Mamee Monster, siapa je yang tak suka dengan snek makanan ringan dengan bungkusan ceria berwarna biru dan kuning ini. Rasanya yang rangup dan sedap dengan perencah tersendiri.
Di sebalik populariti jenama ini yang berjaya dipasarkan ke 100 negara sejak berpuluh-puluhan tahun, pengasasnya Datuk Pang Chin Hin dilaporkan meninggal dunia, Sabtu lalu.
Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, Chin Hin, 96, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.03 pagi. Mendiang meninggalkan tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Menyingkap sejarah Mamee Monster, Chin Hin asalnya bermula sebagai pengedar kereta terpakai sehinggalah pada tahun 1971, beliau membuka kilang kecil di bawah nama Pacific Food Products di Melaka untuk mengeluarkan produk mi segera.
Ads
Meskipun begitu, kejayaan tidak bergolek. Produk pertama iaitu Lucky Instant Noodle yang dikeluarkan setahun selepas itu tidak mendapat sambutan dan gagal di pasaran.
Sehinggalah pada tahun 1974, anak lelaki Chin Hin, Tan Sri Pang Tee Chew mendapat ilham mi segera siap dengan perisa tambahan selepas melihat penoreh getah di Malaysia memakan mi segera yang belum dimasak terus dari bungkusan.
Ads
Snek makanan ringan itu kemudiannya diberi nama Mamee Monster, yang ternyata membawa tuah dan kejayaan besar buat syarikat Chin Hin.
Tahun demi tahun perubahan dilakukan dan syarikat kemudiannya diberi nama baru sebagai Mamee-Double Decker pada tahun 1992 dan menghasilkan lebih daripada 50 makanan ringan.
Ads
Antara produk keluaran syarikat ini ialah snek Double Decker, Mister Potato, Nutrigen dan mi segera Mamee Chef.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudah pun tiba. Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir. Mereka terdiri daripada FIFFY AFRINA (23, Pulau Pinang), MELLYA (23, Selangor), TINA (24, Shah Alam) dan QILA (21, Selangor).
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab. Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’. Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat,
“Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana. Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran. Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luar sana,”
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga bakal dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu. Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].
Dato’ Aliuff Syukri beli private jet? Terkini di media sosial, Dato’ Aliff Syukritular sekali lagi hari ni. Bukan sebab lagu baru, bukan juga drama TikTok tapi mengenai video dan gambar usahawan hebat ini posing depan private jet miliknya.
“Masyaallah…Tabarakallah. Berkat menjual jeruk bersama Amayan, kita telah berjaya membeli sebuah…happy tak?”
Ramai ‘followers’ meninggalkan komen di posting tersebut. Macam-macam komen ada. Ada yang kagum, bangga dan macam-macam lagi.
Ramai yang tumpang gembira, senang hati dan bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh oleh keluarga usahawan popular ini.
Nak ikut jejak langkah Dato’? Mungkin anda pun boleh cuba jual Jeruk Mangga guna resipi di bawah ni. Selamat mencuba!
Bulan Ogos, bulan kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Dan pada bulan ini jugalah kita dapat melihat kreativiti orang kita meraikan kemerdekaan dengan pelbagai cara.
Salah satunya, Pau Bendera Gergasi yang dihasilkan team Pau Pak Ngah! Memang besar dan mengagumkan!
Untuk menghasilkan Pau Bendera Gergasi ini, sebanyak 387 biji pau digunakan dan mengambil masa tiga jam untuk disiapkan.
Siapa yang tak banggakan, apabila jenama pau tempatan meraikan bulan kemerdekaan dengan cara yang unik.
Menurut Nur Afifah Roslan, pengusaha kuih pau dan juga merangkap Ketua Operasi di Pau Pak Ngah, Pau Merdeka merupakan salah satu usaha daripada team Pau Pak Ngah sebagai lambang kecintaan terhadap negara.
“Apa yang membuatkan saya kuat dalam menguruskan perniagaan ini adalah keluarga dan team Pau Pak Ngah itu sendiri.
“Saya sedar yang menjalankan perniagaan bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga,” ujar Afifah yang berusia 29 tahun.
Afifah mengambil alih perniagaan kecil-kecilan daripada ibu bapanya kerana melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan ini.
Minat yang mendalam dalam sektor pemakanan dan minuman membuatkan Afifah secara tidak langsung berminat dalam penglibatan perniagaan ini.
Perniagaan Pau Pak Ngah ini bermula pada tahun 2004 dan terus berkembang hingga ke merata tempat. Dibuat daripada 100 peratus buatan tangan, Pau Pak Ngah ini terdapat banyak perisa, antaranya Pau Kaya, Pau Kacang Merah, Pau Kelapa dan Pau Coklat. Manakala perisa premium pula Pau Cheesy Beef Bolognese, Pau Mushroom Chicken Carbonara, Pau Rendang Daging dan Pau Black Pepper Beef.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!