Penggemar Durian, Ini Tip Senang Hilangkan Baunya Yang Degil Tu.

Share

Aduhai nikmatnya makan durian, kena pulak dengan rasanya yang lemak manis bergas. Arhhh memang terbaik hingga soal baunya dah ta kisah. Tapi bagi yang tak suka, tercium baunya saja dah pening kepala dan nak termuntah dibuatnya

Susahnya kalau dalam rumah hanya korang je yang suka atau ada dua tiga orang suka yang lain tak suka, masalah jadinya sebab bau duriannya sangat degil untuk dihilangkan. Tapi jangan risau ini ada tip macam mana korang nak hilangkaan bau mulut dan tangan selepas makan durian dengan mudah.

Caranya, semasa beli durian, jangan kupas kulitnya jika belum sedia memakannya, kedua gunakan pangsa durian untuk mencuci tangan, cucilah tangan dengan mengosok-gosokkan jejari di pangsa durian (bahagian dalam kulit durian berwarna putih).

Jika masih ada bau lagi, ambil sedikit beras, kemudian kunyah-kunyaha sekurang-kurangnya seminit atau hingga bau durian hilang atau berkurangan. Mengunyah beras ini juga boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan bau mulut kerana makan jering.

Selain itu, korang boleh berkumur-kumur menggunakan air garam kerana air garam mempunyai kandungan sodium yang bertindak sebagai anti bakterian dan sterilisasi. Oleh itu, bukan hanya bau durian hilang tapi ia membantu mengulangkan rasa panas dalam badan akibat makan durian banyak, kerana air putih membantu proses metabolisme dlam tubuh. Pun begitu minum air  putih juga boleh menutrialisasi suhu panas tubuh

 Kalau semua cara ini tidak boleh dilakukan, cara paling senang  untuk menghilangkan bau durian yang melekat pada mulut adalah dengan minum  air putih lebih banyak kerana , ia mampu menutrealisasikan  suhu panas yang disebabkan oleh durian.

Published by
Norasida Myasin