Bagi yang selalu membuat kek dan biskut, pastinya pernah jumpa penggunaan bahan seperti Soda Bikarbonat, Baking Powder ( serbuk penaik) dan Baking Soda. Bahan-bahan ini digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik, ringan, lembut dan gebu. Nama seakan-akan dan fungsinya kelihatan sama. Tapi ada juga bezanya. Silap guna, kek, biskut atau pau anda tak akan jadi segebu yang diimpikan. Jom kita lihat perbezaannya.
1. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat adalah bahan penaik yang biasa, mudah didapati dan digunakan secara meluas dalam penghasilan kek, roti dan kuih. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar. Fungsinya adalah untuk menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Ads
Biasanya soda bikarbonat sering digunakan dalam penghasilan kek, roti dan kuih yang ada unsur asid didalamnya seperti yang menggunakan yogurt, susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan sebagainya. Soda bikarbonat bersifat alkali. Oleh itu ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan soda dan bahan asid apabila disatukan akan menghasilkan karbon dioksida. Maka apabila dibakar, doh akan mengembang. Oleh sebab itu bila hasilkan kek atau roti, mesti guna bahan ini. Jika tidak, pasti hasilnya padat dan tidak gebu.
2. BAKING POWDER (SERBUK PENAIK)
foto: seriouseats.com
Selain Soda Bikarbonat, serbuk penaik atau Baking Powder juga adalah bahan yang wajib ada jika nak masak kek dan kuih. Biasanya ramai yang keliru diatara dua bahan ini.
Baking Powder adalah agen penaik kimia yang mengandungi campuran asid (biasanya cream of tartar), alkali (soda bikarbonat) dan tepung. Bila diadun dengan bahan lembap, ia akan menghasilkan gas yang membantu kek dan kuih menjadi kembang, lembut dan gebu.
Di pasaran, terdapat dua jenis serbuk penaik yang biasa dijual iaitu yang biasa dan berganda (double-action baking powder). Baking Powder biasa digunakan dalam menghasilkan kebanyakkan kek manakala jenis berganda pula digunakan untuk memasak aneka kek dan kuih kukus seperti apam, pau, kek kukus dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari Baking Powder biasa bagi menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan kembang.
Ads
3. BAKING SODA
Ads
Baking Soda. Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Carta ini mungkin boleh bantu anda untuk faham antara kedua-dua bahan ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Memilih periuk nasi yang berfungsi hebat bukannya mudah. Pemilihan periuk nasi yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan gaya adalah agak mengelirukan. Pastinya periuk nasi yang paling baik datang daripada jenama terkenal dan mempunyai jangka masa yang panjang untuk digunakan.
Kini terdapat banyak periuk nasi asas yang datang dengan ciri-ciri yang amat penting untuk penggunaan harian periuk nasi seperti menyimpan ciri hangat, non-stick dalaman, tetapan utama untuk memasak nasi putih. Walaupun sekali-sekala anda ingin memasak pelbagai jenis beras, anda masih boleh berbuat demikian dengan jenis periuk nasi ini. Anda hanya perlu meletakkan jumlah air yang betul dan akan mendapat hasil yang memuaskan.
Ciri asas
Jenis periuk nasi yang mudah digunakan pastinya hanya menggunakan satu klik sahaja. Kategori asas periuk nasi biasanya menawarkan harga yang lebih rendah dengan reka bentuk mudah digunakan.
Ciri maju
Kategori periuk nasi yang menggunakan komputer mikro dalam periuk pemasak mampu memberikan ciri-ciri yang lebih maju untuk digunakan. Kebanyakan daripadanya mempunyai paparan LCD untuk mengemudi fungsi. Ciri-ciri standard dalam kategori ini ialah pan non-stick, timer, isyarat melodi dan memasak pelbagai jenis beras.
Ciri-ciri seperti penutup lut sinar boleh membantu anda memantau perkembangan makanan yang berada di dalam. Mengukur garisan di bahagian dalam juga boleh menjadi pemudah titik bagi mereka yang tidak mahu menggunakan cawan penyukat.
Anda ingin membeli periuk nasi yang ada di dalam bajet anda. Ramai yang kagum dengan ciri-ciri periuk nasi tetapi lupa harga yang dipaparkan. Yang penting pastinya bajet yang bersesuaian dengan anda.
Sesuatu yang lain yang perlu dipertimbangkan apabila mencari periuk nasi yang tepat adalah melihat kepada jenis kedalamannya. Ramai lebih suka model yang diperbuat daripada aluminium atau keluli tahan karat dengan salutan non stick untuk pembersihan yang mudah. Mungkin ada juga yang lebih suka kuali semula jadi yang diperbuat daripada arang atau tanah liat tanpa lapisan tiruan.
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan periuk nasi seperti membuka dan menutup tudung. Selain itu, palam elektrik yang berdekatan juga perlu dilihat bagi memudahkan urusan menggunakan periuk nasi.
Lihat pada bahagian periuk nasi yang ingin dibeli. Pastikan anda membeli periuk nasi yang mudah dibersihkan. Apatah lagi semakin banyak warna yang berlainan yang boleh dipadankan dengan reka bentuk semasa dan pilihan anda.
Kebanyakan periuk nasi datang dalam tiga saiz utama. Mungkin ada yang mempunyai kapasiti yang lebih kecil atau lebih besar sedikit. Namun kebanyakannya mempunyai tiga saiz utama iaitu tiga, lima serta sepuluh cawan. Satu cawan bersamaan dengan 8 auns. 1 cawan beras akan membuat kira-kira 1.5 hingga 2.5 cawan nasi atau nasi kukus. Perlu diingat ini adalah hanya anggaran purata. Ia juga bergantung pada jenis-jenis beras yang anda gunakan atau jumlah air yang boleh memainkan peranan yang penting kepada keputusan.
Sumber gambar : 123 royalty free
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Ikan pari atau ikan ketuka adalah spesis ikan yang biasa kita jumpa dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Biasanya ia enak dimasak asam pedas, dibakar bersama arang dan bermacam-macam lagi. Ikan Pari bersaiz lebih besar berbanding ikan Ketuka yang bersaiz lebih kecil. Namun tahukah anda cara-cara untuk memilih ikan pari dan ikan ketuka yang segar serta cara-cara mengatasi bau hancing ikan-ikan ini? Jom cuba petua di bawah.
CARA-CARA MEMILIH IKAN PARI SEGAR
Semasa memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Bagi ikan ketuka pula, biasanya ia dijual tanpa dipotong. Oleh itu untuk mengenalpasti tahap kesegarannya adalah dengan cara tekan badan ikan dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik.
Hidu ikan-ikan tersebut sama ada berbau hancing atau tidak. Sebaiknya, pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana ia memudahkan proses memasak.
Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa membantutkan selera. Apa yang anda perlukan ialah:
Ikan pari/ketuka
Asam jawa
Air
foto: joyofkosher.com
CARA-CARA:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka. Buang perut dan organ-organ dalamannya. Bilas hingga bersih.
2. Lumur asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ratakan dan perap selama 20 minit.
Ayam Goreng Pandan dengan kuning keemasan pasti membuatkan kita berselera hendak makan. Selalu juga tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendapatkan Ayam Goreng Pandan yang cantik begini. Nah, dikongsikan cara hendak menggoreng Ayam Goreng Pandan yang betul supaya apabila sudah masak warnanya ‘golden brown.’ Tempoh penyediaan hanya 10 minit dan sangat mudah disediakan. Boleh cuba cara yang dipraktikkan oleh Fazniza Razali ini.
LANGKAH DEMI LANGKAH AYAM GORENG PANDAN:
1. Minyak perlu separuh dari kuali (kena deep fry baru ayam cantik bila sudah masak).
2. Api mesti guna yang sederhana. Jangan guna api besar.
3. Masukkan ayam (jangan masukkan ayam dalam minyak yang terlalu panas nanti ayam di bahagian luar sudah garing tapi di dalam tidak masak).
4. Sentiasa balik-balikkan ayam.
5. Bagaimana hendak tahu ayam sudah masak atau belum? Ini dua cara yang boleh anda buat:
*Ayam ringan bila diangkat dengan penyepit. *Ayam timbul di permukaan minyak.
6. Beginilah hasilnya. Cantik bukan. Tip penting, seelok-eloknya ayam di di ‘defrostkan’ dulu sebelum goreng.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...