Peniaga Makanan & Minuman Di Selangor Wajib Pakai Pelitup Muka Mulai Hari Ini

Share

Sebagai seorang peniaga makanan dan minuman, sudah semestinya harus mengutamakan kebersihan demi kesihatan dan keselamatan pelanggan.

Terbaru, mulai 1 Januari iaitu hari ini, semua peniaga dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan.

Kredit: Facebook Majlis Perbandaran Selayang

Menurut laporan Sinar Harian, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi hantaran di Facebook berkata tindakan kompaun akan dikenakan terhadap para peniaga yang ingkar arahan tersebut.

Manakala Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut berkata yang pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengusaha restoran dan penjaja bermula tahun ini.

Kredit: Sinar Harian

Yang dipertua MPKj, Najmuddin Jemain berkata, pemantauan dan penguatkuasaan akan dijalankan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja dengan bantuan Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan.

Semestinya langkah ini diambil untuk memastikan pekerja yang mengendalikan makanan dan minuman mengutamakan kebersihan di premis perniagaan.

Kredit: Sinar Harian

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Naqiyatul Uzma