Selesai menikmati juadah raya yang berempah dan pedas tu, pasti anda terasa puas jika dapat menikmati pencuci mulut yang manis dan menyamankan rasa. Hari ni Min nak kongsi empat lagi sajian ‘dessert’ yang pasti memuaskan citarasa selera anda.
Tiga resipi berikut ini adalah dari Kinrara Resort, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan The Pearl Hotel KL. Bila lapang nanti bolehlah cuba…
1.ENGLISH TRIFFLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span vanila :
- 7 biji telur
- 100 ml susu penuh krim
- 350 gm gula halus
- 1 sudu makan esen vanila
- 40 gm ovallete
- 330 gm tepung naik sendiri
- 175 ml minyak masak
Bahan jeli :
- 25 gm serbuk jeli perisa strawberi
- 1 liter air panas
Bahan krim kastad :
- 500 ml susu penuh krim
- 30 gm tepung kastad
- 3 biji kuning telur
CARA MEMASAK :
Cara masak kek span vanila:
1. Pukul telur hingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak.
Cara masak jeli :
1. Kacau air panas bersama serbuk jeli hingga larut.
Cara masak krim kastad :
1. Masukkan susu dan gula sehingga mendidih.
2. Larutkan kuning telur dengan tepung kastad, kalau masih berketul masukkan sedikit air untuk melarutkan tepung kastad.
3. Setelah air susu mendidih masukkan larutan kastad tadi dan kacau hingga masak sehingga tiada ketulan.
Cara membuat lapisan English Triffle :
1. Buang kulit luar kek span dan ukur ikut saiz cawan . Masukkan ke dalam cawan.
2. Potong hirisan buah ikut citarasa.
3. Tuang jeli yang masih panas tadi ke dalam cawan.
4. Setelah jeli sejuk, tuang kastad krim dan simpan dalam peti ais.
5. Setelah sejuk ia sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gabungan jeli dan kastad memberi rasa manis dan lemak berkrim. Pencuci mulut ini adalah menu tradisional dari Britain.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Gabungan kek, jeli dan kastad menjadikan ia ‘dessert’ yang digemari semua.
2. Tiramisu Cake
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek vanila span :
- 17 biji telur
- 100 gm susu penuh krim
- 350 gm gula
- 1 sudu makan esen vanila
- 40 gm ovallete
- 330 gm tepung naik sendiri
- 175 ml minyak masak
Bahan untuk krim mentega :
Meringue:
- 100 ml putih telur
- 50 gm gula
- Air gula :
- 70 ml air
- 125 gm gula
- 500 gm mentega
Bahan air sapuan perisa kopi:
- 300 ml air panas
- 200 gm gula
- 2 sudu makan kopi (nescafe)
- * Campur semua dan kacau hingga sebati.
Bahan untuk krim tiramisu :
- 250 gm keju mascarpone
- 5 biji kuning telur
- 300 gm krim mentega (hasil dari resipi krim mentega)
- 150 ml krim masakan
CARA MEMASAK :
Cara masak kek span vanila :
1.Pukul telur hingga kembang.
2.Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang.
3.Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati.
4.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak.
Cara masak krim mentega (butter cream) :
1. Buat meringue, pukul telur putih dan gula hingga kembang.
2. Buat air gula, masak air dan gula sehingga gula menjadi pekat.
3. Pukul mentega sehingga lembut dan tiada biji.
4. Setelah mentega lembut masukkan adunan gula sedikit demi sedikit.
5. Akhir sekali masukkan adunan meringue sedikit demi sedikit, dan pukul 5 hingga 10 minit.
Cara masak krim tiramisu :
1. Pukul mascarpone sehingga lembut dan gebu.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan krim mentega dan kacau hingga sebati
4. Akhir sekali masukkan krim masakan sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra.
Cara membuat kek tiramisu
1. Bersihkan kek span (buang kulit) dan potong ikut saiz cawan yang digunakan.
2. Sapukan merata air gula,air kopi di atas kek
3. Ulangi langkah tadi sekali lagi hingga lapisan terakhir.
4. Sejukkan dan ia sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tiramisu diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pilih saya. Ia adalah pencuci mulut berperisa kopi berasal dari negara Itali.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ia boleh dibuat sehari lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Rasa kopi akan lebih sebati dan mesra dalam tiramisu ini
3. PANNA COTTA JELLY KISMIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu kecil gelatin /dicampur bersama 3 sudu makan air panas.
- 1/4 cawan gula halus
- 1 sudu teh pati atau esen vanilla
Bahan untuk puri kismis :
- 1/2 cawan kismis /dikisar
- 1 atau 1/2 sudu teh gula/ jika tidak mahu manis kurangkan lagi
- Sedikit air /cukup sekadar untuk dikisar
CARA MEMASAK :
1. Masukkan gelatin ke dalam air panas.
2. Kacau dan biarkan ia mengembang.
3. Ambil periuk lain dan masakkan susu dengan gula dengan api yang sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk.
4 .Tuangkan ke dalam bekas atau gelas yang sesua
5 .Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 45 minit.
6 .Sementara itu, sediakan puri kismis
7. Kisar kismis hingga halus, kemudian masukkan gula dan sedikit air
8. Kacau hingga sebati dan tuangkan keatas gelas berisi panna cotta tadi
9. Sejukkan semula dalam peti sejuk selama 5 minit
10. Sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 1 jam
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Manis dan enak berkrim
INFO CHEF : ‘Panna Cotta’ adalah puding lembut berasal dari Itali. Ia bermaksud krim yang dimasak. Selain puri kismis boleh digantikan dengan buah-buahn beri seperti strawberi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya