Memang wajib jika makan soto kena ada sambal kicap untuk menambah rasa keenakan soto. Sambal kicap nampak mudah tetapi kena betul bahan ramuannya untuk dapat rasa yang padu.
SAMBAL KICAP BIHUN SOTO
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang besar dipotong kasar
1 labu bawang putih
15 tangkai cili hijau besar
33 tangkai cili merah
1 botol kicap pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Info: Jika ingin lagi pedas boleh tambahkan cili padi
CARA MEMASAK:
Semua bahan dipotong kasar-kasar
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu hingga naik bau.
Selepas itu baru masukkan bawang merah. Tumis hingga layu.
Kemudian masukkan semua cili. Goreng sampai semua layu. Selepas itu matikan api.
Bila semua bahan sudah sejuk. Baru masukkan dalam blender. Masukan satu sudu gula dan 1 sudu kecik garam.
Masukkan kicap dan kisar hingga halus. Jika tidak mahu terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
Tau apa itu kacang TOLO? Kacang tolo ialah kacang berwarna putih yang ada sedikit hitam macam mata. Kacang ni ada orang masukkan dalam ketupat palas atau ketupat pulut yang dibalut dengan daun kelapa. Orang jawa ada menu tersendiri yang menggunakan kacang tolo ini. Antara resipi yang boleh dibuat dari kacang tolo ni ialah Jangan Santen, Sambel Goreng Putih, Sambel Goreng Jawa Pedas dan banyak lagi.
SAMBEL GORENG PUTIH KACANG TOLO Bahan-bahan: 2 cawan santan sederhana pekat 1 cawan kacang tolo – rendam setengah jam dan rebus empuk, toskan 2 biji tempe – potong dadu & goreng 2 biji tauhu – potong dadu & goreng 30gram suhun – rendam sekejap 30gram fucuk – rendam sampai lembut 10 ekor udang segar medium – buang kulit 2 biji cili merah – hiris 10 biji cilipadi – hiris 6 biji bawang merah – hiris 3 ulas bawang putih – hiris 1/4 inci halia – hiris 2 batang serai – hiris 1/1 inci belacan Garam, merica (lada sulah) dan gula secukup rasa
Cara memasak: 1. Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga layu dan wangi. 2. Masukkan udang dan belacan, tumis beberapa minit lagi. 3. Masukkan fucuk, suhun, tempe goreng, tauhu goreng dan kacang tolo rebus. Kacau sebati. 4. Tuang santan dan didihkan dengan api yang sederhana hingga semua bahan sempurna dan kuah memekat. 5. Tambah garam, merica (lada sulah) secukup rasa. Tambah sedikit gula untuk seimbangkan rasanya. Hidangkan.
*selain udang, boleh juga guna paru goreng, hati dan pedal ayam goreng, udang kertas yang kecil2 dan digoreng atau hirisan daging goreng. *kuantiti cili boleh ditambah jika suka pedas. *boleh tambah daun salam atau daun limau purut jika suka (untuk bau yang harum) Kredit: Sue M Arukin
Dah namanya orang Malaysia, tidak lengkap sajian makan tanpa adanya Sambal Belacan. Bagi anda yang memang wajib ada sambal bila tiap kali makan, resipi Sambal Belacan tumbuk guna lesung batu perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya wajib untuk dicuba. Mudah sahaja tapi rasanya memang terbaik. Rugi kalau tak cuba tau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SAMBAL BELACAN TUMBUK BY MARIANA ZAINAL
BAHAN-BAHAN: 25 biji cili padi 1 biji cili merah (cili besar) 1/2 sudu teh gula (jangan banyak. Tak nak sambal jadi manis) Sedikit bahan perasa Belacan sebesar ibu jari – beli online disini 1/4 cawan air asam jawa pekat – beli online disini 1 biji limau nipis (perah ambil jusnya) 2 sudu makan air
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk cili padi, cili merah, gula, bahan perasa dan belacan menggunakan lesung batu. Boleh guna mesin pengisar tapi lebih sedap jika tumbuk guna lesung.
2. Satukan bahan tumbuk dengan air asam jawa, perahan jus limau kasturi dan air.
3. Kacau sebati dan Sambal Belacan Tumbuk yang sedap sedia untuk dinikmati.