
Aduhai nikmatnya makan durian, kena pulak dengan rasanya yang lemak manis bergas. Arhhh memang terbaik hingga soal baunya dah ta kisah. Tapi bagi yang tak suka, tercium baunya saja dah pening kepala dan nak termuntah dibuatnya
Susahnya kalau dalam rumah hanya korang je yang suka atau ada dua tiga orang suka yang lain tak suka, masalah jadinya sebab bau duriannya sangat degil untuk dihilangkan. Tapi jangan risau ini ada tip macam mana korang nak hilangkaan bau mulut dan tangan selepas makan durian dengan mudah.
Caranya, semasa beli durian, jangan kupas kulitnya jika belum sedia memakannya, kedua gunakan pangsa durian untuk mencuci tangan, cucilah tangan dengan mengosok-gosokkan jejari di pangsa durian (bahagian dalam kulit durian berwarna putih).
Jika masih ada bau lagi, ambil sedikit beras, kemudian kunyah-kunyaha sekurang-kurangnya seminit atau hingga bau durian hilang atau berkurangan. Mengunyah beras ini juga boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan bau mulut kerana makan jering.
Selain itu, korang boleh berkumur-kumur menggunakan air garam kerana air garam mempunyai kandungan sodium yang bertindak sebagai anti bakterian dan sterilisasi. Oleh itu, bukan hanya bau durian hilang tapi ia membantu mengulangkan rasa panas dalam badan akibat makan durian banyak, kerana air putih membantu proses metabolisme dlam tubuh. Pun begitu minum air putih juga boleh menutrialisasi suhu panas tubuh
Kalau semua cara ini tidak boleh dilakukan, cara paling senang untuk menghilangkan bau durian yang melekat pada mulut adalah dengan minum air putih lebih banyak kerana , ia mampu menutrealisasikan suhu panas yang disebabkan oleh durian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Roti Ekslusif Ini Paling Mahal Di Dunia. Ada Ramuan Yang Masukkan Emas…

Di negara ini roti adalah salah sumber makanan yang murah dan sajian kegemaran rakyat Malaysia.. Roti gebu dan lembut, mahupun yang keras dan garing jadi sebahagian dari rutin makanan kita.
Bawalah duit RM 2.50 –RM3 pergilah ke mana kedai pasti ada dijual.T etapi jangan terkejut ya, ada roti di dunia yang dijual dengan harga mencecah lebih RM500 sebuku.
Jom semak perkongsian ilmu dari penulis Kay Suhaimi dari laman iluminasi.com tentang 5 roti paling mahal di dunia.
5. Roti Miche – RM84 sebuku
Miche adalah sejenis roti yang boleh didapati di New York dan ini adalah roti paling mahal dihasilkan di Amerika Syarikat.Istimewanya mengenai roti ini adalah ia bukannya jenis roti yang boleh dihasilkan dalam tempoh beberapa jam.
Ia diperbuat daripada tepung ternakan organik dan roti ini mempunyai rasa yang sangat diperkaya bersama tekstur rumit yang sukar untuk dijelaskan.
Tepung yang digunakan mesti menjalani proses penapaian yang lama yang memberikan rasa unik dan sehingga kini, teknik ini masih belum dapat ditiru. Jika anda melawat ke New York dan ingin rasa keenakan roti ini, ia boleh didapat di Amy’s Bread dan sangat sesuai disajikan dengan mentega berkualiti tinggi.
4. Roti Shepherd – RM88 sebuku
Jenis roti keempat paling mahal di dunia adalah roti Shepherd’s dengan harga RM88 sebuku. Roti yang menakjubkan ini adalah produk dari Great Britain hasil ciptaan Tom Herbert, tukang roti tempatan yang membangunkannya ketika dia berusia 33 tahun.Resipi itu dihasilkan 55 tahun yang lalu dan disediakan dengan teliti melalui proses peningkatan ganda yang dilaksanakan sebelum dibakar.
Sesetengah ramuan yang menarik digunakan dalam resipi roti ini adalah garam laut Cornish, air spring Cotswolds dan tepung Somerset organik.
3. Roti Harrods Roquefort dan Almond Sourdough – RM 103 sebuku
Pasaraya Harrods di London adalah antara yang termewah di dunia, menawarkan roti paling mahal di seluruh Great Britain dan ketiga termahal di dunia.Roti Roquefort dan Almond Sourdough yang terkenal ini boleh didapati dengan harga $ 24.50 setiap satu. Sebab kepada harga yang sangat mahal ini adalah penggunaan bahan-bahan terbaik yang boleh diperolehi.
Jenis roti ini adalah hasil ciptaan Paul Hollywood, pakar roti yang telah menggelarnya roti ini sebagai “Rolls-Royce” dalam dunia bakeri. Roti ini langsung tidak mempunyai sebarang perisa tiruan atau bahan tambahan dan ia dibuat hanya menggunakan tepung gred A yang diperolehi dari pengilang pakar.
Keju Roquefort yang digunakan dalam roti adalah kualiti terbaik yang boleh didapati dari Perancis. Roti ini sangat laris ketika cuti musim panas dan sangat sukar untuk mendapatkannya. National Association of Master Bakers di Great Britain telah menamakan roti ini sebagai jenis roti paling mahal di seluruh negara itu.
2. Roti Royal Bloomer – RM407 sebuku
Jenis roti kedua paling mahal di dunia adalah roti Royal Bloomer. Roti Royal Bloomer dihasilkan di Orchard Pigs Bakery milik Roberet Didie yang terletak di Wrexham di Wales Utara.Roti ini menawarkan rasa yang menarik dengan membuat sedikit perubahan dalam penghasilannya dengan menggantikan air dengan champagne.
Lebih mengagumkan Roberet Didier juga menggunakan emas 23 karat dalam resipi Royal Bloomer. Dia menambah emas merah 23 karat sebagai hiasan untuk memberikannya warna merah terang pada permukaan roti ini.
1. Roti Gold Leaf – ROTI PALING MAHAL ,RM554 sebuku
Jenis roti yang paling mahal di dunia dikenali sebagai Gold Leaf Bread atau Roti Daun Emas. Ia sangat menakjubkan seperti namanya.Resipi ini berasal dari pakar bakeri Moreno, yang merupakan pemilik Pan Pina Bakery warisan keluarga yang terletak di Andalusia, Sepanyol.
Perniagaan bakeri keluarga Moreno telah bermula sejak 70 tahun yang lalu dan telah menghasilkan 50 jenis roti.Apa yang menakjubkan roti seberat 400 gram ini istimewa adalah Moreno menggunakan debu emas sebanyak 250 mg dalam resipi untuk menghasilkan sebuku roti.
Anda tak perlu untuk ke Sepanyol bagi merasai kenak roti emas ini kerana ia dieskport ke seluruh dunia dan popular terutamanya di wilayah Costa del Sol, Rusia dan negara-negara Timur Tengah.
Debu emas yang digunakan dalam setiap buku roti ini bernilai RM416. Walaupun diakui oleh Moreno sendiri bahawa debu mewah itu tidak menambah apa-apa rasa, tetapi ia memberikan pelanggannya rasa eksklusif dan glamor.
“Bahan-bahan yang lain adalah organik dan sangat sihat. Orang ramai percaya bahawa sejumlah emas baik untuk pencernaan. Kami menerima ramai pelawat dari Rusia dan China yang sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk menunjukkan betapa kayanya mereka,” kata Juan Manuel Moreno yang kini mewarisi perniagaan keluarga ini.
Siapa sangka ya,rupa-rupanya roti yang mahal ini jadi ‘kegilaan’ di kalangan orang-orang kaya menjadi alat bagi menayangkan status dan kekayaan mereka . Mereka bersedia membeli dan menikmatinya berbanding dengan orang lain yang tidak akan mengeluarkan wang sebegitu rupa hanya untuk memakan sebuku roti.
6 Cara Berkesan Bersihkan Kesan Hangus Pada Kuali & Periuk Tanpa Guna Sabun.

Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang ada. Kadang-kala kita lupa yang ada makanan yang sedang duk hangat atas dapur. Bila sedar, hmm…dah rentung semuanya. Jika basuh guna sabun biasa, agak sukar nak tanggal. Bagi yang ada masalah alergik pada sabun, lagilah seksa kan? Pedih dibuatnya. Namun ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkan kesan kotoran pada alatan memasak dengan mudah. Memang berkesan berbanding jika anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.
CARA HILANGKAN KERAK & KESAN HITAM PADA PERALATAN MEMASAK
1. GARAM
- Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip sambil mengikis kesan yang melekat pada periuk tadi.
2. CUKA
- Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental hingga bersih.
3. SODA BIKARBONAT
- Soda bikarbonat juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Caranya ialah panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci.
4. LEMON
- Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.
5. KULIT UBI KENTANG

- Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
6. ASAM JAWA

- Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal.
SELAMAT MENCUBA!
10 Makanan Ni Mudah Terdedah Kepada Risiko Keracunan Makanan. Pastikan Bersih & Segar

Isi Kandungan
ToggleKeracunan makanan boleh berlaku bila makanan yang hendak dimasak tu sudah tercemar. Pencemaran dari bakteria, virus dan parasit boleh menyebabkan kita merasa sakit perut, cirit birit, mual dan dalam kes teruk boleh pengsan atau maut.
Bukan itu sahaja tau, malah cara penyediaan makanan yang salah, tidak mencuci dengan bersih, tangan yang kotor, menggunakan pisau yang sama untuk daging dan sayur atau memakan makanan mentah dan luput tarikh juga menyumbang kepada gejala keracunan makanan.
Jadi hati-hati ya, jom semak senarai makanan yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan:
1. Sayur-sayuran hijau

Sayur-sayuran hijau seperti buncis, kubis, sawi, bayam dan lain-lain memanglah sajian sihat. Tapi awas sayur-sayuran jika tidak dicuci dengan bersih ia boleh menjadi punca keracunanan makanan. Potensi keracunan adalah disebabkan sayuran ini mudah tercemar dengan kotoran dari tanah.
Makan dengan tangan yang kotor atau pencemaran kesan daripada penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah boleh menyebabkan pencemaran silang.
2. Telur mentah

Telur mentah sering terdedah dengan pencemaran oleh bakteria salmonella. Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak serta memasak telur hingga masak atau matang. Pastikan telur anda segar dan tidak melebihi tempoh luput.
3. Daging merah

Hidangan daging yang tidak dimasak sempurna seperti daging mentah mengandungi racun dari pencemaran bakteria E.colli. Bagi mencegah keracunan sebaiknya daging dinikmati dengan cara dimasak hingga matang.
4. Ikan tuna

Ikan tuna juga boleh meningkatkan potensi keracunan bila ia sudah tercemar dengan scombrotoxin. Masalah ini boleh menyebabkan anda rasa sakit kepala, cramp dan kemerahan pada seluruh tubuh.
Racun ini keluar pada masa penyimpanan tuna yang tidak betul atau disimpan dalam suhu lebih dari 60 darjah celcius.
5. Tiram

Tiram sering menyebabkan keracunan makanan kerana pencemaran dari virus dan bakteria berbahaya dari air penyimpan tiram. Bahkan cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan saat dimasak juga meningkatkan risiko keracunan.
Tiram mentah sering mengandugi racun vibrio vulnificus. Reaksi yang teruk adalah seperti muntah, cirit birit dan mual yang berlebihan.
6. Udang dan makanan laut

Umumnya keracunan disebabkan makanan ini bukan merupakan keracunan makanan dalam erti kata sebenarnya sebenarnya tetapi lebih sering diakibatkan oleh alergi terhadap protein. Gejala keracunannya adalah pusing, mual, muntah. Badan terasa panas dan gatal. Timbul kemerahan pada kulit dan gatal.
Alergi yang teruk terjadi boleh menyebabkan rasa berdebar berpunca disebabkan pelebaran pembuluh darah. Udang dan makanan laut juga harus dimasak segera selepas dinyahbeku kerana ia mudah busuk dan tercemar bila terdedah lama di udara yang juga menyebabkan keracunan.
7. Kentang

Kentang yang sudah lama disimpan juga besar kemungkinan boleh terdedah kepada pencemaran silang dari Listeria, E.coli , Salmonella dan Shigella. Pencemaran ini boleh terjadi jika kentang disimpan bersama dengan jenis makanan lain seperti daging mentah.
8. Keju

Keju juga sering terkena pencemaran dari jenis bakteria listeria dan salmonella. Usah biarkan keju terdedah lama di luar peti sejuk.
9. Ais krim

Ais krim sering terkena pencemaran dari Staphylococcus dan salmonella. Ais krim biasanya mengunakan telur terutama ais krim yang dibuat di rumah risiko pencemaran kumannya adalah lebih besar. Namun ais krim yang dibuat di kilang sudah melalui proses pasteur jadi ia lebih selamat.
10. Termakan makanan basi

Keracunan ringan kerana makanan basi umumnya biasanya menyebabkan sakit perut, cirit birit dan kadang-kadang disertai demam. Merasa mual dan muntah. Keracunan yang teruk boleh menyebabkan pengsan. Pertolongan yang perlu dilakukan adalah membiarkan mangsa muntah. Cara ini akan mengurangi penyerapan racun. Baringkan mangsa dalam posisi mengiring.