Penyaram gula apong ini memang sedap. Selain penyaram, ia juga dipanggil cucur jawa atau kuih topi. Rasanya yang lemak manis memang meminat selera.
Salah satu kuih orang lama tapi hingga kini masih lagi disukai ramai. Bila makan, menggamit nostalgia zaman kecil.
Boleh cuba buat sendiri kuih ini. Baru boleh diubahsuai ikut selera kita sendiri. Ikut resipi yang dikongsikan oleh puan FransCisca FransCylia ini ye.
Panyeram Gula Apong
Bahan-Bahan:
250gram atau 2 cawan tepung gandum 250gram atau 2 cawan tepung beras teratai 500gram atau 2 cawan air panas (supaya ggula pasir dan gula apong cepat larut) 250gram atau secawan gula pasir (kalau nak kurang manis, boleh kurangkan kepada 190gram atau ¾ cawan) 250gram atau 1 cawan gula apong/gula merah
Cara Memasak:
Satukan tepung-tepung, gula psir dan gula apong ke dalam satu bekas.Tuangkan sikit-sikit air panas sambil gaul sebati adunan tersebut.
Ads
Pastikan adunan betul-betul sebati dan tapiskan adunan untuk elakkan tepung berketul-ketul.
Rupa adunan tak pekat dan tak cair. Kalau nak perap semalaman pun boleh atau dalam 3-4 jam pun boleh. Kalau tak nak perap dan terus goreng pun boleh. Tapi kalau nak perap, pastikan perap dalam peti ais. Bila nak guna, biarkan dalam suhu bilik dulu. Kalau adunan nampak pekat boleh tambah sikit air. Tapi jangan banyak takut makin cair adunan nanti.
Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuali. Pegang chppstick kayu letak kat tengah mnyak. Pastikan api dibuka. Bila hujung chopstick dah berbuih banyak, kecilkan api dan boleh tuang adunan ke dalam minyak.
Goreng satu demi satu menggunakan api yang perlahan dan minyak sedikit. Kalau minyak dah kurang boleh tambah minyak lagi sikit. Tip: Kalau tuang je adunan pada bahagian tepi terus jadi lper dan tak naik brsarang itu maksudnya minyak belum cukup panas. Kalau tuang je adunan dan bahagian tengah terus brlubang itu mksudnya api dah sangat panas. Jangan biarkan kuih terlalu lama dalam minyak, nanti kuih jadi liat dan keras.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap!
Ads
Ektra Info:
* Guna air panas supaya gula pasir dan gula apong cepat larut. * Kalau adunan nampak pekat sangat, boleh tambah air sikit-sikit sebab kadang ada gula apng jenis yang dalam paket keras dan kering di bahagian bawah ada yg cair. Keluarkan gula apong paket lepas tu gaul dulu supaya sebati barulah timbang masuk dalam adunan. * Saya guna tepung gandum (sauh), tepung beras (cap 3 gajah), minyak msak (cap tukang masak).
Lepat Sagu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Opah Mas Cotek ni antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Sedapnya makan cokodok pisang panas-panas. Bagi yang teringin sangat nak makan, ni ada resipi CokodokPisangsedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yang boleh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dapat rasa sedap. Rugi kalau tak cuba.
COKODOK PISANG TAK SERAP MINYAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. 2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli. 3. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam. 4. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Sedapnya Putu Halba. Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, buka selalu dapat menikmati kuih ini. Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati. Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Noor Amirah.
RESIPI PUTU HALBA SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 kg ubi kayu
3 sudu makan halba – boleh kurangkan ikut citarasa
Gula melaka – cincang halus. Boleh digantikan dengan gula perang.
CARA MEMASAK: 1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat. 2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
4. Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan masukkan halba. Gaul rata. Pastikan teksturnya berderai. 5. Untuk memasak, ambil acuan lompang dan masukkan sedikit parutan ubi kayu. 6. Kemudian masukkan gula melaka dan akhir sekali, masukkan sekali lagi parutan ubi kayu.
7. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. ( ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.)
8. Angkat dan hidangkan bersama kepala muda parut.
INFO: 2 kg ubi kayu akan dapat 60 biji putu halba.