Daging Harimau Menangis. Salah satu sajian daging panggang yang dinikmati bersama sos istimewa. Hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini berikutan ada isu melibatkan jenama Daging Harimau Menangis.
Jika dilihat pada bahagian-bahagian pada seekor lembu, bagi yang tidak arif, pasti tertanya-tanya, daging bahagian mana yang dipanggil Harimau Menangis ni? Sebab jika dilihat pada istilah biasa pun, tiada disebut pun kan? Agak keliru.
Menerusi perkongsian Puan Suwarin Jinda, pemilik Suwarin Jinda Cafe atau dikenali sebagai Hostel Pantai Cafe yang terkenal di Kelantan, beliau menerangkan bahagian-bahagian lembu yang dipanggil Daging Harimau Menangis.
NECK, CHUCK & BRISKET. NI ORANG SIAM PANGGIL BAHAGIAN HARIMAU MENANGIS.
Menurut Puan Suwarin, Daging Harimau Menangis adalah merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu pada seekor lembu. Beliau yang berasal dari Thailand namun sudah menetap lama di Kelantan berkata, daging di bahagian leher (neck), bahu (chuck) dan dada (brisket) adalah bahagian yang orang Thailand panggil daging Harimau Menangis.
Mai sajo nak oyat bui tahu jah. Kak guna bahaging mano buat daging rimau ni haa nak tahu x? Xpo lah nak oyat jugo.
Kak guna daging di bahagian Neck dan Chuck dan Brisket. Tu dia di bahagian situ lah orang alik siam panggil bahagian Rimau Menangis.
Dan akan ada rasa liat jugo kadang-kadang sebab ade kadang dio mari sekali gan bahagian bisket bahagian tu dio dok bawah perut dio keras sikit kt bahagian tu
CARA HASILKAN DAGING HARIMAU MENANGIS YANG SEDAP
Selain berkongsi info mengenai bahagian daging, Puan Suwarin juga berkongsi cara-cara untuk memotong daging dan juga cara memasak hidangan popular ini.
Katanya, untuk memotong daging, ia harusnya secara berlawanan urat supaya daging menjadi kurang liat. Malah untuk membakarnya pun ada cara. Orang Thai biasanya akan membakar separuh masak sahaja. Barulah dapat menikmati rasa daging yang sebenar.
Cara potong pun keno potong lawan orat baru dio kurang liat sikit. Caro bakar pun biasa nyo orang thai bakar separoh masak jh gitu baru rasa daging sebenar .
Ha…Macam mana? Dah dapat gambaran tak hidangan ni macam mana? Begitulah sedikit sebanyak perkongsiannya.
Bagi yang pernah rasa sajian ini, pasti teringat-ingat akan kelembuatan daging dan keenakan sos pencicahnya. Memang lain dari rasa daging bakar yang biasa dinikmati. Jika ada peluang, cubalah ya. Anda pasti kagum akan rasanya.
Kredit info & foto: Suwarin Jinda
Nak cuba masak sendiri Daging Rimau Menangis versi homemade? Boleh cuba resipi dibawah ini.