Pengat Bebola Durian Manis Berlemak

Share

Bila tiba musim durian, dah macam pesta sana sana jualan durian dengan harga runtuh. Selain dimakan begitu sahaja , lebihan durian yang korang dah muak nak makan boleh jer buat pengat.  Sekali ngap pasti nak lagi. Ni min kongsi cara  buat pengat bebola durian yang sedap tak terkata.

PENGAT BEBOLA DURIAN

 

Bahan-bahan:

Durian 7-8 ulas

Buang biji dan lenyek-lenyekkan isi durian.

Gaulkan isi durian tadi dengan tepung pulut. Jangan tambah air.Nanti tak rasa manis durian.Tepung pulut, bukan tepung gandum atau tepung beras.

Isi durian dan tepung pulut tadi gaul sampai jadi doh macam ni. Asal tak lekat dekat tangan tu maknanya dah jadi la tu.

Dah siap, bentukkan bulat-bulat kecil macam ni. 

Dah siap. Dapat banyak ni untuk doh tadi.

Didihkan air, kemudian masukkan bebola durian tadi ,pastikan air betul-betul panas dan menggelegak.

Dah siap, nak tahu tepung tu dah betul-betul masak, masa ia dalam air yang mnggelegak tadi, ia timbul atas permukaan air  semasa  itu dah boleh angkat.

Sekarang buat kuahnya. Masukkan santan dalam periuk. Kalau pakai santan kotak, letak separuh je. Tambah air sikit jangan bagi pekat sangat. Letak dua helai daun pandan nak kasi kuah tu wangi. Gunakan api perlahan. Jangan bagi santan mnggelegak.

 

Kemudian, masukkan 2 ulas durian untuk perasa yang sangat kuat dalam kuah tu nak guna lebih pun boleh. Tak ada masalah tapi nanti kuah tu akan jadi sangat pekat.

 

Masukkan gula merah.Nak letak gula Melaka pun boleh.

Akhir skali, masukkan bebola durian yang kita dah masak awal tadi.Gaul rata, bagi mendidih sekejap.

lh hidang.. Makan panas2 xsedapp masuk dlm peti ais, mkn sejuk2 baru umphhh slmt mencuba!

Kredit: Aneka Resipi Kuih Muih

Published by
Putri