Bila tiba waktu makan tengahari, pasti ada ibu-ibu yang pening memikirkan menu lauk yang mahu dimasak. Walaupun memang setiap hari menyediakan sajian di dapur, pasti akan ada harinya dimana tiba-tiba jadi buntu.
Jangan risau, saudari Widiati Sulaiman; pemilik Restoran Nasi Lemak Kak Ros, Shah Alam bermurah hati berkongsi seleksi resipi lauk pauk yang sesuai disajikan buat keluarga setiap hari. Semuanya sangat mudah disediakan dan enak-enak belaka. Paling penting, semuanya ‘homemade’, bersih dan tentunya halal. Selamat mencuba!
1. GULAI KUNING IKAN MASIN BERSAMA HIRISAN TIMUN & KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi (*)
1 ulas bawang merah (*)
1 batang serai
2 cm kunyit (*)
3 keping ikan masin talang – rendam seketika dalam air panas
1/2 biji nanas – hiris kecil
250ml santan
150ml air
Garam secukup rasa
1 biji timun – hiris
5 tangkai kacang panjang – hiris
CARA MEMASAK:
1.Rebus kepingan nanas hingga layu. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda (*) hingga halus.
3. Didihkan bahan kisar bersama nanas. Masukkan serai.
4. Setelah mendidih, masukkan kepingan ikan masin diikuti dengan santan dan air.
5. Biarkan mendidih sambil dikacau.
6. Masukkan hirisan timun dan juga kacang panjang. Masak lagi hingga sayur lembut.
7. Rasa kuah gulai dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam.
8. Sedia untuk dihidangkan.
2. SEMUR AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
4 batang serai
200ml kicap manis
150ml santan
2 biji bawang besar – kisar
4cm halia – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 biji cili merah
1 sudu kecil asam jawa adabi
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR KERING:
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan goreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar kering bersama dengan serai. Tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan kicap diikuti dengan santan. Sebatikan.
5. Perasakan dengan gula, garam dan asam jawa dengan secukupnya.
6. Setelah mendidih, masukkan ayam dan kacau sebati.
7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.
3. TERUNG BILIS GORENG SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung – potong kecil
8 biji cili merah – kisar
5 biji cili padi – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
2 biji bawang merah – hiris halus
3 biji tomato – potong dadu
Segenggam ikan bilis
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Sedikit perisa makanan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng terung cukup sekadar kulit terung bertukar warna. Angkat dan toskan.
2. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tadi tinggalkan sedikit untuk menumis bahan kisar.
4. Tumis bahan kisar hingga agak kering. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5. Masukkan hirisan tomato dan bawang. Gaul sebati.
6. Setelah sambal mendidih dan cukup rasa, masukkan terung dan juga bilis. Padamkan api dan gaul hingga sebati.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
4. ASAM PEDAS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel – hiris
200gm cili kisar
4cm halia – kisar
2cm kunyit hidup – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
2 biji bawang besar – kisar
2 sudu besar asam jawa
Sedikit minyak untuk menumis
2 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu serbuk perasa
3 helai daun limau purut
2 cawan air rebusan daging
CARA MEMASAK:
1.Rebus daging tetel sehingga empuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa. Biar mendidih seketika kemudian masukkan daging tetel yang telah direbus tadi bersama air rebusan daging. Sebatikan.
4. Perasakan kuah asam pedas dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Bila kuah asam pedas sudah menggelegak. masukkan daun limau purut.
6. Tutup api sedia dihidang segera.
5. MASAK LEMAK PUTIH PETOLA BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
1 biji petola – potong kecil
1/2 biji labu – potong dadu
1 ulas bawang merah – hiris
Segenggam udang basah (udang putih)
1 helai daun kunyit
1 batang serai
250ml santan
100ml air
CARA MEMASAK:
1.Satukan hirisan bawang merah, air, udang dan labu di dalam periuk.
2. Didihkan air dan masak seketika hingga labu lembut.
3. Kemudian masukkan petola dan santan. Biar mendidih seketika kemduian masukkan daun kunyit.
4. Setelah sayur lembut, tutup api sedia untuk dihidang.
6. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging -direbus & hiris nipis
1 biji bawang holland
3 biji cili padi – hiris
5cm halia – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perisa
Minyak untuk menggoreng
1 biji lada benggala – hiris
CARA MEMASAK:
1.Goreng daging sehingga separuh masak.
2. Masukkan hirisan halia dan bawang putih. Gaul sebati bersama daging hingga setengah layu.
3. Seterusnya masukkan sos tiram, garam dan juga serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul sebati. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit sahaja air.
4. Akhir sekali masukkan hirisan cili padi, lada benggala dan bawang holland. Masak hingga layu.
5. Daging Goreng Halia sedia untuk dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Biskut Kudap-Kudap
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI