. Tapi anda tahu ke maksud Pek Nga? Haaa Pek Nga merupakan singkatan bagi ‘tempek-tempek atas belanga’.
Jadi, bolehlah cuba kedua-dua resipi ini untuk berbuka puasa. Selamat mencuba!
ASAM LAKSA
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan sardin | direbus, dibuang tulang dan dikisar
2 tin sardin (besar)
4 ulas bawang putih | dikisar
8 biji bawang merah |dikisar
½ inci halia | dikisar
½ inci lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
Cili kering | dikisar
4 batang cili besar
Seikat daun kesum
2 batang bunga kantan
2 inci belacan
10 keping asam keping
3 sudu makan asam jawa
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Petis otak udang
BAHAN HIASAN:
Mi laksa (Laksa Basah)
Timun
Bawang besar
Nanas
Salad
Lobak asin
Bunga kantan
Daun pudina
Cili padi
Telur rebus
CARA MEMASAK:
Rebus ikan sardin di dalam periuk. Bila ikan sudah masak, buang tulang ikan dan kisar.
Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan cili kering.
Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan segelas air. Kacau sebati hingga mendidih.
Kemudian, masukkan ikan sardin yang telah dikisar tadi. Kacau hingga mendidih.
Masukkan asam keping, air asam jawa, bunga kantan, daun kesum dan cili besar. Masak hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
Tambahkan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa anda.
Masukkan ikan sardin dalam tin ke dalam periuk. Kacau lagi hingga ikan masak.
Siap dan sedia untuk dimakan. Jangan lupa celur dahulu laksa sebelum makan.
PEK NGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 ½ biji kelapa parut | bahagian putih sahaja
½ sudu teh garam
3 sudu teh gula
Marjerin
1 ¼ cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati mengikut kepekatan adunan yang dikehendaki.
Kemudian, masukkan garam dan gula.
Panaskan kuali. Sapukan marjerin pada kuali dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuk terpulang pada kreativiti masing-masing.
Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.
Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Resipi Sos Spageti Cendawan homemade yang sedap, mudah dan tanpa pengawet perkongsian saudari Dahlia Kamaruza ni memang kena cuba. Kalau anak-anak anda jenis peminat tegar pasta, seminggu 2-3 kali minta spageti, sos ni memang kena cuba buat. Jimat banyak. Bukan setakat pasta je, boleh juga dijadikan sos pizza, lasagna, baked macaroni dan macam-macam lagi. Lagi sedap dan tak ada pengawet pun. Jom cuba.
CARA MASAK SOS SPAGETI HOMEMADE TANPA MSG
BAHAN-BAHAN:
10 kg ++ tomato
4 biji bawang holland – dadu halus
2 labu bawang putih – tumbuk
4 biji lada capsicum merah
1/2 bekas cendawan shiitake – potong dadu
2-3 tangkai sweet basil – ambil daun sahaja
2-3 helai daun Bay
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit Mixed herbs
2 sudu makan serbuk cili ( optional)
Serbuk pati ayam homemade (optional)
1-2 cawan minyak zaitun atau minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar secara bersilang.
2. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap. Angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir supaya tomato sejuk. 3. Kupas kulit tomato dan asingkan isinya. Belah dua, picit keluar bijinya dan kumpulkan.
4. Kisar biji dan kulit tomato tanpa air hingga halus. Tapis dan ambil airnya.
5. Masak isi tomato dan air tapisan tadi dalam periuk hingga kecut dan air berkurangan. Tidak perlu letak air biasa kerana tomato akan mengeluarkan air. Biar sejuk.
6. Ambil lada capsicum dan bakar sampai kulit hangus. Lalukan di bawah air paip, kupas kulit dan bijinya. Kemudian kisar halus.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang holland, bawang putih dan cendawan sampai layu. Kemudian kisar halus.
8. Keluarkan separuh dari tomato dalam kuali yang disejukkan tadi dan kisar halus. Tuang kembali ke dalam kuali bersama kisaran lada benggala dan cendawan. Masak hingga kering. 9. Tambahkan serbuk cili, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam, mixed herbs, daun sweet basil dan daun bay. Kacau rata dan bila sos mendidih ( kuah memercik) dan pekat, padamkan api dan sejukkan.
10. Bila sos telah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
11. Jika simpan dalam peti sejuk pada suhu biasa, sos ni boleh tahan selama 2-3 hari. Jika simpan dalam peti sejukbeku, boleh tahan hingga 6 bulan.
INFO: Ini adalah resipi sos pasta cendawan. Jika nak buat sos pasta tradisional, abaikan penggunaan cendawan.