Tengok gambar masakan sahaja dah cukup buat kita terliur. Ha..jangan tak tahu, ini adalah hasil air tangan orang lelaki; Encik Mat Jambu Golok. Pemuda ini memang pandai memasak. Lihat sahaja akaun facebook beliau, ada macam-macam masakan yang beliau hasilkan.
Bagi sesetengah orang, hidangan ini mungkin nampak biasa tapi percayalah rasanya memang luar biasa. Malah menu ni juga mudah dihasilkan serta mampu menaikkan selera. Kombinasi rasa pedas, masam serta haruman rempah yang digunakan menjadikan hidangan ini lebih enak. Jom cuba!
Kepah Kerang Ala Thai
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg kepah
- 1/2 kg kerang
- 4 biji cili merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 4 helai daun limau purut – hiris
- 1 sudu makan pes tomyam
- 5-6 biji limau nipis – ambil jus sahaja
- 3 biji tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang timun
- Kacang tanah tumbuk secukupnya
- 1 tangkai daun pasley atau daun ketumbar – hiris kasar
- 2 batang serai – hiris
CARA MEMASAK:
- Kukus kerang dan kepah selama 5-10 minit.
- Tumbuk cili merah bersama bawang putih. Masukkan juga sedikit gula. Ia bertujuan mengelakkan air cili merecik pada mata.
- Masukkan hirisan tomato. Tumbuk sampai lumat.
- Kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Perah jus limau nipis anggaran dalam 5 biji.
- Seterusnya masukkan kacang tanah, garam dan gula secukup rasa diikuti pes tomyam. Gaul lagi hingga sekata.
- Masukkan semua bahan-bahan lain termasuk serai, kepah dan kerang.
- Hiris tomato dan timun. Gaul sampai sebati.
- Sedia untuk dinikmati.