
Marjerin dan mentega adalah dua bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan. Tidak kira sama ada untuk menyediakan kek, biskut mahupun lauk pauk, kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam menyedapkan sesuatu masakan.
Jika dilihat secara sekali imbas, mentega dan marjerin kelihatan tiada beza. Namun kedua-duanya sebenarnya mempunyai perbezaan. Oleh yang demikian, jika dalam sesuatu resipi menggunakan mentega, anda tidak digalakkan menggantikannya dengan marjerin dan begitulah sebaliknya kerana ia akan menghasilkan hasil yang tidak seperti dijangka.
Antara perbezaannya adalah:
MENTEGA

- Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
- Berwarna lebih pucat berbanding marjerin.
- Dari segi tekstur, mentega lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
- Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
- Cara penyimpanannya adalah perlu disimpan di dalam peti sejuk.
- Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.
MARJERIN

- Diperbuat daripada kombinasi lemak haiwan dan lemak sayuran.
- Marjerin mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
- Boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa merubah teksturnya.
- Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
- Marjerin boleh disimpan diluar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan Suami Isteri Ni Jual Kek Viral Serendah RM 20, Kedai Kek Shah Alam

Jika anda membeli belah di Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam, pastikan anda singgah ke Kedai Kek Shah Alam dan Mior Dessert di aras tanah. Anda pasti rambang mata melihat barisan kek indah dengan pelbagai corak dan hiasan, brownies, tart, biskut, cream puff dan pelbagai lagi. Yang pasti semua produk jualan bakeri dan pastri ini halalan toyibban milik bumiputera muslim.
.
Produk jualan di sini ada yang dihasilkan di dapur Mior Dessert tidak jauh dari Kedai Kek Shah Alam yang cukup terkenal dengan ‘signature’ Cream Puff dan ada juga dibuat di dapur pusat (Central Kitchen) di Baker’s Place , Cheras, KL. Jadi produk di sini terjamin kesegarannya freshmade enak berkualiti.
.
.
Pemiliknya ialah pasangan suami isteri Mior Ashraf Norul Bashah, 41 tahun, dan Fazillah Omar, 40 tahun . Perniagaan mereka bermula di rumah sejak 2004 dengan menjual krim puff Mior Dessert. Kini berkembang memiliki dapur sendiri dan turut membekalkan produk ke stesen Petronas, katerer dan bakeri dan pelanggan lain.
.
.
Produk terkenal dan popular adalah kek viral setengah kg dengan sembilan perasa yang berharga RM20. Mior Dessert menghasilkan empat jenis Dessert iaitu Krim Puff, Pastri Lapis, Tart Buah dan Tart Keju. Variasi kek yang terdapat di Kedai Kek pula adalah,kek Red Velvet, kek Coklat Oreo, kek Indulgent Layer dengan Mousse dan pelbagai lagi aneka biskut. dan serunding.
.
Menariknya Fazilah juga menjalankan R & D sendiri dengan mencuba resipi dan membuat teknik membuat filling bagi mendapatkan hasil keluaran yang lebih produktif dan efektif. Mereka juga turut menawarkan kelas membuat bakeri dan pastri. Niat murni mereka adalah terus menghasilkan produk berkualiti sambil menjalankan fardhu kifayah memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang halalan toyibban.
.
.
INFO KEDAI :
- Lokasi : Aras Tanah , Kompleks Membeli Belah Ole Ole , Seksyen 18, Shah Alam
- Pemilik : Mior Ashraf Norul Bashah dan Fazillah Omar
- Waktu Urusniaga : Isnin – Ahad, 7 hari seminggu, 10 pagi hingga 10 malam
Keistimewaan :
- Lokasi strategik dan harga berpatutan
- Menerima tempahan ‘custom made’,mengikut citarasa pelanggan
- Mior Dessert terkenal denagn cream puff, puff pastry, tart buah dan tart keju.
- Kek paling viral kek ½ kg dengan 9 perasa
- Menerima tempahan korporat dan majlis
6. Membuat R & D sendiri memperkenalkan teknik membuat cream puff dengan hasil optimum tanpa membebankan tenaga.
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI MIXER ATAU MESIN MEMPROSES TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMBUAT KEK, JOM SEMAK DI SINI.
ANDA MEMINATI RESIPI INI :
https://www.rasa.my/kek-span-marble-susu-lemak-dan-gebu/
https://www.rasa.my/kek-pandan-cheese-leleh-confirm-menjadi/
VIDEO MASAKAN INI PUN MENARIK JUGA :
Kek Dari Buah-Buahan Tempatan. Siap Masuk Rempah Lagi…

Isi Kandungan
TogglePernah makan kek dari buah-buah tempatan. Kalau belum nah ini 3 resepi berasaskan nangka,labu dan keladi.
Lebih hebat lagi ada rempah ratus dalam ramuannya. Cuba jangan tak cuba.
1.KEK NANGKA MOUSSE REMPAH KAYU MANIS & JINTAN MANIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ‘filling’ mouse :
- 335 ml susu segar
- 2 biji telur
- 117 gm gula halus
- 25 gm gelatin
- 335 gm krim putar
Bahan untuk puri nangka :
- 300 gm nangka yang telah direbus
- 100 gm gula aising
- 5 gm kulit kayu manis
Bahan untuk kek span vanilla :
- 125 ml air
- 500 gm tepung span vanilla
- 125 ml minyak masak
- 500 gm telur
* Kek ini terdiri dari 4 lapisan yang diselang seli, dimulai dengan span vanilla, mousse nangka dituruti span vanilla dan atas sekali mousse nangka.
CARA MEMASAK :
Cara masak mousse :
1. Panaskan susu dalam periuk.
2.Di dalam mangkuk berlainan, pukul telur dan gula sehingga hancur.
3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanas ke dalam bekas telur dan gula tadi.
4. Kemudian masakkan sebentar di dalam periuk atas dapur.
5. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang bersi ais di bawahnya (waterbath)
6. Masukkan puri nangka dan gelatin yang telah dicairkan dan gaul hingga sebati.
7. Tuangkan di atas span vanilla, sejukkan dan ulangi proses sehingga habis
Cara masak puri nangka :
1. Masak nangka yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis.
2. Tapiskan dan sejukkan.
3. Puri ini nanti akan dimasukkan dalam mousse
Cara masak span Vanilla :
1. Masukkan kesemua bahan kek kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putarkan hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius, atas dan bawah selama 13- 15 minit. Bila sejuk letakkan span vanila, di lapisan bawah diselang seli dengan mousse nangka.
Saiz hidangan : 1 kg
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Masak atas api dan bakar
Keistimewaan : Rasa nangka bersama kayu manis dan jintan cukup enak.
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda penggemar mangga boleh sahaja menggantikan nangka.
Resipi puri mangga sama seperti resipi nangka.
2.KEK LABU MOUSSE JINTAN PUTIH
BAHAN-BAHAN :
Bahan filling mousse :
- 335 gm susu
- 2 biji kuning telur
- 117 gm gula halus
- 25 gm gelatin
- 335 gm krim putar
Bahan puri labu :
- 300 gm labu yang telah direbus
- 100 gm gula aising
- 3 gam jintan putih /dikisar
- 5 gm bunga lawang /dikisar
- 5 gm serbuk kayu manis
Bahan kek span vanilla :
- 125 ml air
- 500 ml tepung span vanilla
- 125ml minyak masak
- 500 gm telur
*Kek ini mempunyai 4 lapis bermula dengan span vanilla dan diselang seli dengan mousse labu, span vanilla dan mousse labu
CARA MEMASAK :
Cara masak puri labu :
1. Masak labu yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising,jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis.
2. Tapiskan dan sejukkan
Cara masak mousse :
1. Panaskan susu
2. Di dalam mangkuk yang berlainan pukul telur dan gula hingga hancur
3. Setelah itu masukkan susu yang telah dipanaskan ke dalam bekas telur dan gula
4. Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang berisi ais di bawahnya (waterbath).
5. Masukkan puri labu dan gelatin yang dicairkan dan gaul hingga sebati.
6. Tuangkan ke atas kek span.Sejukkan dan ulangi proses diselang seli dengan span vanilla hingga habis
Cara masak kek span vanilla:
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putar hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13- 15 minit
Saiz hidangan : Satu kg
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Panas atas api dan bakar
Keistimewaan : Rasa lembut berkrim dan aroma rempah yang wangi
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Kek mousse sedap dimakan apabila telah didinginkan dalam peti sejuk .
3.KEK KELADI SANTAN AROMA REMPAH RATUS
BAHAN-BAHAN :
Bahan span pandan :
- 125 ml air
- 500 gm tepung span vanilla
- 125 ml minyak masak
- 500 gm telur
- 15 gm perasa pandan
Bahan puri keladi :
- 450 gm keladi yang telah direbus
- 100 gm gula aising
- 5 gm jintan manis
- 5 gm bunga lawang
- 5 gm buah pelaga
- 5 gm serbuk kayu manis
Bahan inti kelapa manis :
- 2 cawan kelapa parut
- 150 gm gula melaka
- 1 cawan air
- 200 gm gula aising
*Inti kelapa manis 100 gm
* Kek ini terdiri daripada 4 lapisan. Lapis bawah span pandan diikuti dengan puri keladi, span pandan, puri keladi dan atas sekali puri keladi bersama kelapa manis.
CARA MEMASAK :
Cara masak kek span pandan:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mesin pengadun.
2. Putar hingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13-15 minit
Cara masak puri keladi :
1. Masak keladi yang sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan serbuk kayu manis.
2. Tapis dan sejukkan. Puri keladi akan diletakkan atas span pandan secara berselang.
Cara masak inti kelapa manis :
1. Masak air sehingga mendidih, masukkan gula dan kelapa parut.
2. Masak hingga kering dan pekat
3. Di dalam periuk yang berlainan, masukkan santan dan gula aising. Masak sebentar.
4. Masakkan inti kelapa manis, sapukan atas kek lapisan atas bersama puri keladi.
Saiz hidangan : Setengah kg
Masa memasak : 40 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Panas atas api dan bakar
Keistimewaan : Enak dengan rasa keladi, dan manis dengan inti kelapa
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan keledek menggantikan keladi.
RESIPI : CHEF S.T GANA & SURIANI YUP
Terima kasih : Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor
Bukan Setakat Penghilang Dahaga. Ini Antara Khasiat Lain Buah Tembikai Yang Bagus Untuk Kesihatan Manusia.

Pasti ramai yang gemarkan buah tembikai. Jusnya manis dan lazat. Selain itu, buah ini juga boleh dijadikan salad atau dimakan begitu sahaja. Jika musim panas, memang enak menikmati tembikai kerana kandungan airnya yang banyak mampu menghilangkan dahaga.

Tahukah anda tembikai ni sebenarnya banyak khasiat. Antara manfaatnya ialah:
KHASIAT & MANFAAT BUAH TEMBIKAI
1. KAYA VITAMIN & ZAT
- Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain turut mempunyai manfaat yang tinggi dalam perubatan.
2. MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH KESIHATAN
- Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris dikatakan amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH & KAWAL KALORI
- Selain itu, antara kebaikan memakan tembikai ialah dapat membantu menurunkan tekanan darah. Ini kerana tembikai kaya dengan kalium. Pengambil setengah biji buah tembikai membolehkan badan manusia memperoleh kira-kira 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
4. BANTU CEGAH ASMA
- Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu mencegah penyakit asma. Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit ini dari menyerang.
5. JAGA SISTEM PENGHADAMAN
- Tembikai juga dapat membantu penghadaman. Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.
Pendek kata, ada pelbagai sebab yang boleh dijadikan alasan mengapa anda perlu memasukkan tembikai ke dalam makanan harian anda. Banyak kebaikannya! Untuk kanak-kanak, biasanya mereka kurang gemar makan buah tembikai dalam bentuk yang biasa. Jadi, anda boleh hasilkan Aiskrim Tembikai di bawah ini untuk memikat selera si kecil.
AISKRIM TEMBIKAI MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi tembikai
- 1 sudu makan jus lemon
- 115gm gula putih
- 100gm rasberi segar
- Acuan ais krim
- Batang ais krim secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi tembikai, jus lemon, gula dan rasberi ke dalam pengisar dan kisar hingga gula hancur dan bertukar lembut.
- Masukkan adunan itu ke dalam acuan ais krim dan masukkan batang ais krim.
- Setelah itu, sejuk dan bekukan di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.