Ha, ini dinamakan minum bukan sebarang minum. Tapi minum untuk menjaga kesihatan tubuh. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Platinum Holistic Wellness Centre, Norazizah Ruslan memberikan resipi minuman kesihatan yang mudah disediakan.
Menurutnya, minuman sihat ini bukan sekadar menghilangkan dahaga tapi juga berkhasiat. Malah tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, pengawet dan perasa tiruan. Minuman ini diperkaya dengan herba.
Ads
TEH MASALA
BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.
KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.
TEH HIJAU CHIA SEED
BAHAN-BAHAN
1 sudu teh chia seed
500 mls air
1/2 cawan kismis
1 uncang teh hijau
100 mls air sejuk.
CARA MEMBUAT
1. Rendam chia seed dalam air sejuk hingga kembang. Ketepikan.
2. Masukkan air dan kismis dalam periuk. Rebus sehingga air tinggal separuh. Matikan api.
3. Rendam teh hijau dalam air rebusan tadi sehingga kembang.
4. Buang uncang teh dan satukan dalam campuran chia seed.
5. Boleh hidang suam atau sejuk.
Ads
KHASIATNYA: Bantu masalah sembelit, lancarkan buang air besar dan kesan antioksidan.
CENDOL ALOE VERA
BAHAN-BAHAN
1 pelepah aloe vera
1 helai daun pandan (disimpul)
4 helai daun pandan (diperah jusnya)
1/2 cawan gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air)
3 cawan santan
Kiub ais secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Aloe vera dibuang kulit. Dipotong kecil-kecil dan direbus dengan daun pandan sehingga lembut.
2. Toskan dan direndam dengan air perahan daun pandan. Ketepikan.
3. Satukan isi aloe vera, air gula melaka, santan dan ais.
4. Sedia untuk dihidangkan.
KHASIATNYA: Bantu membersihkan usus dengan lembut. Santan adalah lemak yang baik.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hidangan Agar-Agar Santan ni antara manisan kegemaran ramai. Malah kanak-kanak pun suka sebab rasanya memang sedap dan enak dimakan sejuk. Walaupun nampak ringkas dan mudah, kadang-kala tak menjadi juga. Nak cuba buat Agar-Agar Santan yang sangat sedap ni untuk hidangan keluarga? Siap dengan hirisan isi kelapa muda tau. Memang lain dari yang lain. Saudari Anisah Connie ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
CARA MEMASAK LAPISAN BAWAH: 1. Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih,baru letak agar agar tali. Kacau dan biarkan hingga betul-betul hancur. 2. Kemudian masukkan gula bersama garam. Kacau lagi. 3. Bila seudah sudah sebati, tutup api dan biar suam barulah ditambah santan dan kacau manja. 4. Tuang adunan lapisan bawah ini ke dalam bekas dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS: 10 helai daun pandan 1/2 cawan air 2 biji isi kelapa muda 4-6 sudu makan gula 1/2 agar agar tali (6 gm) 350ml air
CARA MEMASAK LAPISAN ATAS: 1.Kisar daun pandan bersama air. Tapis dan ambil jusnya. Ketepikan. 2. Didihkan air dalam periuk hingga berbuih. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati. 3. Tambahkan jus pandan, gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan. 4. Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk bolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.
5. Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah. Kemudian barulah tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi. 6. Biarkan di suhu ruang sekitar 30 minit dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan agar-agar dalam anggaran masa 2-3 jam.
Mi Bandung ini boleh jadi hidangan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah bulan Syawal. Menariknya, cara membuat mi bandung yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha memang ringkas. Kalau tetamu dapat mengejut pun tiada masalah.
Resipi ini kata beliau diturunkan orang arwah ibunya, ia memang mudah namun rasanya tak kalah sedap. Cuma terang Suisan, sukatannya kena pandai agak-agak mengikut kuantiti mi.
Mi bandung ringkas resipi arwah mak
Bahan-bahan:
Cili kering, bawang besar & bawang putih -dikisar
Kacang tanah -goreng & kisar
Udang kering -kisar
Daging – direbus (air rebusan asingkan)
Udang segar
Telur
Cara membuat:
1. Tumis cili dan bawang yang dikisar sehingga naik minyak. Masukkan udang kering dikisar bersama kacang lalu dikacau.
2. Masukkan air rebusan daging, kacau sebati dan biarkan mendidih.
3. Masukkan garam, gula secukup rasa.
4. Masukkan udang dan biar seketika.
5. Kemudian masukkan daging, pecah telur dan masukkan sayur. Siap!
Menyediakan ayam goreng adalah salah satu lauk yang senang dan sedap. Tak kira untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Ayam goreng memang sesuai dihidangkan. Nak buat ayam goreng yang sedap? Nah, RASA kongsikan resipi ayam goreng yang pasti memikat selera.
AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR KASAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
5 cm lengkuas
5 cm kunyit
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dan bahan kisar halus ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan bahan kisar kasar bersama bahan lain. Gaul sampai rata dan perap selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak yang banyak menggunakan api sederhana. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.