Penyaram Gula Apong, Rasa Lemak Manis Buka Selera

Share

Penyaram gula apong ini memang sedap. Selain penyaram, ia juga dipanggil cucur jawa atau kuih topi. Rasanya yang lemak manis memang meminat selera.

Salah satu kuih orang lama tapi hingga kini masih lagi disukai ramai. Bila makan, menggamit nostalgia zaman kecil.

Boleh cuba buat sendiri kuih ini. Baru boleh diubahsuai ikut selera kita sendiri. Ikut resipi yang dikongsikan oleh puan FransCisca FransCylia ini ye.

Panyeram Gula Apong

Bahan-Bahan:

250gram atau 2 cawan tepung gandum
250gram atau 2 cawan tepung beras teratai
500gram  atau 2 cawan air panas (supaya ggula pasir dan gula apong cepat larut)

250gram atau secawan gula pasir (kalau nak kurang manis, boleh kurangkan kepada 190gram atau ¾ cawan)
250gram atau 1 cawan gula apong/gula merah

Cara Memasak:


Satukan tepung-tepung, gula psir dan gula apong ke dalam satu bekas.Tuangkan sikit-sikit air panas sambil gaul sebati adunan tersebut.

Pastikan adunan betul-betul sebati dan tapiskan adunan untuk elakkan tepung berketul-ketul.

Rupa adunan tak pekat dan tak cair. Kalau nak perap semalaman pun boleh atau dalam 3-4 jam pun boleh. Kalau tak nak perap dan terus goreng pun boleh.  Tapi kalau nak perap, pastikan perap dalam peti ais. Bila nak guna, biarkan dalam suhu bilik dulu. Kalau adunan nampak pekat boleh tambah sikit air. Tapi jangan banyak takut makin cair adunan nanti.

Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuali. Pegang chppstick kayu letak kat tengah mnyak. Pastikan api dibuka. Bila hujung chopstick dah berbuih banyak, kecilkan api dan boleh tuang adunan ke dalam minyak.

Goreng satu demi satu menggunakan api yang perlahan dan minyak sedikit. Kalau minyak dah kurang boleh tambah minyak lagi sikit. Tip: Kalau tuang je adunan pada bahagian tepi terus jadi lper dan tak naik brsarang itu maksudnya minyak belum cukup panas. Kalau tuang je adunan dan bahagian tengah terus brlubang itu mksudnya api dah sangat panas. Jangan biarkan kuih terlalu lama dalam minyak, nanti kuih jadi liat dan keras.

Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.

Siap!

Ektra Info:

* Guna air panas supaya gula pasir dan gula apong cepat larut.
* Kalau adunan nampak pekat sangat, boleh tambah air sikit-sikit sebab kadang ada gula apng jenis yang dalam paket keras dan kering di bahagian bawah ada yg cair. Keluarkan gula apong paket lepas tu gaul dulu supaya sebati barulah timbang masuk dalam adunan.
* Saya guna tepung gandum (sauh), tepung beras (cap 3 gajah), minyak msak (cap tukang masak).

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa