Haa siapa peminat durian crepe boleh lah cuba resepi ni. Rasanya lebih baik kita buat sendiri dari beli di kedai kan sebabnya boleh letak berapa banyak durian yang kita nak. Betul tak? Jom lah buat tunggu apa lagi..Selamat mencuba!
Resepi Durian Crepe
Bahan-Bahan
Kulit/Crepe (18-20 keping)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung ubi kayu
- 1 sudu besar tepung ubi kentang
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
- Sedikit garam
- 2 sudu besar gula icing
- 2 biji telur saiz B
- 1 sudu besar minyak jagung
- 3/4 cawan air (210ml)
- 1/2 cawan susu segar (130ml)
- Sedikit esen vanila
- Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk (isi sikit sahaja)
Filling Kastard + Durian
- 2 sudu besar gula
- 20 gm tepung kastard
- 250 ml susu segar
- 2 biji kuning telur
- Isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream
- 500gm whipping cream
- 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
Cara Penyediaan
Kulit/Crepe (cara nak mendapatkan crepe yang nipis)
- Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.
- Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen
vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan
pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan sahaja kemudian tapis. - Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan dengan minyak. Apabila pan sudah panas, angkat sebentar dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. - Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan. Kemudian letak semula atas dapur. Tidak perlu lama untuk mengelakkan hangus. Kulitnya tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis.
- Ulangi sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya.
Filling Kastard + Durian
- Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan
susu segar dalam 4 sudu dahulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian
tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi. - Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga
kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling. - Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan
masukkan ke dalam piping bag. - Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tidak cair.
Filling Whipping Cream
- Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream,
tambah gula icing jika whipping cream tawar. - Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak di dalam peti ais sekejap supaya tidak mencair.
Sekarang masa utk “membantalkan durian crepe”
- Sediakan kulit, letak whipping cream dahulu, kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
- Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.
- Sudah siap, masukkan ke dalam peti ais dalam sejam atau dua jam supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari peti ais keras, biar pada suhu bilik dahulu (tidak lembut tidak keras sangat) dan boleh dimakan.
Kredit Resepi: Tahrunnisah Jali