Siapa tidak kenal dengan Indomie, produk mi segera keluaran Indonesia sejak tahun 1972 yang sangat popular di serata negara termasuklah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jika ke pasaraya, pasti mudah untuk menjumpai produk dari seberang ini.
Disebalik kemasyuran dan keenakan produk yang dinobat sebagai ramen terenak oleh LA Times pada November 2019 ini, tentunya ada individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan seleksi rasanya dan ianya digalas oleh Nunuk Nuraini yang telah berkhidmat sebagai ‘peramu rasa’ di Jabatan Mi Instan di PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk selama hampir 30 tahun.
Namun pada hari Rabu 28 Januari 2021, pencipta varian rasa mi segera terkenal Indomie yang berusia 59 tahun ini dilaporkan telah meninggal dunia.
Memetik dari Astro Awani, menurut laporan portal Kompas.com, berita itu disahkan ketua hubungan masyarakat Indofood, Nurlita Novi Arlaida.
“Ibu Hj Nunuk Nuraini wafat hari ini (Rabu) dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” kata Novi ketika dihubungi Kompas.com.
Walaubagaimanapun, pihak Indofood tidak menyatakan punca kematian Allahyarham.
Antara varian rasa yang dicipta Allahyarham termasuk soto, rendang, kari ayam, sambal matah, dan paling popular perisa mi goreng Indomie.
Jasa yang pasti akan dikenang sepanjang hayat. Berita kematian Nunuk Nuraini ternyata mendukakan rakyat Indonesia dimana ramai yang menitipkan ucapan takziah atas kehilangan ini.
The flavor developer of our beloved indomie, ibu nunuk nuraini, has just passed away today, 2.55 pm local time. Her legacy will always be remembered. Thank you for the flavorful indomie, bu, may you rest in peace 🖤 https://t.co/YyYuF7pyy3
Bulan Ramadan bakal disambut tidak lama lagi, Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan bulan yang mulia untuk masyarakat Muslim dengan menganjurkan Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 yang bertujuan merevolusikan penyedian sahur menjadi pengalaman berharga, cepat dan melazatkan sepanjang bulan Ramadan nanti.
Kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersahur pada bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Objektif utamanya termasuk menggalakkan pemakanan seimbang, mempromosikan konsep Sahur yang ringkas, dan menekankan keseronokan bersahur bersama keluarga.
Edar Pek Produk di 20 PPR Lembah Klang
Sepanjang kempen ini berlangsung, AMB juga akan mengedarkan pek produk yang dapat memberi manfaat kepada 25,000 isi rumah di 20 lokasi PPR berbeza di sekitar Lembah Klang. Kami berharap dengan langkah ini dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan Sahur dengan pilihan hidangan yang seimbang dan ringkas.
Dalam satu majlis yang diadakan di PPR Lembah Subang 2, pelbagai aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan secara langsung, pengedaran makanan, permainan, aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah telah berlangsung bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut.
Peraduan Beli & Menang
Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 ini telah bermula pada 14 Februari hingga 9 April 2024 dengan slogan “Konfem Senang, Konfem Sedap”. Pengguna produk ini juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM20,000 dalam peraduan Beli & Menang.
Hadiah yang ditawarkan termasuk; Bar Emas seberat 5g untuk lima pemenang bertuah, berserta hadiah mingguan TnG e-Dompet bernilai RM11,000 secara keseluruhan. Penyertaan adalah mudah dengan hanya beli produk Seri-Aji® bernilai RM6 sudah melayakkan anda untuk menyertai peraduan. Layari smartcooking.com.my untuk maklumat lanjut.
Min pernah berkunjung ke Kolej Malaysia Food (Authentic) College di Ukay Perdana membuat rakaman foto resipi di sana . Kesemua resipi ini disediakan oleh tenaga pengajar di sini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di kolej ini.
Resipi yang disediakan ‘ternyata sangat kreatif dan inovatif menepati tema yang RASA berikan. Dengan fasiliti dapur yang mampu dimanfaatkan pelajar mengasah skil masakan dan kulinari.
Tetapi bukan bab kemudahan di sini yang menarik perhatian Min tetapi mengenai pelajar-pelajar ‘bertuah’ dapat menimba ilmu masakan disini. Ya, kesemua pelajar di sini cukup gigih kerana mampu belajar walau pun datangnya dari keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
Peluang mereka terbuka luas kerana adanya insan murni bernama Datuk Chef Mohd Farid Alwi.Chef Farid berpegang kepada 3 prinsip kehidupan iaitu bila mati seseorang anak Adam itu hanya 3 perkara ini yang ditinggalkan di muka bumi iaitu amal jariah, anak yang soleh dan ilmu yang berkekalan.
“Saya mahu ilmu yang saya ada di sini dapat disampaikan menjadi berkekalan dan berlanjutan bila berjaya disampaikan kepada orang lain. Saya direzekikan Allah mendapat ilham untuk berkongsi dengan golongan fakir dan miskin.
Niat saya adalah untuk menyampaikan ilmu, dan bukan bermotifkan duit dan keuntungan. Sebenarnya saya telah mula mengajar bakeri dari tahun 2002 lagi, semasa bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan bakeri di Bandar Baru Bangi.
Dari situ saya mendapat inspirasi untuk membuka kolej sendiri iaitu Bakeri Ria, pada 2007 . Kini bertukar nama kepada Kolej MFA pada awal tahun ini kerana saya meluaskan lagi kepada pengajian seni kulinari dan keusahawanan. Masa awal penubuhan kolej belum ada banyak lagi kolej bakeri Bumiputera.
Sebelum ini Lembaga Zakat tidak menekankan kepada kemahiran untuk pelajar asnaf, tetapi hanya pengajian diploma dan akademik, tetapi dengan adanya sijil kemahiran Malaysia lebih ramai lagi pelajar asnaf dapat menyambung pengajian mereka , “cerita Chef yang berasal dari Merlimau, Melaka ini.
Penglibatan Chef Farid dalam masakan bermula semasa dia bermula bekerja di kedai bakeri dan kek semasa berusia 23 tahun. Pemegang Diploma in Pastry ini juga pernah meraih pengalaman bekerja di hotel berprestij di Kuala Lumpur dan pernah mengikuti kursus Pembangunan Sumber Manusia menjadi tenaga pengajar “train the trainer”.
Bukan sekadar kepada pelajar asnaf, Chef Farid juga kerap membuat kerja-kerja kebajikan dan kerap ke kawasan kediaman asnaf dengan membawa tepung dan bahan mentah mengajar keluarga asnaf membuat donat.Kesemua bahan mentah itu datangnya dari wangnya sendiri.
“ Pelajar dan golongan asnaf harus dipecahkan daripada mentaliti ‘hanya menerima’ dan harus dipupuk dengan kesedaran untuk berubah serta tidak sekadar bergantung dengan apa yang cukup. Ini lah ‘brain storming’ saya kepada mereka untuk terus majukan diri .
“Setiap kali saya berjumpa bekas pelajar, perkara pertama yang saya ajukan adalah berapa banyak yang dia mampu bagi kepada kedua ibu bapa mereka. Bukan jumlah gaji yang diterima. Bila mereka dapat membantu keluarga itu saya rasakan itulah kepuasan dalam hidup saya. Yang penting mereka mampu keluar dari kepompong kemiskinan.”, akhiri Chef Farid yang juga Mejar dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam aktiviti menyelamat mangsa bencana dan tragedi.
Bagi Chef Farid mudah aje, yakinlah ilmu itu untuk dikongsi bukan disimpan untuk sendiri. Lebih -lebih lagi bila dikongsi dengan golongan tidak berkemampuan maka berkat ilmu dan ‘amal jariah’ itu jadi berlipat kali ganda.
Moga kehadiran awal Muharram ini jadi pembakar semangat untuk kita terus berbuat yang baik-baik dan menjadi orang yang baik-baik.
Ni resipi istimewa dari MFA yang mudah dibuat, jom cuma sajian barat ini.
BAKED SALMON WITH AVOCADO SMASH
BAHAN -BAHAN :
1 keping ikan salmon
1/2 sudu makan minyak zaitun
1/2 sudu teh lemon | diambil jusnya
1/2 biji avokado | yang ranum dilenyek hingga halus
Garam secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
CARA MEMASAK :
Perasakan ikan bersama minyak zaitun, gram dan daun ketumbar. Perap sebentar.
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10-12 minit. Keluarkan dan ketepikan.
Bagi membuat avocado smash, ambil avokado dan lenyek hingga halus, dalam satu bekas dan kemudian masukkan jus lemon dan gaul hingga rata.
Letakkan avocado smash di atas ikan.
Hidangkan bersama kentang yang dibakar.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar di dalam oven
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Gandingan ikan salmon lemak manis dan buah avokado cukup lazat
Layak menyertai pertandingan memasak tersohor dunia seperti rancangan MasterChef UK pastinya memberi kenangan manis lebih-lebih lagi jika terpaksa bersaing dengan barisan tukang masak handal dari luar negara. Lebih istimewa jika ia diadili oleh barisan chef tersohor dan terkenal. Ibarat tuah yang datang tanpa disangka.
Bila dah namanya pertandingan, menang dan kalah adalah perkara biasa namun jika disingkirkan tanpa alasan yang munasabah, pasti mengundang kemarahan ramai.
Itulah yang terjadi kepada Puan Zaleha Kadir Olpin yang merupakan salah seorang peserta MasterChef UK telah tersingkir dalam siri terbaru rancangan tersebut hanya kerana dikatakan hidangan Rendang Ayam yang dimasaknya tidak rangup!
Pada pusingan kalah mati di peringkat suku akhir MasterChef UK, para peserta diminta untuk memasak hidangan yang penting kepada diri sendiri sendiri. Zaleha yang merupakan bekas akauntan Petronas yang berasal dari Kuantan, Pahang ini telah memilih untuk memasak hidangan Nasi Lemak Rendang Ayam yang merupakan makanan kegemaran beliau semasa kecil.
Walau bagaimanapun, juri MasterChef UK; Chef John Torode mengkritik bahawa Rendang Ayam Zaleha harus benar-benar lembut dan hancur. Malah Gregg Wallace yang turut sama menghakimi pertandingan ini mengatakan kulit ayam tidak rangup dan tidak boleh dimakan.
Zaleha kemudiannya disingkirkan daripada pusingan itu selepas keputusan yang dibuat oleh John Torode dan Gregg Wallace.
Mereka berdua dikatakan tidak berpuas hati dengan hidangan ayam rendang tersebut kerana dikatakan kulitnya tidak rangup dan kuah yang banyak pada kulit menjadikan hidangan tersebut tidak boleh dimakan.
Ramai yang mengkritik keputusan serta tindakan kedua-dua chef tersebut yang dikatakan tidak memahami rasa serta cara sebenar masakan rendang cara Malaysia. Malah ia turut mendapat bantahan dari chef selebriti tersohor Malaysia iaitu Chef Wan.
Bagi yang tak tahu, John Torode ni pernah ada siri masakannya iaitu John Torode’s Malaysian Adventure yang disiarkan di UK’s Good Food channel pada tahun 2015 dan pernah tengok chef Malaysia masak Rendang Itik. Tapi nampaknya banyak lagi yang dia tak tahu pasal makanan Malaysia!
Ekoran mendapat kritikan ramai, ini John Torode post di laman sosial beliau. Namun ia dibalas balik oleh netizen.
Buat Kak Zaleha, Tahniah RASA ucapkan kerana berjaya mara sampai ke tahap ini. Anda seorang ‘bintang’ sekarang! Teruskan berjuang & moga terus success!
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira