Siapa tidak kenal dengan Indomie, produk mi segera keluaran Indonesia sejak tahun 1972 yang sangat popular di serata negara termasuklah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jika ke pasaraya, pasti mudah untuk menjumpai produk dari seberang ini.
Disebalik kemasyuran dan keenakan produk yang dinobat sebagai ramen terenak oleh LA Times pada November 2019 ini, tentunya ada individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan seleksi rasanya dan ianya digalas oleh Nunuk Nuraini yang telah berkhidmat sebagai ‘peramu rasa’ di Jabatan Mi Instan di PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk selama hampir 30 tahun.
Namun pada hari Rabu 28 Januari 2021, pencipta varian rasa mi segera terkenal Indomie yang berusia 59 tahun ini dilaporkan telah meninggal dunia.
Memetik dari Astro Awani, menurut laporan portal Kompas.com, berita itu disahkan ketua hubungan masyarakat Indofood, Nurlita Novi Arlaida.
“Ibu Hj Nunuk Nuraini wafat hari ini (Rabu) dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” kata Novi ketika dihubungi Kompas.com.
Walaubagaimanapun, pihak Indofood tidak menyatakan punca kematian Allahyarham.
Antara varian rasa yang dicipta Allahyarham termasuk soto, rendang, kari ayam, sambal matah, dan paling popular perisa mi goreng Indomie.
Jasa yang pasti akan dikenang sepanjang hayat. Berita kematian Nunuk Nuraini ternyata mendukakan rakyat Indonesia dimana ramai yang menitipkan ucapan takziah atas kehilangan ini.
Kredit sumber: Astro Awani & Twitter
ANDA JUGA BOLEH CUBA: