Salah satu makanan terkenal di Johor adalah Laksa Johor. Dihidangkan dengan ulam-ulaman dan wajib ada sambal belacan. Cara makan laksa ini pun guna jari sahaja, tanpa sudu dan garpu.
Cara penyediaan dan hirisan ulamannya juga ada seni tersendiri. Sebagai contoh, timunnya tidak dihiris biasa sebaliknya dihiris dan digulung.
Untuk resipi kali ini, Har Ryea sudi berkongsi cara-cara menghasilkan Laksa Johor yang sedap. Makan guna tangan, barulah ori! Jom kita cuba.
Rebus ikan dan asingkan isi dan tulangnya. Kisar dengan sedikit air rebusan. Tulang pun turut dikisar dengan air rebusan dan kemudiannya ditapis. Baki air rebusan ketepikan dahulu.
Kisarkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan lengkuas.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama rempah kari ikan. Biarkan sehingga naik minyak dan garing sedikit.
Kemudian, masukkan santan dan tambahkan sedikit air rebusan tadi. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan isi ikan, tulang ikan yang telah dikisar dan ditapis. Kacau rata.
Masukkan pula kerisik dan didihkan seketika.
Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping. Kacau lagi.
Tambahkan pula daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata.
Ads
Ketika ini, bolehlah sesuaikan kepekatan kuah Laksa Johor yang diingini. Jika rasa terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi baki air rebusan tadi.
Jika dah berpuas hati, biarkan kuahnya mendidih dalam api perlahan sehingga naik minyak dan berbau wangi.
Dah siap dan sedia untuk dihidangkan. Caranya, letakkan spageti. Letakkan kuah. Letakkan pula ulam-ulaman tadi dan akhiri dengan sambal belacan. Perah limau sedikit, gaul-gaulkan dengan jari dan bolehlah dinikmati.
Selera bila duduk rumah ni, memang lain macam kan. Apa-apa resipi yang terlintas dalam online, mesti kita nak cuba.
Nah, resipi ini pasti boleh menambat selera ahli keluarga di rumah kan. Lebih-lebih lagi resipi mee kari netup pong pong menjadi bualan apabila ramai yang berkongsi akan kesedapan mee kuning dengan kuah kari yang pekat.
Jadi apa kata kita mula masak kuah mee kari netup pong pong hasil resipi Afy Al Habibi ini. Tengok pada bahan-bahan, sesuai untuk empat hingga lima orang makan. Seronok dapat makan satu keluarga!
MEE KARI NETUP PONG PONG
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah (saiz bola ping pong)* – beli online di sini 1 ulas bawang putih* – beli online di sini ½ sudu besar ketumbar+jintan manis* Sehiris nipis halia* Dua hiris bulat nipis serai* – beli online di sini 7 ekor udang kering* – beli online di sini (Kisar semua bahan bertanda * sehingga lumat) ½ sudu besar cili boh – beli online di sini Sebatang serai Setangkai daun kari 1 cawan air Secubit asam jawa 1 keping gula melaka – beli online di sini 1/3 sudu besar garam Serbuk perasa 3 ketul ayam | dicincang kecil-kecil Segenggam kerang 3 cawan santan – beli online di sini ½ kiub pati ayam
3 sudu besar rempah kari – beli online di sini ½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online di sini Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah ½ sudu besar serbuk lada
BAHAN TAMBAHAN:
Tauhu pok | dibelah empat Fishcake Fishball goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai dan masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan cili boh.
4. Kacau sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan air dan secubit asam jawa. 5. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka, garam dan serbuk perasa. Kacau. Pada waktu ini juga, tutup periuk agar tumisan mereneh sehingga pecah minyak kira-kira selama 7 hingga 8 minit.
6. Apabila keluar lapisan berminyak, itulah yang dikatakan pecah minyak. Kemudian, barulah masukkan ketulan ayam yang dicincang kecil dan kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang). Kacau rata.
7. Selepas 10-15 minit, tumisan mendidih dan boleh dikatakan isi ayam sudah masak. Masukkan santan dan diikuti secawan air (tengok kepada kepekatan dan sukatan kuah yang diingini). Kacau rata. 8. Kemudian, perasakan kuah peringkat kedua iaitu masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
9. Masukkan kiub ayam untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih. 10. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah pada akhir proses masakan. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mee kari yang sangat lazat!
BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA MEE KARI:
Telur rebus Fishball putih | dicelur seketika Fuchuk goreng kering | beli siap lalu digoreng sampai garing – beli online di sini Tauhu | digoreng Kacang panjang | dicelur seketika dan direndam dalam ais Taugeh | dicelur seketika dan direndam dalam ais Limau kasturi – beli online di sini Cili merah – beli online di sini Daun sup Bawang goreng
Sesekali ubah selera dengan masakan barat yang lengakap dengan protien makanan yang seimbang. Hidangan sihat spageti olio dengan tambahan dada ayam yang dipanggang dengan herba campuran yang enak.
SPAGETI OLIO GRILLED CHICKEN
SPAGETI OLIO
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus spageti
garam
minyak zaitun
CARA MEMASAK:
Spageti rebus dengan air yang sudah mendidih yang sudah di masukkan sedikit garam dan minyak zaitun.
INFO:
Untuk tahu spageti sudah lembut ke atau tidak. Patahkan sedikit spageti kalau tengah masih ada warna putih maksudnya tidak masak lagi.
Kalau sudah lembut toskan dan gaul minyak zaitun sekali lagi supaya tidak melekat.
BAHAN TUMIS:
5-6 ulas bawang putih
1 labu besar bawang holland-dipotong dadu
Minyak zaitun
Tomato ceri-potong dua
Lada benggala (merah, kuning dan hijau)-potong dadu
Cendawan shitake- hiris memanjang
Daun ketumbar
Cili kering atau cili padi-hiris menyerong
Chili flakes
Mixed herbs
Garam
Gula
Lada hitam- ditumbuk kasar
Lemon
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau, layu dan sedikit perang. Bawag yang garing jadikan masakan tahan lama dan susah basi.
Masukkan chilli flakes, black pepper dan cendawan.
Bila cendawan sudah lembut masuk spageti yang sudah direbus tadi.
Selepas itu masukkan lada benggala dan tomato. Sudah layu sedikit masuk garam dan mixed herbs. Sesuaikan rasa.
Tutup api. Tabur daun ketumbar. Perah sedikit lemon. Gaul sebati dan siap.
INFO: Kalau kering masa hendak hidangkan itu boleh gaul dengan sedikit minyak zaitun.
AYAM GRILLED BLACK PAPER
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam (bahagian dada)
Garam
Mixed herbs
Lada hitam – ditumbuk kasar
Daun ketumbar – di potong kasar
CARA MEMASAK:
Kelar-kelar isi ayam dan perpakan dengan garam, serbuk persa, mixed herbs, lada hitam, perahan jus lemon dan daun ketumbar. Kacau rata.
Balut dalam plastik kemas-kemas dan simpan dalam peti sejuk (chiller). Lebih elok perapkan semalaman atau 1 hingga 2 jam.
Boleh panggang ayam guna pemanggang ajaib atau oven.
Ayam yang siap dibakar boleh dipotong keciil dan tabur atas spageti.
Terasa nak makan Mi Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba.
RESIPI MI BANDUNG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning secukupnya | basuh dan celur seketika
Sedikit isi ayam | dihiris
Udang segar | jumlah terpulang pada citarasa
2-3 keping tauhu | dipotong dan digoreng seketika
1-2 batang lobak merah | dipotong
Putik jagung
Sedikit sawi
1 biji tomato | belah 4
4 biji telur
1 cawan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 1/2 sudu makan tepung jagung | (bancuh dengan 1 cawan air
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan garam
Bahan perasa secukupnya | jika perlu
2 liter air | jika kuah pekat, boleh lebihkan. Jika kuah cair, boleh tambah air bancuhan tepung jagung
3 senduk minyak untuk menumis
BAHAN SAMPINGAN:
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 sudu makan udang geragau kering | boleh ganti dengan 3 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga garing dan betul-betul pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau seketika.
3. Masukkan ayam. Biar hingga empuk barulah dimasukkan air. Biar hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan lobak merah dan tomato.
5. Bila kuah dah mendidih kuat, pecahkan telur. Jangan kacau kerana nak biarkan telur masak sebiji-sebiji.
6. Bila telur sudah masak, masukkan sawi, udang dan tauhu.
7. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung secukupnya. Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasa.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!