
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012, Majalah Hijabista terbukti berjaya memberi impak sekaligus mewarnai industri penerbitan dan digital tanah air. Sehingga kini, jenama Hijabista juga sering menjadi rujukan golongan wanita berhijab khusus dalam memberi inspirasi, tip kecantikan, fesyen dan juga kerohanian.
Justeru, buat julung kalinya pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.

Bakal bersiaran selama lapan minggu, para peserta harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat sekaligus berentap untuk merebut gelaran juara.

Diacarakan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim, rancangan ini bakal menyaksikan kemunculan personaliti pengacaraan terkenal, Puan Sri Normala Samsudin yang diberi mandat untuk menggalas tanggung jawab selaku juri tetap untuk musim pertama ini.

Rangkaian program ‘Ratu Hijabista’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 12 Ogos 2020.




Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang manakala pemenang ‘Hijabista Favourite 2020’ pula akan dipilih berdasarkan undian peminat tertinggi di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Penganjuran ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Transformasi360 Bantu Individu Yang Mahu Bangkit & Ubah Hidup

Aidilfitri telah berlalu, kini kita kembali ke dunia realiti. Ada persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, adakah anda benar-benar bersedia untuk mengubah hidup?
Tanpa disedari, kita sebenarnya sedang bergelut dalam diam dengan tekanan kewangan pasca Aidilfitri yang menyebabkan emosi tidak stabil dan hidup terasa ‘stuck’ tanpa arah.
Itulah realitinya. Ketahuilah anda tidak keseorangan kerana ramai sebenarnya berdepan dengan cabaran ini termasuklah dari usahawan mahupun golongan yang bekerja.

Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy Sdn. Bhd., Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, ramai orang menyangka mereka perlu menunggu ‘masa sesuai’ untuk berubah namun hakikatnya masa tidak akan datang kembali kecuali mereka yang ciptakan.
“Rasa penat mencuba tetapi tetap gagal, mungkin bukan usaha mereka yang salah tetapi hala tuju dan cara fikir yang betul betul,” katanya.
PROGRAM TRANSFORMASI360
Menyedari hakikat itu, RichWorks telah memperkenalkan Transformasi360, sebuah program yang direka bentuk semula dan ditambah baik daripada program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup.

Program ini bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Mei 2025 dengan objektif membantu individu membetulkan asas dalaman diri mereka.
“Transformasi360 hadir untuk bantu mereka betulkan asas ini dari dalam. Ramai orang ada ilmu, ada kemahiran tapi gagal kerana tidak menguasi sikap dan cara berfikir yang betul. Tanpa sikap positif, tindakan akan salah. Tanpa disiplin dan kejelasan, kejayaan hanya akan jadi angan-angan,” kata Dr. Azizan.
Tambahnya lagi, peserta akan dibimbing untuk membina keyakinan dalaman,mengurus emosi, memecahkan kepercayaan lama yang membataskan diri dan menggantikan ia dengan mindset baru yang lebih kuat, realistik dan membina.

Teknologi AI juga turut digunakan dalam Transformasi 360 yang akan membantu peserta mengenal pasti kekuatan dan potensi diri mereka secara lebih mendalam.
“Ramai tidak sedar bahawa mereka sebenarnya memiliki kelebihan tersendiri, tetapi tidak pernah tahu cara untuk manfaatkan sepenuhnya,” jelasnya.
SELAMI DIRI SENDIRI
Azizan memberitahu, mereka yang bakal hadir dapat menyelami diri sendiri, mengkaji semula arah hidup dan mempersiapkan diri dengan pelan tindakan yang jelas untuk masa depan.

“Nasihat saya, jangan tunggu sehingga hidup memaksa anda berubah. Bertindak sebelum semuanya terlambat. Masa depan anda tidak ditentukan oleh semalam, tetapi oleh keputusan yang anda buat hari ini.
“Sama ada anda usahawan yang hilang arah, individu yang sedang bergelut dengan kewangan, atau seseorang yang mahu keluar daripada tekanan hidup, Transformasi360 adalah pintunya,” ujarnya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.transformasi360.com sekarang.
Hidangan Yang Lebih Sempurna Dengan Rangkaian Keju Perfect Italiano Baharu

Sama ada memasak di rumah atau oleh chef profesional, keju merupakan ramuan versatil yang boleh meningkatkan rasa dan tekstur masakan, menjadikan hidangan kelihatan lebih menyelerakan dan rasa lebih lazat. Bagi warga Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kegemaran mereka terhadap makanan yang berkrim dan savuri, keju menjadi antara bahan yang paling kerap digunakan dalam masakan. Keju bukan sahaja meningkatkan rasa, ia juga menambah nilai khasiat disebabkan kandungan protein dan kalsium yang tinggi. Terdapat pelbagai pilihan keju yang anda boleh dapati, setiap satu dengan kualiti yang unik dan rasa keju yang cukup berbeza untuk dinikmati.
Perfect Italiano merupakan salah satu jenama keju yang paling popular dalam kalangan isi rumah di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis keju dan ramuan kulinari yang dihasilkan oleh Perfect Italiano dengan menggunakan kaedah membuat keju Itali secara tradisional untuk memberikan sentuhan ala Itali dalam hidangan anda! Dengan Perfect Italiano, mereka yang memasak di rumah boleh menyediakan hidangan yang lebih enak seakan-akan chef profesional.
Perfect Italiano baru-baru ini memperkenalkan tiga produk baharu yang membawa “gusto perfetto” (rasa yang sempurna) dalam masakan anda. Pilihan baharu yang diadun khas untuk makanan kegemaran ini dicipta untuk meningkatkan rasa piza, pasta atau taco kegemaran anda serta hidangan harian Malaysia anda yang lain! Untuk lebih memudahkan pengguna, keju ini disediakan dalam bentuk yang sudah dicarik-carikkan supaya dapat digunakan pada bila-bila masa!
Dengan saiz bungkusan 150g, pek kecil ini sesuai untuk satu hidangan.

Irene Cheah, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa pilihan Perfect Italiano yang sedia ada menerima sambutan positif terutamanya sepanjang dua tahun yang lalu.
“Bagi menyokong matlamat Fonterra untuk membawa produk tenusu yang berkualiti kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, kami membuat keputusan untuk menambah tawaran produk dengan pek 150g ini yang direka khas untuk isi rumah yang lebih kecil. Perfect Italiano adalah jenama keju masakan No. 1 di Australia dan ia diperbuat dengan kandungan tenusu asli yang berkualiti tinggi.”
“Dengan menyediakan pek keju Perfect Italiano dalam saiz 150g yang lebih kecil, lebih ramai keluarga dapat menikmati pelbagai jenis keju dengan lebih kerap lagi. Rakyat Malaysia sememangnya suka berkongsi hidangan dan mencuba resipi baharu. Rangkaian keju Perfect Italiano ini sudah semestinya dapat membantu mereka untuk menambah rasa baharu ke dalam masakan mereka. Ini sekali gus dapat mempertingkatkan rasa makanan mereka serta memberikan mereka pengalaman yang baru dalam menikmati makanan,” tambahnya lagi.
Jika anda gemar menikmati piza dengan “keju tarik”, Perfect Italiano Perfect Pizza ialah pilihan yang tepat . Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberikan lelehan unggul pada setiap kali piza dimasak, untuk keseimbangan sempurna antara rasa keju dan kelenturan (stretchiness) yang tidak berminyak.
Sudah tentu, nama Perfect Pizza menunjukkan bahawa ia sesuai untuk membuat piza di rumah. Tahukah anda ia juga boleh menyerlahkan hidangan Malaysia yang lazat seperti Cheesy Pizza Roti Canai Sarang Burung? Ya, siapa kata piza tidak boleh disesuaikan mengikut cita rasa Malaysia yang tersendiri!
Untuk hidangan yang dibakar bersama keju yang masih menggelegak dari ketuhar, Perfect Italiano Perfect Bakes ialah pilihan terbaik anda. Cheddar berperisa penuh dicampurkan dengan Mozzarella untuk regangan (stretchiness) yang cantik, dan penambahan Parmesan memberikan hidangan yang penuh dengan rasa yang lazat. Sesuai untuk semua makanan yang dibakar, Perfect Bakes membantu anda memperoleh kerak coklat keemasan yang menyelerakan.
Jika anda ingin mencipta sesuatu yang baharu, cubalah Perfect Bakes dan buat sendiri hidangan pai yang lazat dan menyelerakan dengan inti tradisional Malaysia seperti Rendang Ayam. Bakar dengan hirisan kentang dan hidangkan sebagai pai. Keluarga atau tetamu anda akan kagum dengan hidangan unik yang lazat.
Menginginkan sesuatu yang penuh dengan rasa yang menyelerakan? Sediakan makanan Mexico yang enak dengan mudah bersama Perfect Italiano Mexican Style. Gabungan sempurna tiga jenis keju cepat cair – Mozzarella, Red Cheddar dan Colby – meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Campuran keju ini sesuai untuk hidangan Mexico seperti burrito, taco, nacho dan tortilla. Anda juga boleh mencipta hidangan setempat dengan memasukkan keju ini dalam Cheesy Ikan Bilis dan Tempe Taco Bowl! Itu akan menukarkannya menjadi snek berkeju untuk dinikmati di rumah bersama rakan dan keluarga anda!

Keju Perfect Italiano Perfect Pizza, Perfect Bakes dan Mexican Style (RM12.50, 150g) kini terdapat di pasar raya utama dan pasar raya hiper di seluruh negara. Produk Perfect Italiano yang sedia ada – Parmesan, Mozzarelly, Perfect Pizza (250g) masih laris dijual di pasaran. Dapatkan lebih banyak resipi menyelerakan menampilkan produk-produk Perfect Italiano di Dairylicious Malaysia di Facebook dan @dairyliciousmalaysia di TikTok!
Unik & Sedap, 10 Resipi Bubur Lambuk Warisan Ni Memang Kena Cuba

Ha…Inilah 10 resipi Bubur Lambuk popular yang RASA agihkan kepada orang ramai sempena program RASA Bubur Lambuk Warisan yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan Saji serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai.
Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk diagihkan. Maklumlah, bila tibanya Ramadan, salah satu menu yang menjadi buruan ramai tentunya sajian Bubur Lambuk. Ia adalah salah satu juadah paling popular dan dinanti-nantikan oleh semua. Memang sedap!

Bubur Lambuk popular tentunya Bubur Lambuk Kg Baru. Tapi tahukah anda sebenarnya setiap negeri di Malaysia ni mempunyai resipi Bubur Lambuk warisan yang tersendiri? Setiap satunya punya keistimewaan masing-masing.

Sekali imbas, nampak sama, tetapi sebenarnya ia punya keunikan yang tersendiri adri segi penggunaan rempah dan juga rencah. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!




Jadi sempena bulan puasa ini, RASA kongsikan 10 resipi Bubur Lambuk Warisan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dari Utara hinggalah ke Borneo, semua ada! Pastinya sangat enak. Resipi yang dikongsi ini juga untuk sukatan 2 periuk dimana boleh menghasilkan 600 pek Bubur Lambuk. Mudah bagi anda yang nak masak dalam jumlah yang banyak. Jom cuba!
1.BUBUR LAMBUK KUALA TERENGGANU
RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
- 50kg beras
- 16kg ikan selayang
- 18kg santan
- 3kg halia
- 3kg keledek
- 3 sudu besar kerisik
- 4 kiub ikan bilis
- Garam
- Gula
- 6 ketul gula Melaka
- Perasa
- Budu secukup rasa
- BABA’S Serbuk Lada Hitam
BAHAN KISAR HALUS:
- 4kg bawang besar
- 3kg bawang putih
BAHAN DAUN:
- Pucuk midin (75% keseluruhan daun)
- Pucuk ubi
- Pucuk kemangin
- Daun kaduk
- 2 helai daun kunyit
- Daun kesum
- Pucuk manis
- Daun kunyit
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
- Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk. Kacau.
- Tambahkan pula ikan yang dikisar halus. Kacau.
- Kemudian masukkan keledek, diikuti santan dan kiub ikan bilis. Kacau.
- Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.
- Lepas agak-agak keledek sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.
- Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam dan budu. Rasa, jika cukup rasa lemak dan masinnya, dah siap.
- Tutup api dan boleh dihidang panas-panas.
2. BUBUR LAMBUK SELANGOR
UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
- 50kg beras – basuh dan toskan
- 18kg santan
- 8kg minyak kelapa
- 4 tin besar minyak sapi
- 18kg daging cincang atau potong dadu
(Udang besar jika suka)
- 3kg halia muda – dikisar
- 3kg udang kering – kisar separuh hancur
- 3kg bawang putih
- 4kg bawang besar
- 120 helai daun pandan
Penumis:
- Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, halba dan kulit kayu manis
- 3kg BABA’S Rempah Sup
- 1kg BABA’S Briyani
- 800gm BABA’S Serbuk Kurma
- 200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
- Lobak merah – potong dadu kecil
- Kacang tanah putih
- 4kg daun sup & daun bawang
- Garam
- Penambah rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak kelapa dan minyak sapi. Masukan rempah 3 sekawan.
- Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih. Bila sudah kuning, masukkan daun pandan.
- Masukkan BABA’S Rempah Sup, BABA’S Serbuk Briyani dan BABA’S Serbuk Kurma. Masak hingga naik minyak dan garing.
- Masukkan daging dan kacau rata. Bila air daging kering sedikit, masukkan halia dan udang kering.
- Masukkan BABA’S Serbuk Lada Hitam. Masak hingga wangi dan garing.
- Masukkan air sehingga separuh periuk. Masak hingga air mendidih baru masukkan beras dan kacang putih.
- Bila beras sudah kembang dan hampir masak, masukan santan, lobak merah dadu dan letak perasa secukupnya.
- Bila siap, taburkan daun bawang dan daun sup.
3. BUBUR LAMBUK KUANTAN
RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
- 50kg beras
- 16kg ikan selayang panggang
- 18kg santan
- 6kg sotong
- 6kg udang
- 3kg halia
- 3 sudu besar kerisik
- 4 kiub ikan bilis
- Garam
- Gula
- 6 ketul gula Melaka
- Perasa
BAHAN KISAR:
- 4kg bawang besar
- 3kg bawang putih
- 200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
BAHAN DAUN:
- Pucuk midin (75% keseluruhan daun)
- Pucuk kemangin
- Daun kaduk
- 2 helai daun kunyit
- Daun kesum
- Pucuk manis
- Daun kunyit
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
- Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk, kacau.
- Tambahkan pula ikan yang dikisar halus, kacau.
- Kemudian masukkan keledek diikuti santan dan kiub ikan bilis. Kacau.
- Campurkan kerisik. Masak sehingga mendidih.
- Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam.
- Rasa, jika cukup rasa lemak dan masinnya, boleh tutup api dan dihidang panas-panas.
4. BUBUR LAMBUK PULAU PINANG
RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
- 50kg beras
- 18kg santan
- 3kg halia
- 3kg keledek
- 3 sudu besar kerisik
- 200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
- 800gm BABA’S Serbuk Ketumbar
- 800gm BABA’S Serbuk Jintan Manis
- 950gm BABA’S Rempah Sup
- Garam
- Gula
- Perasa
BAHAN KISAR:
- 4kg bawang besar
- 3kg bawang putih
SAYURAN:
- Daun pudina
- Daun pandan
- Lobak merah
- Kacang dhall
- Kacang buncis
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
- Seterusnya masukkan bahan kisar halus, halia ketuk, BABA’S Serbuk Ketumbar, BABA’S Serbuk Jintan Manis dan BABA’S Rempah Sup. Kacau.
- Kemudian masukkan santan dan kacau.
- Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.
- Lepas agak-agak sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.
- Tambah pula garam, gula dan BABA’S Serbuk Lada Hitam.
- Jika cukup rasa lemak dan masinnya, tutup api dan boleh dihidang panas-panas.
5. BUBUR LAMBUK KOTA BHARU
RESIPI UNTUK 600 ORANG 2 PERIUK
BAHAN-BAHAN:
- 50kg beras
- 18kg santan
- 10kg ikan Selayang
- 3kg ikan masin bulu ayam
- 3kg halia
- 3 sudu besar kerisik
- 4 kiub ikan bilis
- 200gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
- Garam
- Gula
- Perasa
- Budu secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 4kg bawang besar
- 3kg bawang putih
BAHAN DAUN:
- Pucuk midin (75% keseluruhan daun)
- Pucuk ubi
- Pucuk kemangin
- Daun kaduk
- 2 helai daun kunyit
- Daun kesum
- Pucuk manis
- Rebung
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan masak beras hingga menjadi bubur.
- Seterusnya masukkan bahan kisar halus dan halia ketuk. Kacau.
- Tambahkan pula ikan yang dikisar halus, kacau.
- Kemudian masukkan santan dan kiub ikan bilis. Kacau lagi.
- Campurkan pula kerisik. Masak sehingga mendidih.
- Lepas agak-agak sudah masak, masukkan segala daun. Kacau rata.
- Tambah pula garam, gula, BABA’S Serbuk Lada Hitam dan budu.
- Rasa untuk pastikan cukup lemak dan masinnya. Tutup api dan boleh dihidang panas-panas.
6. RESIPI BUBUR LAMBUK KUALA PERLIS
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
BAHAN-BAHAN:
- 60kg beras – direndam
- 12kg santan
- 8kg minyak masak
- 20kg udang kertas @ udang rencah
- 4 cawan santan pekat
- 8 kiub ikan bilis
- 400gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
- 400gm BABA’S Serbuk Lada Putih
- 30 batang serai
- 4kg bawang merah
- 3kg bawang putih
- 3kg halia
- Kulit kayu manis
- Bunga cengkih
- Daun sup
CARA MEMASAK:
- Rebus beras sampai kembang.
- Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, bawang, kiub ikan bilis, BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan serai.
- Masukkan udang dan barulah masuk pati santan.
- Letakkan garam secukup rasa diikuti daun sup dan bawang goreng.
- Sedia untuk dinikmati.
7. RESIPI BUBUR LAMBUK KULAI, JOHOR
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
BAHAN-BAHAN:
- 60kg beras beras – cuci dan toskan
- Air secukupnya
- 12kg santan
- 18kg isi ayam
- Daun pandan – simpul
- 30 batang serai – diketuk
- 1kg BABA’S Serbuk Briyani
- 8 kiub ayam
- Sup bunjut
- Kacang kuda – rendam semalaman, toskan
- Sayur campur (lobak merah. jagung, kacang pis)
- 400gm BABA’S Serbuk Lada Hitam
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Buah pelaga
- Pucuk paku merah yang siap disiang
- Garam secukup rasa
- 8kg minyak masak
- 4 tin besar minyak sapi
BAHAN KISAR HALUS:
- 4kg bawang besar
- 3kg bawang putih
- 3kg halia
BAHAN SAMPINGAN:
- Hirisan daun sup
- Hirisan daun bawang
- Bawang goreng
- Serunding secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan kisar halus dengan BABA’S Serbuk Briyani, kacau rata hingga menjadi pes.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan beras. Gaul rata dan masak sekejap.
- Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk.
- Tambah sayur campur, BABA’S Serbuk Lada Hitam dan garam secukup rasa.
- Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air.
- Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika sempurna, boleh matikan api.
- Hidangkan bubur lambuk dengan bahan-bahan sampingan. Sedap dimakan panas.
8. RESIPI BUBUR LAMBUK KUCHING, SARAWAK
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
RESEPI BUBUR PEDAS SARAWAK
BAHAN-BAHAN BUMBU:
- 60kg beras
- 18kg bawang merah
- 8kg bawang putih
- 6kg cili kering – buang biji
- 4kg kunyit
- 4kg halia
- 2kg lengkuas
- 300 batang serai – hiris kecil
- 2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam
- 3kg BABA’S Serbuk Lada Putih
- 3kg BABA’S Serbuk Ketumbar
- 16kg kelapa parut
- 60 kuntum bunga lawang
- 60 kuntum bunga cengkih
- 60 batang Kulit kayu manis
- 80 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN BUBUR PEDAS:
- Bumbu Bubur Pedas
- Udang
- Tendon daging lembu
- 4kg bawang merah
- 3kg bawang putih
- 12kg santan
- Udang kering
- Garam dan gula secukup rasa
- 8kg minyak
BAHAN SAYUR:
- Kacang panjang
- Lobak merah
- Kentang
- Keledek
- Rebung manis
- Daun kesum
- Daun kunyit
- Kulat Hitam
- Cendawan
- Kacang rebus
- Jagung Muda
- Sayur midin
CARA MEMASAK BUMBU:
- Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan tumis dengan api sederhana hingga semuanya berubah menjadi warna keemasan.
- Setelah selesai, kisar campuran bahan hingga halus dan sebati. Ketepikan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK BUBUR:
- Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga keemasan dan wangi di dalam periuk.
- Kemudian masukkan bumbu bubur pedas yang telah dikisar (campurkan dengan air), kemudian gaul sehingga pecah minyak.
- Masukkan udang dan tendon daging lembu. Secara berperingkat, masukkan air hingga semua bahan mendidih.
- Kemudian masukkan semua sayur yang dihiris. Gaul rata semua bahan hingga berbau wangi.
- Akhir sekali masukkan santan, sedikit garam dan gula.
NOTA: Jika tiada sayur midin, sebagai alternatif boleh digantikan dengan sayur lain seperti kubis.
9. RESIPI BUBUR LAMBUK BUKIT PIATU, MELAKA
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
BAHAN-BAHAN:
- 60kg beras – basuh dan toskan
- 12kg santan besar
- 20kg daging – potong kecil
- 4kg udang kering – rendam air panas dikisar kasar
- 4kg BABA’S Serbuk Sup
- 3kg bawang putih – dikisar
- 4kg bawang besar – dikisar
- 4kg minyak sapi
- 8kg minyak masak
- Daun pandan (basuh dan dicarit-carikkan)
- Garam/gula secukup rasa
- Air secukupnya
- 1.2kg BABA’S Serbuk Ketumbar
- 2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam
- 2kg BABA’S Serbuk Lada Putih
REMPAH TUMIS:
- 80 batang kulit kayu manis
- 120 kuntum bunga cengkih
- 120 kuntum bunga lawang
- 120 biji buah pelaga
- 1kg halba
- 600gm BABA’S Serbuk Jintan Manis
- 600gm BABA’S Serbuk Jintan Putih
BAHAN TABUR:
- 2kg daun sup (potong kecil).
- 2kg daun bawang
- Bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk. Masukkan minyak masak dan minyak sapi. Apabila panas, masukkan bawang putih, bawang besar yang telah dikisar dan rempah sup. Kacau.
- Masukkan rempah 4 sekawan, BABA’S Serbuk Jintan Manis, BABA’S Serbuk Jintan Putih, BABA’S Serbuk Ketumbar dan daun pandan.
- Masukkan beras, daging, udang kering dan kacau sebentar. Masukkan air secukupnya. Biar sehingga nasi masak dan mula menjadi bubur.
- Masukkan santan, BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan perasa lain.
- Biarkan bubur mereneh dan rasa secukupnya.
- Taburkan dengan bahan tabur. Siap.
10. RESIPI BUBUR LAMBUK KUBANG PASU, KEDAH
RESIPI UNTUK 2 PERIUK (600pax)
BAHAN-BAHAN
- 60kg beras – dicuci dan tapis
- 20kg daging – hiris
- 4kg halia, dihiris nipis
- 2kg BABA’S Serbuk Lada Hitam
- 2kg BABA’S Serbuk Lada Putih
- Garam secukup rasa
- 12kg santan
- Air secukupnya
- Daun sup dan daun bawang
- Bawang goreng
BAHAN TUMIS:
- 4kg BABA’S Serbuk Sup
- 4kg bawang merah – dihiris halus
- 3kg ulas bawang putih – dihiris nipis
- 8kg minyak masak
CARA MEMASAK:
- Rebus daging bersama halia sehingga daging empuk. Tambah sedikit garam
- Apabila daging empuk, masukkan beras ke dalam periuk rebusan tadi dan terus rebus sehingga beras kembang. Tambah air jika perlu.
- Setelah beras kembang, masukkan BABA’S Serbuk Lada Hitam, BABA’S Serbuk Lada Putih dan garam secukup rasa.
- Masukkan juga santan dan kacau rata. Biar mendidih seketika dan boleh la tutup api.
- Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing.
- Kemudian masukkan BABA’S Serbuk Sup dan terus kacau.
- Masukkan sedikit saja air supaya rempah tak hangus. Kacau seketika dan terus tuang kedalam bubur mcm tumis darat. Kacau rata.
- Tabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng, dan tutup periuk seketika sebelum dihidangkan.

