15895331_xxl

Memasak menjadi rutin harian dan menjadi terapi buat sesetengah orang. Namun keselamatan dapur adalah keutamaan. Mematuhi peraturan asas keselamatan dapur adalah amalan yang wajib dipatuhi. Berikan perhatian kepada apa yang anda lakukan di dapur, sekiranya kurang fokus boleh menyebabkan kecederaan serius mahupun kemalangan.


Ikuti langkah berikut:

1.Susun atur pada ruang memasak hendaklah sentiasa bersih dengan kerja yang teratur dan kemas.

 

2.Mengikat rambut dengan kemas jika anda berambut panjang atau lebih diyakini memakai penutup kepala untuk menghindari keadaan yang tidak diingini seperti rambut disambar api ketika memasak.

Ads

 

3.Memastikan pisau jauh daripada jangkauan kanak-kanak dengan cara menyimpan pisau dalam keadaan teratur pada blok kayu mahupun di dalam laci.

Peraturan Asas Keselamatan Dapur Jangan Diabaikan
4.Jangan sekali-kali memasak dengan memakai perhiasan tergantung contohnya seperti gelang yang boleh tersangkut pada bahagian pemegang periuk.

5.Anda hendaklah memegang pemegang periuk atau kuali bagi mengelakkan terkena panas mahupun melecur pada bahagian anggota badan.

6.Pemegang periuk hendaklah jauh daripada kanak-kanak bagi mengelakkan mereka menyentuh tanpa sengaja sehingga boleh menyebabkan periuk terjatuh lalu menyebabkan kecederaan pada diri mereka sendiri.

7.Jangan di biarkan makanan yang bersuhu sensitif berada di suhu dapur kerana tidak sesuai. Daging mentah, ikan dan produk tenusu tertentu boleh rosak dengan cepat. Jadi anda perlu segera memasukkan bahan tersebut ke dalam peti sejuk dengan kadar yang segera.

8.Daging mentah dan ayam perlu disimpan secara berasingan daripada barangan lain. Langkah berjaga-jaga ini bagi mengelakkan pencemaran silang bakteria berbahaya dari satu makanan ke makanan mentah yang lain. Bersihkan semua bahan yang ingin digunakan untuk memasak contohnya seperti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan sebagainya.

9.Cuci tangan sebelum mengendalikan makanan dan selepas mengendalikan daging atau ayam. Tangan boleh memindahkan bakteria dengan cepat ke bahan mentah.

Peraturan Asas Keselamatan Dapur Jangan Diabaikan

Ads

10.Untuk mengelakkan supaya tiada sesiapa yang terjatuh atau tergelincir, anda perlu memastikan lantai sentiasa berada dalam keadaan yang kering.

11.Dapatkan alat pemadam api untuk dapur anda!Ramai yang cuba mengambil remeh hal sebegini, anda perlu mengetahui langkah awal bagaimana cara untuk menggunakannya sebelum kebakaran bermula.

Kredit gambar: 123 royalty free

 klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

Wajib Cuba, Asam Pedas Ikan Tenggiri Terlajak Sedap, Cukup Power!

Ads

Tip Buat Ayam Goreng Yang Gerenti Sedap Tak Terucap, Ikut Resipi Ni

Kenali 10 Jenis Gula Dan Apa Gunanya. Peminat Bakeri Kena Tahu Ni…

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI