Andai ke pasar malam, sajian Ayam Percik tentunya menjadi pilihan ramai. Makan panas-panas dengan kuahnya, waduh…sangat membuka selera. Anda suka makan Ayam Percik macam jual dekat pasar malam tu? Saudari SuiSan Aliezsha ada kongsikan resipi yang beliau guna untuk berniaga. Selamat mencuba!
Nota: jumlah bahan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan.
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar, ketumbar dan jintan tanpa minyak. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
3. Masukkan ayam. Masak hingga setengah masak.
Ads
4. Ambil ayam dan letak di atas dulang pembakar. Renjiskan minyak zaitun atau minyak masak.
5. Bakar guna air fryer pahu 200C selama 15 minit. Jika bakar guna ketuhar, guna suhu 180C dan bakar selama 20 minit. Masa mungkin berbeza mengikut af dan ketuhar masing-masing.
(Nota RASA: Boleh juga dibakar guna pemanggang ajaib atau arang)
6. Untuk kuahnya, panaskan kuali atau periuk. Masukkan kisaran cili dan bawang putih bersama sedikit air. Didihkan hingga cili masak.
Ads
7. Masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.
8. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Pastikan gula dan garamnya cukup.
9. Jika ada bijan, boleh tambahkan ke dalam kuah.
10. Siap dan bolehlah disiram ke atas ayam bakar tadi.
Selalunya, kita makan ikan kering sepat dengan cara menggoreng. Kali ini RASA ingin tunjukkan cara lain bagi menikmati ikan kering sepat dengan lebih wow lagi.
Dengan cara masak begini, ikan kering sepat itu menjadi bagaikan sambal ikan kering. Anda bukan sahaja dapat menikmati ikan kering sepat itu tetapi turut dapat makan bawang dan cili kering yang ditumis. Jadi lebih sedap.
Jom kita lihat resipinya.
IKAN SEPAT TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
3 ekor ikan kering sepat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Hiris bulat bawang besar.
2. Hiris halus bawang putih.
3. Potong-potong cili kering dan buang bijinya.
4. Ikan kering sepat dibasuh dan dipotong-potong.
5. Panaskan minyak masak. Goreng ikan kering sepat.
6. Agak-agak separuh masak, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
7. Goreng lagi sehingga semerbak baunya.
8. Angkat dan sedia dihidang.
Tip: Cili kering boleh juga diganti dengan cili padi.
Anda penggermar sajian Maggi Ketam? Hidangan ringkas yang popular di negeri Kelantan ini sebenarnya mudah sahaja disediakan. Ada pelbagai versi cara memasaknya. Tepuk dada, tanya hati. Ada yang ringkas dan ada juga yang sedikit banyak bahan rencah yang digunakan. Semuanya sedap dan membuka selera. Salah satu resipi Maggi Ketam yang mudah adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Wan Ash. Jom cuba.
CARA MASAK MAGGI KEATM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus mi segera 1 ekor ketam nipah – berus kulit hingga bersih 2 ekor sotong 1/2 sudu besar sos cili – beli online disini Sawi batang putih Cendawan Tomato Cili Daun bawang
1. Didihkan air. Kemudian masukkan ketam dulu. Rebus sehingga masak. Kemudian masukkan sotong dan celur sampai masak. Angkat dan toskan. 2. Air rebusan tadi ditapis dan simpan. Ia akan digunakan kembali untuk membuat kuah. 3. Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi. Campurkan dengan perencah maggi kari. Tumis sehingga naik bau. 4. Bila sudah naik bau masukkan air rebusan ketam dan sotong tadi. Kemudian masukkan sos cili. 5. Kemudian masukkan cendawan atau apa-apa sayur yang lambat masak. Tunggu kuah mendidih dan biarkan cendawan masak. 6. Bila kuah sudah mendidih, masukkan mi segera. Jika suka, boleh celur mi segera terlebih dahulu. 7. Kemudian terus masukkan sayur sawi dan tomato tadi. Dah siap terus masukkan dalam mangkuk atau pinggan. 8. Susun ketam dan sotong yang dimasak tadi. Nikmati bersama hirisan jus limau nipis.
Orang Johor ni kalau makan goreng pisang ,karipap, popia dan lain-lain mesti lengkap dengan sambal kicapnya. Maka sambal kicap ni memang wajib ada di rumah, mudah nak menyicah nanti. Kalau mereka yang tidak biasa boleh cuba rasa. Boleh buat sendiri sambal kicap yang sedap ni.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.