Haa siapa peminat durian crepe boleh lah cuba resepi ni. Rasanya lebih baik kita buat sendiri dari beli di kedai kan sebabnya boleh letak berapa banyak durian yang kita nak. Betul tak? Jom lah buat tunggu apa lagi..Selamat mencuba!
Resepi DurianCrepe
Bahan-Bahan
Kulit/Crepe (18-20 keping)
Ads
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
Sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
Sedikit esen vanila
Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk (isi sikit sahaja)
Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
Isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
Cara Penyediaan
Kulit/Crepe (cara nak mendapatkan crepe yang nipis)
Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.
Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan sahaja kemudian tapis.
Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sikit pan dengan minyak. Apabila pan sudah panas, angkat sebentar dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan.
Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan. Kemudian letak semula atas dapur. Tidak perlu lama untuk mengelakkan hangus. Kulitnya tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis.
Ulangi sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya.
Ads
Filling Kastard + Durian
Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan susu segar dalam 4 sudu dahulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tidak cair.
Filling Whipping Cream
Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream tawar.
Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak di dalam peti ais sekejap supaya tidak mencair.
Ads
Sekarang masa utk “membantalkan durian crepe”
Sediakan kulit, letak whipping cream dahulu, kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.
Sudah siap, masukkan ke dalam peti ais dalam sejam atau dua jam supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari peti ais keras, biar pada suhu bilik dahulu (tidak lembut tidak keras sangat) dan boleh dimakan.
Nak buat kek coklat tapi di rumah tak ada coklat. Nak keluar pergi beli, alang-alang je kan. Jangan risau. Korang boleh guna je Milo untuk buat kek yang rasa coklat sedap dan senang nak buat. Apatah lagi tak perlu banyak bahan. Hanya tiga bahan je dah boleh jadi kek tau. Resipi ini tidak menggunakan tepung. Ha… istimewa kan? Jom cuba buat.
Cara memasak
1. Satukan semua bahan dan pukul (mixer) selama 3 minit.
2. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
3. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sememangnya sedap dan mengekalkan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Dihidangkan pula panas-panas dari dapur. Kepada anda penggemar masakan Cina, berikut RASA bawakan Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam yang berbesar hati untuk berkongsi lima menu istimewa masakan Cina yang sedap untuk anda cuba sendiri di rumah.
AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam | bersihkan, potong kecil
Air secukupnya | untuk rebus
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200gm halia muda
75gm cuka putih
100gm gula
30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50gm tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK
Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging rusa
150gm daun bawang | hiris
50gm hirisan halia
30gm bawang putih | cincang
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
BAHAN B
20gm serbuk ayam
10gm kicap
10gm sos tiram
5gm gula
10gm kicap pekat
CARA MEMASAK:
Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
600gm udang | bersihkan
5gm daun kari
2 biji cili padi | cincang
2 biji kuning telur masin
150gm planta
10gm serbuk ayam
5gm gula
50gm susu cair
Minyak masak secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
Sedia dinikmati.
HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
700gm Hong Kong Cyoh Sam
200gm isi ayam | kisar
50gm cendawan | hiris
50gm bawang putih | cincang
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap manis
Sedikit serbuk ayam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
Sedap Ayam Madu ni. Kalau ke pasar malam seketul paha dah harga RM2.50. Agak mahal. Dengan adanya resipi mudah perkongsian saudari Mar Che ni, bolehlah pakat cuba buat sendiri secara homemade. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan.
1. Cairkan mentega. Masukkan madu, sos tiram, sos cili, sos tomato dan cili giling. Gaul sebati. 2. Masukkan ayam. Gaul rata kemudian tutup kuali dan kecilkan api. Biarkan ayam masak dan sos jadi pekat.
3. Bila ayam kelihatan seperti berkaramel (seakan dibakar seperti dalam gambar), angkat dan sedia untuk dihidangkan.
4. Sesuai dinikmati bersama nasi ayam atau nasi panas-panas.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...