Salah satu makanan terkenal di Johor adalah Laksa Johor. Dihidangkan dengan ulam-ulaman dan wajib ada sambal belacan. Cara makan laksa ini pun guna jari sahaja, tanpa sudu dan garpu.
Cara penyediaan dan hirisan ulamannya juga ada seni tersendiri. Sebagai contoh, timunnya tidak dihiris biasa sebaliknya dihiris dan digulung.
Untuk resipi kali ini, Har Ryea sudi berkongsi cara-cara menghasilkan Laksa Johor yang sedap. Makan guna tangan, barulah ori! Jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
1 – 2 paket spageti (direbus dan toskan) – Boleh beli online di sini
10 – 12 ekor ikan (hari ini guna ikan mabong dan dicampur ikan kembung)
20 – 25 tangkai cili kering (cuci dan rebus)*
2 – 3 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
Lengkuas (sebesar ibu jari)* – Boleh beli online di sini
*Bahan bertanda untuk dikisar bersama.
3 – 4 sudu besar rempah kari ikan Baba’s
2 kotak kecil santan – Boleh beli online di sini
3 sudu besar kerisik
4 – 5 keping asam keping – Boleh beli online di sini
Daun kesum
Bunga kantan (2 bunga, belah 4 setiap satu)
Garam
Ajinomoto – Boleh beli online di sini
BAHAN LAIN:
Bawang besar (dihiris) – Boleh beli online di sini
Timun (dihiris dan digulung)
Tauge (disiang ekornya, dibiarkan mentah)
Lobak asin (cuci dengan air panas)
Daun selasih (dihiris)
Daun kesum (dihiris)
Limau nipis (dibelah dua) – Boleh beli online di sini
Sambal belacan (buat macam biasa)
CARA MEMASAK:
Rebus ikan dan asingkan isi dan tulangnya. Kisar dengan sedikit air rebusan. Tulang pun turut dikisar dengan air rebusan dan kemudiannya ditapis. Baki air rebusan ketepikan dahulu.
Kisarkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan lengkuas.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama rempah kari ikan. Biarkan sehingga naik minyak dan garing sedikit.
Kemudian, masukkan santan dan tambahkan sedikit air rebusan tadi. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan isi ikan, tulang ikan yang telah dikisar dan ditapis. Kacau rata.
Masukkan pula kerisik dan didihkan seketika.
Masukkan garam, ajinomoto dan asam keping. Kacau lagi.
Tambahkan pula daun kesum dan bunga kantan. Kacau rata.
Ketika ini, bolehlah sesuaikan kepekatan kuah Laksa Johor yang diingini. Jika rasa terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi baki air rebusan tadi.
Jika dah berpuas hati, biarkan kuahnya mendidih dalam api perlahan sehingga naik minyak dan berbau wangi.
Dah siap dan sedia untuk dihidangkan. Caranya, letakkan spageti. Letakkan kuah. Letakkan pula ulam-ulaman tadi dan akhiri dengan sambal belacan. Perah limau sedikit, gaul-gaulkan dengan jari dan bolehlah dinikmati.
Selamat mencuba.
Kredit: Har Ryea
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official