Pengat atau juga dipanggil bubur adalah sajian pemanis mulut yang sedap. Gabungan gula merah atau gula melaka yang dicampur dengan santan menjadikan rasanya lemak-lemak manis. Salah satunya adalah pengat bebola pulut dengan sagu yang dicampur dengan keladi. Jom cuba resipi ni.
PENGAT BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI
BAHAN-BAHAN
BEBOLA PULUT:
- 100 gram tepung pulut
- 50 gram kelapa parut
- 30 gram gula merah/melaka
- Sedikit air
- Garam secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil tepung jagung
DOH:
- 1 helai daun pandan
- 100 gram keladi yang dipotong dadu serta direbus
- 1/2 sudu kecil garam
KUAH:
- 250 gram santan pekat
- 100 gram gula pasir
- 50 gram sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
- 650 ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
- Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
- Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
- Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
- Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!