Tidak semua orang berniaga kalau jualannya laku dan sudah mempunyai pelanggan tetap ingin berkongsi rahsia resipinya pada orang lain tetapi tidak pada Puan Zahidah Adibah, yang sangat pemurah ilmu berkongsi dengan netizen resipi Cheezy Baked Meatball yang di sukai ramai ini. Rugi kalu tak cuba, simpan elok-elok resipi ni ya.. Jangan peram pulak, Selamat mencuba.
Ads
Saya nak kongsi resipi jualan COD Cheezy Baked Meatball ..InsyaAllah sedap dan mudah untuk disediakan. Resipi ini telah di ubahsuai mengikut selera tekak orang melayu… Sebekas saya jual rm6 mgandungi 7 biji meatball stiap box. Semoga dapat memberi inspirasi kepada sesiapa untuk mencuba berniaga…
RESIPI CHEEZY BAKED MEATBALL
BAHAN-BAHAN:
Ads
Meatball (jenama apa2 pun)
Sos PREGO (Carbonara mushroom cream) – tin kaler biru
Fresh milk
Capsicum chili (warna hijau & merah)
Bawang besar holland
Mozarella cheese
Oregano
Lada hitam (yang tumbuk tau, bukan yang serbuk)
CARA MEMASAK:
(1) Potong bawang and chili saiz sederhana..goreng tanpa minyak..jgn sampai layu
(2) Goreng meatball dengan sedikit minyak .
(3) Masak carbonara sos dgn sedikit lada hitam + oregano + sedikit fresh milk.
(4) Masukkan bahan2 yang telah digoreng kedalam bekas .
(5) tuangkan kuah yg telah dimasak sbentar td.
(6)taburkn mozarella cheese dbhgian atas .
(7)bakar api atas bawah dgn suhu 180° selama 20/30minit…*bergantung pada oven masing2..utk percubaan pertama kali kerap buka untuk dapatkan hasil keperangan seperti didalam gambar☺️
(8)Siap utk dhidangkn.
Sedapnya Kek Span Pandan Santan. Lembut, gebu dan lemak manisnya tu sedang-sedang elok je. Tengok gambar je pun dah rasa kesedapan kek homemade ni. Jika dulu zaman nenek dan ibu kita, santan dan pandan ni guna untuk buat kuih muih tradisional je. Sekarang, macam-macam boleh diolah guna bahan ni.
Bagi anda yang suka cuba resipi-resipi kek yang enak, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang boleh dimasukkan dalam ‘list’ anda. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Untuk bahan A, pukul putih telur hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan jus lemon.
3. Pukul lagi hingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
4. Kemudian, dalam bekas berlainan, satukan bahan B dan pukul hingga sebati dan berkrim.
5. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. Kaup balikkan hingga sebati.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Kemudian ambil loyang yang bersesuaian, lapik dasar loyang menggunakan baking paper. Kemudian oles dengan marjerin dengan secukupnya.
7. Tuang adunan kek tadi. Jika suka, boleh corak bahagian atas kek ikut kreativiti masing-masing.
8. Ambil satu loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi. Isikan air panas.
9. Letak loyang kek ke dalamnya dan bakar guna teknik double boiler selama 70 minit menggunakan api atas bawah.
10. Bila kek masak, sejukkan seketika dan bolehlah dinikmati.
Hujung minggu ni korang dah ada perancangan nak masak apa? RASA nak kongsi resipi seafood yang mesti sedap dinikmati bersama keluarga.
Ikan, kerang, udang dan ketam menjadi pilihan peminat seafood. Kalau makan di luar boleh tahan harganya. Jadi belilah bahan mentah dan masak sendiri. Puas makan, kan?
Ikan Bakar Portugal
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung
1 biji limau nipis (diperah airnya)
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam secukup rasa
Satu sudu besar gula
Daun pisang – pelapik ikan
Aluminum foil
2 batang kacang bendi
Sedikit minyak masak
Bahan-bahan (kisar):
4 tangkai cili merah
1 inci halia
½ inci lengkuas
1 kuntum bunga kantan
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
100 gm cili kering
Cara membuatnya:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik baunya.
2.Tambahkan air perahan limau nipis, gula dan garam.
3.Bersihkan ikan dan daun pisang.
4.Bungkus daun pisang, ikan dan kuah dengan aluminium foil. Lipatkan kemas-kemas setiap sisi.
5.Bakar di atas kuali leper lebih kurang 15 minit.
6.Sedia untuk dimakan bersama sambal belacan atau air asam cili padi untuk menambahkan lagi selera.
Kerang Goreng
Bahan-bahan:
½ kg kerang
25gm cili kering
3 sudu besar udang geragau
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
Cara membuatnya:
1.Kisar semua bahan kecuali kerang, gula, garam dan sos tiram.
2.Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3.Masukkan gula, garam dan sos tiram. Kemudian masukkan kerang.
4.Gaul sehingga sebati dan tunggu sehingga kerang masak. Siap untuk dimakan.
Tomyam Kelapa Muda
Bahan-bahan:
5 ketul isi ayam (dipotong dadu atau potng kecil)
3 ekor sotong sederhana besar (dipotong 4 setiap seekor)
4 ekor udang
2 batang serai (diketuk)
4 helai daun limau purut (disiat)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Lengkuas sebesar ibu jari (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji bawang holland (dihiris bulat)
1 biji tomato (dibelah 4)
5-7 biji cili padi (dibelah 2)
1 sudu besar air perahan limau
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu minyak masak
500ml air rebusan ayam
Garam secukup rasa
1 sudu sos ikan
1 sudu besar susu cair
100gm lobak merah
Daun ketumbar
Bekas kelapa
Cara membuatnya:
1.Masukkan minyak masak ke dalam periuk panas. Tumiskan serai, halia, lengkuas dan bawang putih.
2.Masukkan isi ayam dan air. Kacau dan biarkan seketika sehingga ayam mulai empuk.
3.Masukkan daun limau purut, cili padi, tomato, air perahan limau dan sos ikan. Kacau sebati.
4.Masukkan sotong dan udang dan kacau seketika.
5.Apabila sotong dan udang mulai masak, tambahkan lobak merah, bunga kobis, bawang Holland, susu cair dan garam.
6.Tutup api apabila sayur sudah masak. Letakkan daun ketumbar. Masukkan ke dalam kelapa yang sudah dikosongkan bahagian dalamnya.
Mi Kuah Ketam
Bahan-bahan:
200gram mi kuning
100 gram isi ketam (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (dicencang halus)
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos tiram
4 ekor udang
2 ekor sotong (dipotong empat)
100gm lobak merah (dipotong kecil)
100gm kobis bunga (dipotong kecil)
50gm kailan
2 sudu besar tepung jagung
5 biji cili padi (dipotong kecil)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. Masukkan isi ketam yang dipotong kecil.
2.Apabila sudah masak, masukkan sos tiram. Goreng seketika. Masukkan air mengikut keperluan.
3.Kemudian masukkan udang dan sotong serta lobak merah.
4.Apabila sudah mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis dan garam.
5.Masukan mi dan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
6.Setelah mendidih, matikan api dan hidangkan.
Kambing masak kurma sesuai dihidangkan bersama nasi minyak, nasi beriani, nasi hujan panas atau sedap juga kalau dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan. Daging kambing perlu dimasak dengan betul untuk daging mudah berpisah dengan tulang. Anda boleh gunakan pressure cooker atau guna pelbagai petua untuk empukkan daging dengan cepat. Seperti masukkan sudu besi didalam periuk ketika memasak daging.
KAMBING MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing | dihiris dan direbus hingga empuk
80gm serbuk rempah kurma
60ml santan segar
70ml susu cair
500ml air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN TUMIS:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2cm halia
1 batang serai | dititik
1 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3cm halia
50gm badam
50gm buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masak bahan tumis sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan daging kambing diikuti bahan kisar. Gaul rata dan biarkan selama 5 minit.
Setelah itu masukkan rempah kurma dan air. Biarkan mendidih dan daging kambing empuk sepenuhnya.
Masukkan santan dan susu cair. Kacau rata dan biarkan mendidih sekali lagi.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Jika anda kurang menggemari kurma yang cair, bairkan seketika sehingga kuah sedikit pekat.