Kini terdapat begitu banyak pilihan perkakasan memasak seperti sudu, senduk, sudip, kuali, periuk dan sebagainya yang bukan sahaja menarik rekaannya malah hadir dalam pelbagai pilihan material. Kebiasaannya perkakasan memasak dibuat daripada tiga material utama iaitu kayu, keluli tahan karat dan plastik. Pun begitu terdapat juga alat memasak yang direka daripada tiga kombinasi ini untuk memberi kelainan.

Pun begitu, tidak dinafikan juga ada antara pengguna gemar membeli setiap perkakasan memasak daripada material yang sama untuk membentuk keseragaman perkakasan yang digunakan untuk menyediakan hidangan.

Manakala ada juga antara pengguna membeli perkakasan memasak dengan pilihan pelbagai jenis material untuk disesuaikan dengan kegunaannya yang bervariasi. Walau apa pun tujuannya, kenali dahulu kebaikan dan kelemahan material ini agar fungsinya dapat dimanfaatkan.

Kayu

Pilihan senduk kayu adalah antara perkakasan memasak yang popular digunakan. Contoh perkakasan memasak adalah seperti sudu, senduk, sudip dan sebagainya.


Kebaikan :

– Pilihan popular

– Tidak melekat jika digunakan

– Tidak menyimpan haba dan ia selamat untuk digunakan.

– Tangkai senduk atau sudip tidak panas walaupun digunakan ketika mengacau makanan yang dimasak di atas api.

– Tahan lasak.

Keburukan :

– Perkakasan memasak sukar dibersihkan jika ingin dibandingkan dengan material lain.

– Sekiranya digunakan ketika memasak hidangan berkuah, cecair tersebut mudah meresap. Ini akan menyebabkan perkakasan seperti senduk dan sebagainya akan berubah warna.

IKLAN

– Perkakasan kayu yang terdedah dengan kelembapan akan mudah rosak dan reput.

– Boleh menyebabkan agen penyebaran bakteria jika perkakasan kayu tidak dibersihkan dengan sebaiknya.

Keluli tahan karat

Pilihan menggayakan perkakasan keluli tahan karat kini menjadi trend untuk menampakkan gaya moden dan menarik. Kilauan material ini menjadikan perkakasan tampil istimewa.

Contoh perkakasan memasak adalah seperti sudu, garpu, periuk dan sebagainya.

Kebaikan :

– Lebih bersih kerana material ini paling selamat dan kurang menyebarkan bakteria.

– Kilauan material keluli tahan karat mampu memberi imej produk yang menarik dan elegan.

– Kukuh dan tahan lasak

Keburukan:

– Mudah menampakkan kesan calar

Plastik

Perkakasan daripada plastik tidak kurang hebatnya. Ia tampil dengan pelbagai pilihan warna yang menarik dan praktikal untuk digunakan. Contoh perkakasan memasak daripada plastik adalah seperti pinggan, sudu, cawan dan sebagainya.

Kebaikan :

– Tidak mudah calar

– Mudah dibersihkan

– Tahan lama jika digunakan dengan baik

– Ringan

Keburukan :

– Tidak tahan panas

Boleh cair jika digunakan di atas api.

Sumber gambar: 123 royalty free

Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.

Ambil Tahu Peralatan Dapur Yang Bertoksin, Tukarlah Alternatif Selamat.

4 Cara Mudah Elak Daging Liat & Keras

Bahan Semula Jadi Boleh Dijadikan Bahan Mencuci Di Dapur